CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sendiri Terkejut, Semua Tuduhan Adalah Karut!" - Neelofa

28-12-2020 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1462| Komen: 5

“Saya sendiri terkejut bila baca dan melihat segala andaian yang diperkatakan yang sememangnya tak betul dan tak berasas serta tak wajar."


Kredit foto: IG Neelofa


Neelofa akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar berikutan spekulasi hubungannya dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail.

Dia bagaimanapun memohon maaf kerana mengambil masa agak lama untuk bersuara memperbetulkan apa yang sedang tular di media sosial mengenai hubungan mereka dan keluarga kedua-dua pihak.

“Tuduhan minyak pengasih yang kononnya saya sedang berubat, MashaAllah.

"Tuduhan buat pemindahan duit dan berkahwin di Kelantan sangat tidak berasas dan karut!

“Ini melibatkan maruah keluarga kami dan saya perlu memberi penjelasan kerana semua tuduhan ini berat untuk ditelan,” katanya menerusi IGTV.


Justeru, Neelofa meminta semua pihak menghentikan semua andaian kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan, sebaliknya dia meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buatnya.



Mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan PU Riz, Neelofa memberi bayangan seolah-olah dilanda badai, namun enggan mengulas lanjut kerana tidak manis untuk dia mengeluarkan sebarang kenyataan berlebihan dan membelakangi ahli keluarga. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Megikari 29-12-2020 12:55 PM
Yang mula2 keluarkan hint2 tu siapa? Apa bukan sedara mara dia jugak? Yang orang luar tu cuma penambah monosodium glutamate je.
Quote Mulotkoyak 28-12-2020 07:17 PM
Adik beradik sendiri yang kecoh and post kat medsoc. Jgn salah kan netizen plak ye. Mohon nasihatkan adik beradik and mak ayah ko neelofa. Suruh diorg berpijak dibumi yang nyata. Kekayaan tidak membawa ke syurga.
Quote husna_amal 28-12-2020 02:32 PM
Habis tu adik beradik lain kecoh2 buat spekulasi macam2 tu kenapa pula ya. Sape yang jadi menantu dalam keluarga neloofa ni siap sedia lah dengan army adik beradik sepupu sepapat lopa.
Quote helicornia 28-12-2020 01:50 PM
nape wartawan cari suka bukak benang yg dah ada?
Quote Kurex 28-12-2020 01:23 PM
Cerita cerai berai mcm ni la seronok digosip. Bukan cerita purdah, shawl, glove apa semua tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.184270 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top