CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Sakit Hati Kalau Betul Keluarga Zeti Dapat Duit 1MDB

29-12-2020 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6864| Komen: 31

Najib Razak mendesak bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Aziz, menjawab pendedahan sebuah laman blog yang membongkar beberapa dokumen dikaitkan dengan keluarganya yang didakwa pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, termasuk dari 1MDB ke akaun mereka di Singapura.



Kredit foto: Nikkei Asia/Sebenarnya.my

“Sejurus selepas pilihan raya umum ke-14, bekas gabenor BNM sejak 2000 pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata dia nafi tahu kewujudan dana atau tahu mengenai apa-apa transaksi dalam akaun saya termasuk dana yang dikatakan RM2.6 bilion itu.

“Masa itu, saya amat hairan kenapa dia boleh cakap begitu sedangkan dia yang nasihat saya untuk buka akaun atas nama saya sendiri (dan bukan atas nama parti) untuk menerima dana asing tersebut dan mana mungkin seorang gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion masuk ke dalam akaun bank atas nama perdana menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM,” kata bekas perdana menteri itu di Facebook.


Laman MalaysiaToday semalam mendakwa pegawai kanan di AmInvestment Bank Bhd (AmInvestment) didakwa bersekongkol untuk membantu dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Low, menjana keuntungan berjuta-juta daripada bon 1MDB pada hari pertama ia dikeluarkan.


Kredit foto: FB Najib

Penjualan bon bernilai RM5 bilion itu dikatakan diatur oleh AmInvestment dan diluluskan oleh ketua eksekutif TIA ketika itu, Shahrol Halmi, walaupun mendapat bantahan daripada pemegang saham, kerajaan Terengganu.

Penerbitan bon bernilai RM5 bilion, yang kononnya untuk pembangunan bersama Pulau Bidong dengan Mubadala, dibuat terburu-buru atas nasihat penasihat khas TIA tanpa menyelesaikan isu dibangkitkan oleh lembaga pengarahnya.

Wang yang diperoleh 1MDB daripada bon tersebut digunakan untuk membayar USD1 bilion kepada PetroSaudi JV. Bagaimanapun, penyiasat kes itu juga mengesahkan USD700 juta dipindahkan ke syarikat yang dikaitkan dengan Low, Good Star Ltd.

Low kemudian didakwa memindahkan berjuta dolar kepada pelbagai individu dan entiti termasuk suami Zeti, Tawfiq Ayman, menerusi syarikat yang dikaitkan dengannya, Cutting Edge Industries Ltd, dalam satu surat bertarikh 13 Mac 2019.

Pada Julai 2018, Zeti dalam kenyataan terbukanya menafikan dakwaan Najib bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas perdana menteri itu.

Sebelum itu, dalam temubual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, Najib mendakwa Zeti ketika menjadi gabenor BNM menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum pilihan raya umum 2013, namun tidak pernah mempersoalkan perkara itu.

Usaha FMT mendapatkan Zeti yang juga pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), untuk menjawab dakwaan itu tidak berhasil kerana beliau difahamkan sedang bercuti ketika ini.


Sumber: FMT


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 29-12-2020 01:40 PM
So 100Juta tu rasuah la ye..#tanyajer #onedownallmustgodowntoo Hehehehe
Quote Cenderakirana9 29-12-2020 01:59 PM
Bila la drama 1mdb ni nak habis
Quote chandrahusin 29-12-2020 02:06 PM
Kenapa nak marah Jib?
Zeti bukan org lain pun
Zeti mak sedara Hisham
Hisham sepupu uolss
Family mu jgk
Quote Zeatyisaac 29-12-2020 02:08 PM
chandrahusin replied at 29-12-2020 02:06 PM
Kenapa nak marah Jib?
Zeti bukan org lain pun
Zeti mak sedara Hisham

