CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat TikTok Pijak Kad Laporan, 5 Pelajar Dibuang Sekolah

29-12-2020 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3558| Komen: 18

Lima pelajar sekolah menengah di Lombok Timur, Indonesia dibuang sekolah selepas video yang dimuat naik di TikTok tular menunjukkan aksi 'kurang ajar' mereka membuang dan memijak kad laporan prestasi mereka.


Portal Tribunnews melaporkan, kelakuan pelajar sekolah SMP 1 Suela itu menimbulkan kemarahan guru mereka yang melabel tindakan itu seolah-olah menghina institusi pendidikan negara.


Kredit foto: Harian Metro

Video TikTok itu dimuat naik pelajar itu sendiri menunjukkan aksi biadap mereka membaling kad laporan mereka ke tanah dan memijaknya berulang kali.

Sebahagian kecil guru yang mengajar pelajar itu menyatakan mereka terkesan dengan tindakan itu yang menunjukkan pelajar tidak berterima kasih kepada guru yang penat lelah mengisi kad laporan mereka.

Seorang guru bahasa Inggeris di SMP 1 Suela, Ahmad Riadi Ahyar yang memberi komen mengatakan guru harus berhati-hati mengisi kad laporan pelajarnya kerana sebarang pembetulan tidak dibenarkan menggunakan pen cecair pembetulan mengikut sistem sekolah di sana.


Guru itu turut mengakui dia begitu emosi melihat video TikTok anak muridnya melakukan aksi itu.

Pihak sekolah mendapat tahu mengenai video itu selepas salah seorang daripada lima pelajar itu melaporkan aksi itu kepada guru mereka.

Kejadian itu kemudiannya dibincangkan dalam kalangan guru dan pengetua sekolah dan pada 20 Disember, sekolah menghantar surat kepada kelima-lima pelajar untuk datang ke sekolah pada keesokan harinya.

Sekolah kemudian memutuskan untuk 'mengembalikan' pelajar kepada ibu bapa mereka dan meminta mereka mencari sekolah lain.

Pelajar berkenaan dibuang sekolah serta-merta kerana logo dan identiti sekolah itu 'dipijak' oleh mereka.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 29-12-2020 11:43 AM
Ermmmm.. Jangan BBNU malaysia ikut sudah.
Quote doubleA 29-12-2020 11:44 AM
Batak tiktok membawa padah. Padan muka. Pendek akal lagi
Quote dua_chzy 29-12-2020 11:45 AM
Ya ampun Muslimah yindon ni dah kenapa?
Quote Artemesiaa 29-12-2020 11:46 AM
Nasib kat Malaysia bebudaknya dah lama tak ke sekolah tambah dah terus cuti sekolah jadi tak ada sebab mereka nak terikut.
Quote dua_chzy 29-12-2020 11:48 AM
Original news:

https://jatim.tribunnews.com/202 ... an-begini-endingnya
Quote ketum 29-12-2020 11:51 AM
sarah82: Ermmmm.. Jangan BBNU malaysia ikut sudah.

Tak lama lagi ada la tuu
Quote tikusmontok 29-12-2020 12:10 PM
berenti sekolah kawin jer la dik kalau ada  kakek2 yang  mau...dah bitchy sangat kan
Quote Megikari 29-12-2020 12:24 PM
Budak bodoh je yang buat perangai camtu. Dah le bodoh, pemalas pulak tu. Bila dapat result teruk nak salahkan report card pulak
Quote sarah82 29-12-2020 12:44 PM
ketum replied at 29-12-2020 11:51 AM
Tak lama lagi ada la tuu

Minta dijauhkan...
Quote buragazz 29-12-2020 12:51 PM
Take Negara jirankan ada esok ko berbondong2 masuk sini cari keje.. bawak pulak perangai batak tu kat sini..
Quote sukacactus 29-12-2020 01:04 PM
Bagus pun kena buang
Quote sarahmirza 29-12-2020 01:26 PM
Budak2 skrg ni....
Zaman i sekolah dulu cikgu kata kalau nak senang ingat belajar minum air rendaman buku pun ada budak pembaris percaya siap nak buat....
Quote king_kenny 29-12-2020 03:24 PM
Tiktok ni patut diharamkan kat Malaysia. Byk buruk, hmm.. dan tak nampak satu kebaikannya.

.
Mat salleh yg liberal pun kate takde yg berpaedah tiktok ni

https://www.glasgowtimes.co.uk/news/18972207.amp/
Quote bambimo 29-12-2020 03:32 PM
Mai kt sini dek. Hari tu ada bangga nau nau spm teruk pun boleh kaya raya
Quote Tinot7 29-12-2020 07:18 PM
deme dah diberitahu.. pandai2 la menjawab...

Sebelumnya, kata Ahmad Riadi Ahyar, sekolah telah mengingatkan agar siswa berhati-hati berbahasa di media sosial, baik di WhatsApp maupun aplikasi media sosial lainnya, termasuk TikTok ini.


Artikel ini telah tayang di Tribunjatim.com dengan judul VIRAL Kelakuan 5 Siswi SMP Injak Rapor di TikTok, Guru Kesal 'Sungguh Keterlaluan', Begini Endingnya, https://jatim.tribunnews.com/202 ... i-endingnya?page=2.

Editor: Ficca Ayu Saraswaty
Quote dudaberhias 29-12-2020 07:20 PM
memang budak jahat dah kot... benda ni hanya trigger untuk pembuangan mereka jah iols rasa...

kaka  @chazey mesti boleh agak perilaku murid2 hinnie macam mana...
Quote trisnalovezul 31-12-2020 10:42 PM
goblog ini anak
Quote ultra78 1-1-2021 04:48 AM
Jangan salahkan budaya barat ye. Tiktok ni produk China.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038656 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top