|
Semenjak dua menjak ini, banyak berita yang tidak sedap didengar mengenai beberapa pendakwah selebriti tempatan. Disebabkan isu tersebut, ada yang beranggapan bahawa gelaran mereka perlu ditarik semula kerana ia bagaikan memalukan golongan pendakwah selebriti yang lain.
Tertarik dengan isu yang terjadi, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan kini dikatakan mahu ‘menjual’ gelaran tersebut. Gurauan PU Rahmat telah mendapat perhatian kerana secara kebetulan twit tersebut dimuat naik ketika isu Neelofa bersama dengan PU Riz menjadi sebutan ramai. Dalam masa yang sama, ada segelintir yang mendoakan supaya PU Rahmat kekal sebagai seorang pendakwah selebriti yang tidak pernah membuat kontroversi. Diharapkan apa yang berlaku kepada barisan pendakwah selebriti pada tahun ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua.-CARI Sumber: HOT FM
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.039576 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.