Amar Asyraf kini berdepan dengan pelbagai masalah. "Duit tak cukup, kes mahkamah syariah, nama kena tolak dengan stesen TV, boros sebab tekanan dan macam macam lagi. Semuanya salah diri sendiri," luahnya seperti dipetik di Harian Metro.
Bukan itu sahaja, pelakon ini juga berkata dia 'menyakiti' keluarga, rakan dan orang sekeliling dengan sikap dan tingkah laku yang tak baik. 2020 tahun yang buruk buat saya. Saya rasa 'hilang', marah, geram dan berasa saya seorang yang melawan dunia seorang diri. Saya geram dengan kegagalan sendiri tapi tak buat apa apa dan tak mampu buat apa apa untuk ubah hidup sendiri. Bukan salah siapa siapa tapi salah diri sendiri. Bukan salah Arna (isteri), atau sesiapan pun.
"Saya juga yang menyakiti orang lain. Saya menyakiti keluarga, rakan, Mama dan Abah, Arna, Taufiq dan Dian. Setiap orang yang berada dalam lingkungan saya. Saya menyakiti mereka dengan tingkah laku saya yang tidak bagus. Saya menyerah untuk menjadi lelaki yang baik bertahun-tahun yang lalu. Saya tertekan makan dan semuanya. Saya tidak menjaga kesihatan dengan merokok begitu banyak. Saya membiarkan ego saya menang. Saya malah mempersoalkan Allah. Kenapa saya? Mengapa ini berlaku kepada saya? Namun saya tidak melakukan apa-apa. Saya membiarkan diri saya tenggelam dalam keadaan negatif saya yang sangat buruk dan terus mengecewakan orang yang saya sayangi.
|
Megikari replied at 29-12-2020 04:27 AM
Apa kes dia ni?
slyfynx replied at 29-12-2020 01:23 PM
Buat OnlyFans.
Leh jana pendapatan.
Kot @Kurex nak subscribe ke
Redmyvi replied at 29-12-2020 12:42 PM
Ptut lama tak nampak dia berlakon... Laki kalau tak hargai bini memang esok lusa rezeki pun tersekat ...
ADVERTISEMENT