CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Pergi Pesta Arak, Tiga Anak Kecil Mati Terbakar Dalam Rumah

29-12-2020 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3248| Komen: 12

Seorang ibu tergamak mengurung tiga anak kecilnya di rumah di Rio Branco kerana mahu pergi ke pesta minuman keras.

Malang menimpa Diogo Monteiro, 4, Caio, 2 dan Vitoria Sofia, 8 bulan apabila ketiga-tiga mereka maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang turut memusnahkan rumah itu.


Malam kejadian pada 19 Disember lalu, jiran berdekatan mendengar jeritan bagaimanapun gagal menyelamatkan mereka selepas mendapati rumah itu dikunci.

Kredit foto: The Sun

Ibu mereka, Jociane Monteiro, 23, ditahan dan dibawa ke Balai Polis Flagrant.

Penyiasat percaya punca kebakaran itu adalah disebabkan litar pintas yang berlaku terhadap kipas.

Gambar di tempat kebakaran menunjukkan pintu dikunci dengan ibu kunci dan rantai tebal.

Bomba hanya sempat menghalang api itu marak ke rumah jiran yang lain.

Hakim Marcelo Coelho Carvalho membenarkan Monteiro dilepaskan dan dia akan didakwa dan dibicarakan atas kesalahan mengabaikan anak-anaknya.

Pegawai Penyiasat Yvens Moreira berkata ketika siasatan Monteiro tidak menunjukkan sebarang emosi.

"Dia tidak menangis, tidak bertanya apa terjadi kepada anak-anaknya. Dia cuma memaklumkan mahu berdiam diri," katanya.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 29-12-2020 01:00 PM
Apalah tulis artikel pun x lengkap..

Rio Banco, Brazil
Quote Megikari 29-12-2020 02:33 PM
Mak x puas enjoy hidup, gini la. Sbb tu aku rengsa betul kalau baca pasal budak2 kawin awal ni
Quote doubleA 29-12-2020 02:38 PM
Siannya. 4 yo, 2 yo dan 8mo terlalu kecil. Aman la korang di sana dik, kejam sangat dunia ni
Quote cikdumbo_92 29-12-2020 04:10 PM
Kesiannya anak2 tu..tergamak eh mak die tinggalkan anak dgn pintu berantai mcm tu
Quote dudaberhias 29-12-2020 04:14 PM
siannya... bapaknya mana?
maknya pulak enjoy2 bapak gi kerja ke..
Quote zorrro_03 29-12-2020 04:21 PM
ini lah contoh kelebihan arak...  hik hikkkkk
Quote highcastle 29-12-2020 05:53 PM
Bila melibatk benda yg memabukkan.......... Baik arak ataupun dadah...........
Quote Tinot7 29-12-2020 07:12 PM
takziah kpd keluarga..
lengkali toksah la pi pesta kalau dah ada anak kecik... nak kluar umah pun kena bawak sumer sekali, tapi jgn pula ke pesta arak.
Quote lattehazelnut 29-12-2020 08:04 PM
Ade pulak beer fest time covid ni
Quote Supersirap 30-12-2020 08:59 AM
Semoga peristiwa ini dapat dijadikan pengajaran buat semua terutama kepada ibu-ibu muda, anda adalah harapan bangsa dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara
Quote star_karat 30-12-2020 11:56 AM
Rio Branco ni kira antara town kampung ulu banat. Jenis2 rumah2 papan. Klu kampung2 brazil nak happy2 kat kedai2 bar2 minum kampung. Orang2 kampung jugak yang minum2. Ni jenis bukan pesta2 besar besaran. Biasa bar kat main road kampung, rumah2 kat belakang2. Jejanz dengan tak pakai baju seluar pendek, pompuan dengan tops singkat2. Sekarang kan dah kira summer time. .Rumah sana memang kena pakai rantai kat pintu klu boleh tingkap sekali.
Quote helicornia 13-1-2021 06:46 AM
Megikari: Mak x puas enjoy hidup, gini la. Sbb tu aku rengsa betul kalau baca pasal budak2 kawin awal ni

alasan nak elak zina.puiih la, gatal konek gatal bijik sgt ke sampai dh tahan sgt ari2 melancap ke yg gigih nak kawin sgt. masalahnye korang muda2 lom abis belajar dh sibuk kapel sbb tu dh teransang nak kawin.klu ko tumpu pd belajar, pada hidup tkde nak pikir pasal kawin pun.pastu pikir la sikit pasal mak bapak.tak kesian ke depa cari duit.tak teringin ke nak keje bagi duit kat parents dulu sblum kawin

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.031686 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top