Diaorang ni dari keturunan yang sama, nenek moyang dari Turki.
Quote MissYouSayang 29-12-2020 02:23 PM
blog malaysia today tu bukan ke kepunyaan raja petra ke? raja petra tu kan geng jibon gak..mudahnya  pencacai jibon kena kencing dgn jibon...
Quote chandrahusin 29-12-2020 02:29 PM
Zeatyisaac replied at 29-12-2020 02:08 PM
Diaorang ni dari keturunan yang sama, nenek moyang dari Turki.

yep.. Dato Onn & Ungku Aziz sepupu
Quote bangcak 29-12-2020 02:30 PM
apa @dizekni nak putar dgn stetmen najib
"zeti yg cadang bukak personal acc utk terima duit 1mdb"


adakah heol masih menafikan kewujudan akaun?
atau nafi duit telah masuk akaun?
atau nak bgtau duit yg masuk adalah derma?
atau nak bgtau duit yg diterima dah dipulangkan?


...tak sabar nak dgr putarannya.

Quote Orix 29-12-2020 02:40 PM
MissYouSayang replied at 29-12-2020 02:23 PM
blog malaysia today tu bukan ke kepunyaan raja petra ke? raja petra tu kan geng jibon gak..mudahnya  ...

khuenst... sendiri propose sendiri pura2 terkejut
Quote dodolgemok 29-12-2020 02:54 PM
Penjenayah ni xtau malu ke dah disabit bersalah masih menyalak. Kes 1mdubo kau pon belum setel, diam2 jah kat rumah makin super ring smpai kena penyakit.
Quote ketum 29-12-2020 05:08 PM
So bila zeti nak jawab... Apa nak takut kalau kalau benda tak betul... Jawab ja lah
Quote highcastle 29-12-2020 05:17 PM
Aku lebih kisahkan Jho Low kenapa sampai skg tak dapat ditangkap.. Baik dari zaman Najib, PH hingga ke zaman PN............
Quote kelapaparut 29-12-2020 05:28 PM
chandrahusin replied at 29-12-2020 02:06 PM
Kenapa nak marah Jib?
Zeti bukan org lain pun
Zeti mak sedara Hisham

slps arwah Tun Rahah meninggal bgaduh pulak kluarga najib ni, zeti tu bukan sape2 ,family dia jugak kan walau sedare jauh
Quote kerabuBiru 29-12-2020 05:55 PM
Ooo terjawab sudah kenapa pada awal2 kes ni zeti macam krekk krekk... ada kaitan rupanya walau mungkin secara tak langsung... bijan dah setup baik punya plan.... bahkan tok2 imam yg sponsor pegi mekah pun terpalit kena
Quote zidane_ziege 29-12-2020 07:26 PM
Dalam mahkamah semua tak tahu..dlm fb semua tahu..

Quote dizekni 29-12-2020 07:34 PM
Mana ada manusia waras yang tak sakit hati bila teruk diperdaya dan difitnah

yang fitnah pulak buat2 bodoh lepas tangan

pelik sangat bila zeti tak dipanggil jadi saksi

sedangkan dia tahu serbi serbi wang masuk dan keluar

dia juga yang cadang supaya DS Najib guna akaun sendiri

satu persatu terbongkar

Allahuakbar
Quote dizekni 29-12-2020 07:35 PM
zidane_ziege replied at 29-12-2020 07:26 PM
Dalam mahkamah semua tak tahu..dlm fb semua tahu..

Ni je modal rba cina dap

talak lain modal ka ahbeng
Quote zehra2 29-12-2020 10:57 PM
semua yg mkn duit rakyat ni dipanggang dalam neraka.
100 juta ke.. 1.6 billion ke..
sama je
Quote rashiman 29-12-2020 11:29 PM
zidane_ziege replied at 29-12-2020 07:26 PM
Dalam mahkamah semua tak tahu..dlm fb semua tahu..


Cukup2lah buat fitnah, cuba kaji balik dlm perbicaraan di mahkamah, mana lebih banyak dia beri jawapan dari jawapan tak tahu..

Zeti kena jawab tuduhan nie...atau saman ...dia cakap depan2 dlm fbnya...
Quote ekod79 29-12-2020 11:33 PM
Zeti sign die ada atas duit kot, najib ado? Apoo....

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.043568 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top