CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Kecoh Lagi Nikahi Dua Wanita Serentak

28-12-2020 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4372| Komen: 24

Pengguna media sosial di Indonesia kembali heboh dengan kisah lelaki menikahi dua wanita serentak.

Kali ini, ia berlaku di kampung Talang Piase, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan pada tarikh 26 Disember.


Menerusi gambar dan video tersebar, kelihatan pengantin lelaki dikenali sebagai Suwan diapit dua pengantin wanita yang masing-masing bernama Anggun dan Popy Anggraini.


Kredit foto: Agensi

Ketiga-tiganya memakai persalinan pengantin tradisi adat Sumatera Selatan berwarna merah keemasan.

Anggun dan Popy Anggraini dilihat tersenyum manakala suami mereka, Suwan kelihatan agak malu-malu ketika gambar mereka dirakamkan.

Keluarga Suwan, Okta ketika dihubungi mengesahkan perkahwinan itu.

"Benar, majlis pernikahan itu berlangsung semalam dan kisah mereka sudah tular

"Pengantin lelaki itu jiran saya dan kami ada ikatan keluarga," katanya.


Menurut Okta, majlis pernikahan bermula jam 9 pagi dan diadakan di rumah Suwan .

"Memang ramai hadir menyaksikan mereka disatukan," katanya.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan majlis perkahwinan itu mendapat tumpuan apabila tetamu sentiasa memerhatikan gerak-geri pengantin.

Bagaimanapun, kedua mempelai juga dilihat menyanyikan lagu dan berjoget bersama dengan tetamu yang hadir bagi meraikan majlis mereka.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PristineOne 28-12-2020 02:03 PM
Memang ditakdirkan untuk trisam...
Quote Redmyvi 28-12-2020 02:36 PM
Kalau indon takda yang pelik nya...
Quote husna_amal 28-12-2020 03:18 PM
Hebat kau dik. Anak orang kaya ke ni.
Quote sarah82 28-12-2020 03:28 PM
semoga malaysian ada pecah rekod kawin 4 serentak
Quote tumpanglalu74 28-12-2020 03:32 PM
Islam larang 2some wey..  Usah hengat fesnait ko boleh nak kinky ikot suke ati.
Quote shernazz 28-12-2020 04:32 PM
Malam je kena pikir nak tido mana
Penat woo...
Quote me12345 28-12-2020 04:43 PM
Indon...nothing impossible esp bab bab merepek
Quote Cumikucingku 28-12-2020 06:12 PM
Takut nanti xsampai 5 minit dah out... dimbo sungguh .
Quote Artemesiaa 28-12-2020 06:14 PM
Dah macam trend pulak kat sana sekarang ni
Quote Tinot7 28-12-2020 06:18 PM
sekurang2nya kali ni, kedua2 pengantin pompan senyum... yg kali terakhir, muka sedey je iols tgk
Quote trisnalovezul 28-12-2020 07:00 PM
me12345 replied at 28-12-2020 04:43 PM
Indon...nothing impossible esp bab bab merepek

apa yang merepek ya? itu namanya penerimaan dan toleransi dalam berkongsi kasih..
Quote sukacactus 28-12-2020 07:43 PM
Kalau dari sblh sana, apa yg nak dihairankan
Quote mbhcsf 28-12-2020 07:45 PM
kekadang la i bukan apa, nampak pelik pulak time2 Covid-19 engantin [akai baju biase pun sanding tangkap gambar - benda yg normal dalam konteks yg difahami pun org kata aneh.

ini dia kahwin serentak , pun aneh jugak ka?
Quote Lolalala 28-12-2020 11:27 PM
Pernah pegi ke majlis kenalan di Padang Indonesia. Majlis adik perempuan dan abangnya. Yang Abg dah siap nikah awl sebulan. Yg adiknya nikah pagi2.

Lepas nikah, family laki(orang pariaman x silap) x bg datang majlis sanding sebab diorg mintak duit saguhati lagi tapi family perempuan tak nak bayar. So jadi la 2pengantin perempuan, 1 pengantin lelaki atas pelamin.
Malam tu diorg hantar juga pengantin lelaki utk tidur dgn isteri. Subuh diorg pickup balik.

Family diorg ada la process berdamai diorg. Kena jamu makan tgh malam 3x ke apa tah.
Tapi utk kitorg yg datang dari Malaysia ni tgk, memang membawang laaa kan. Korek selagi boleh. Aneh-aneh je diorg ni.
Quote Suchi 28-12-2020 11:40 PM
shernazz replied at 28-12-2020 04:32 PM
Malam je kena pikir nak tido mana
Penat woo...

Iols anggap depa ni ada fetish yg aneh, sama macam yg duk dlm satu rumah belaka.
Quote Jitu 29-12-2020 12:13 AM
yg pengantin pompuan belah kanan tu seram pulak tengok kulit dia pucatnya
Quote Punat_button 29-12-2020 12:22 AM
Indon kecoh patut la sebab negara dorang

Yang TT ni kecoh sampai buka thread kenapa pulak?
Quote binipopeye 29-12-2020 02:40 AM
mula2 kawin best laaa... dh beranak pinak besokkk baru padan dua2 pompuan nih berebut satu jantan.. mcm xde yg lain
Quote shernazz 29-12-2020 09:24 AM
Suchi replied at 28-12-2020 11:40 PM
Iols anggap depa ni ada fetish yg aneh, sama macam yg duk dlm satu rumah belaka.

Haha
Terbayang bayang je bila suami ke bilik.madu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.171045 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top