CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakaikan Anak Kostum Santa, Fasha Sandha Rimas Dikecam ‘Ustaz Ustazah Jadian’

29-12-2020 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15144| Komen: 101

Selepas dikecam segelintir netizen gara-gara memakaikan bayi perempuannya kostum Santa Claus, pelakon Fasha Sandha memuat naik status membidas kecaman itu.

Menurut Fasha, dia kesal apabila video dimuat naik di akaun Instagramnya itu dikecam segelintir netizen yang diibaratkan seperti ‘ustaz dan ustazah jadian’ hanya kerana dia memakaikan anaknya, Aisha Amairah berusia empat bulan dengan kostum Santa Claus.



Foto yang menjadi kritikan netizen
Kredit foto: Kosmo

“Semalam, saya buat posting Aisha memakai baju cute Santa Claus, tiba-tiba ramai pula ustaz ustazah netizen masuk.

“Sudah tidak ada kerja agaknya. Ramainya ustaz ustazah jadian ini. Apa masalahnya anak saya pakai kostum tu? Just for fun (hanya untuk suka-suka),” katanya.

Menurut isteri kepada pelakon, Aidil Aziz itu lagi, netizen turut berkata bahawa dia hendak menyambut perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.


“Habis tu, kalau pakai ceongsam dan sari salah juga ke? Haram ke?” ujar pelakon berusia 36 tahun itu.

Bahkan, Fasha menegaskan pakaian dipakai tidak melambangkan hati seseorang.


Kredit foto: IG Fasha

Dalam status yang dikongsikan itu juga, Fasha turut menegur segelintir netizen yang dilihat kurang senang dengan apa sahaja yang dilakukan golongan artis.

“Tidak habis-habis nak kecam orang. Orang melamar secara terbuka nak kecam, orang ‘sweet sweet’ buat video YouTube nak kecam, semua benda nak dikecam,” katanya yang mengakhiri status tersebut dengan ayat will delete soon (akan dipadam kemudian).

Menjengah akaun Instagram pelakon yang pernah membintangi filem Anak Mami Kembali itu, Fasha telah memadam status tersebut selepas beberapa jam memuat naik hantaran tersebut. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 29-12-2020 02:38 PM
baka elok sungguh
Quote MisXoXo 29-12-2020 03:01 PM
Muka mak aidil anak dia ni
Quote captainQUE 29-12-2020 03:01 PM
Comel naw anak Dia ni, macam anak mat Salleh...
Quote Kurex 29-12-2020 03:01 PM
Kenapa masa thaipusam, takde bangsa aku nak ikut pun cara pemakaian & cucuk badan?
Quote GayahGigih 29-12-2020 03:03 PM
msian dan gigih berpisah tiada..retis gigih..netizen gigih..semua la gigih..tiap kali raya apa je la kt msia ni..tumbuh bak cendawan manusia gigih
Quote trexxxxxi 29-12-2020 03:05 PM
Comei budaknya.
Pasha pun bawak-bawak la stop merempan.
Dah lama tak follow perkembangan dia nih
Quote BicaraHatiku 29-12-2020 03:06 PM
Edited by BicaraHatiku at 29-12-2020 03:11 PM
Kurex replied at 29-12-2020 03:01 PM
Kenapa masa thaipusam, takde bangsa aku nak ikut pun cara pemakaian & cucuk badan?

sbb ada unsur2 estet..tamil nadu...rugi lah enjek cucuk mandi spa lulur krim pemutih sekilo sehari.

Quote Kancilkering 29-12-2020 03:14 PM
comel
anak aidlil ni beze ngan abang n kaka dia
Quote jijilaaa 29-12-2020 03:28 PM
ada sorang netizen tu komen kat ig fasha, nape tak ajar anak bertudung je..nape idpakaikan kostum...

muehehehe ku baca je la. mmg tak la nak komen kat ig retis. kang berkati2 kena cerca
Quote naina 29-12-2020 03:32 PM
Gebuuuuu.apak gebu anak gebu laaa
Quote haruslah 29-12-2020 03:36 PM
Lawa anak dia...bukan kata comel jer...
Netizen pun byk masa...bukan kata kecam je, siap add on maki hamun+hina lg

Lantak la dia nak pakai baju ape pun
Dia kan retis....tahu kan camne
Korng jaga je family korang

Anggap je la retis ni sekadar memenuhi tv korang
Ni hadap sgt berumah tangga kat ig retis
Quote bungarose 29-12-2020 03:45 PM
Comel nyer baby fasha no3 ni
Melting sungguh
Quote bambimo 29-12-2020 03:47 PM
Comeyy nya anak nye putih gebu geram rasa nk gomol pipi. Mata bundar. Laen dr akak abang dia
Quote Normabaru 29-12-2020 03:50 PM
Kurex replied at 29-12-2020 03:01 PM
Kenapa masa thaipusam, takde bangsa aku nak ikut pun cara pemakaian & cucuk badan?

Hahahaha.. Sebab nipple masing2 xcukup hitam nk kena tanggung kavadi kaliappa tu.. Hehehe
Quote akies 29-12-2020 04:15 PM
Comel anak dia yang kecik ni
Quote paiayam 29-12-2020 04:18 PM
Baby dia amaira ni comel sangat!
Quote TomyamPuteh 29-12-2020 04:25 PM
Sementara ank artis yg suma ngaku terpaling  tercomel dimasukkan ke tahfiz plak
Quote bintangct 29-12-2020 04:28 PM
trexxxxxi replied at 29-12-2020 03:05 PM
Comei budaknya.
Pasha pun bawak-bawak la stop merempan.
Dah lama tak follow perkembangan dia nih ; ...

sama la dh lama unfollow dia ni sb kuat merempan ckp xde ilmu.. asyik dia je betul
Antara dia ngn faezah elai sama2 anak mami tp faezah elai tu lebih logic dr dia ni
Quote miu84 29-12-2020 05:06 PM
Ape comey beno baby tuuuuu eeeee geram

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.092603 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top