CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bapa PU Riz Datuk Seri,Jangan Tuduh Dia Minta RM100,000 Daripada Neelofa!” - Ayu Puteh

29-12-2020 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36504| Komen: 154

Kemelut hubungan selebriti terkenal Neelofa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail yang didakwa sudah berakhir dan dikaitkan dengan pelbagai tuduhan buruk telah menarik perhatian penerbit Datuk Ayu Puteh untuk memberikan pendapatnya.


Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 44, berkata, dia mengenali ahli keluarga dan bapa pendakwah itu iaitu Datuk Seri Ismail sejak 15 tahun lalu kerana mereka berada dalam satu persatuan perniagaan yang sama.



Justeru itu, Ayu berkata, adalah agak mustahil tuduhan mengatakan pendakwah itu dan keluarganya mempunyai niat buruk terhadap Neelofa yang melibatkan wang seperti tersebar di laman sosial.

Malah, Ayu menegaskan PU Riz juga memiliki perniagaan makanan sendiri yang kini sudah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia.

"Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walaupun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai untuk dijadikan suami.

"PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia. Tapi masih ada segelintir pihak yang tuduh kata PU Riz kaya sebab ibu bapa dia.


Foto: IG

"Bapa dia sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak, didikan agama yang cukup dan hantar sekolah agama yang terbaik. Takkan la Neelofa nak berkahwin dengan lelaki yang tak ada ilmu agama atau suami orang?

"Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya. PU Riz seorang yang berpelajaran tinggi begitu juga dengan Neelofa," katanya kepada mStar.

Ayu diminta mengulas berhubung hal berkenaan kerana dia mengenali keluarga personaliti dakwah itu selain mahu menepis tuduhan kononnya PU Riz menerima habuan daripada Neelofa yang dipindahkan melalui akaun bank sebanyak RM100,000.

Dia yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa mempunyai perniagaan Food Station yang salah satunya terletak di Nu Sentral.

Untuk rekod, dalam bidang pendidikan, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail ini merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dan memiliki Diploma Pengajian Islam.

Foto: IG

Dia kini meyambung pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Undnag-Undang.

Sementara itu, Ayu turut mendedahkan bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya namun memiliki sikap yang sangat merendah diri serta tidak mahu dikenali.

"Saya memang kenal Datuk Seri Ismail sebab dalam satu persatuan perniagaan yang sama. Sudah 15 tahun kami kenal dan bapa dia seorang yang kaya-raya juga sebab mempunyai perniagaan yang berjaya.

"Bapa dia memang ahli perniagaan yang berjaya tapi tidak mahu heboh dan beliau juga sangat merendah diri. Kami buat perniagaan agensi pembekal pekerja satu Malaysia. Beliau juga tak suka dunia glamor ni," ujarnya.

Pihak mStar berjaya menghubungi PU Riz, namun pelakon itu meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan masalahnya dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Foto: IG

Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.

Selepas itu Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya pada malam Ahad lalu.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mengikat tali pertunangan dengan PU Riz pada 1 November lalu di kediamankeluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umisha 29-12-2020 05:16 PM
Semoga semua berakhir dgn baik....bila la nak habis teledrama ni. udah letih teman
Quote MsCinderella 29-12-2020 05:22 PM
anak Datuk ni yg pernah digossipkan dgn puriz kan
Quote Normabaru 29-12-2020 05:23 PM
Satu hari 5benang dok topik sama.. Letihhhh
Quote nordin84 29-12-2020 05:24 PM
MsCinderella replied at 29-12-2020 05:22 PM
anak Datuk ni yg pernah digossipkan dgn puriz kan

siapa? wanna ali?
Quote beatgirlX 29-12-2020 05:28 PM
Aku suka wanna Ali .
Cantik..berlakon pun ok..muda dan berkarisma..
Apa pun moga Wanna ni ditemukan jodoh bukan dgn Riz ni la..
Aku baru tau food station tu milk family Riz ni..
Quote MsCinderella 29-12-2020 05:28 PM

ya..boleh google
Quote captainQUE 29-12-2020 05:33 PM
“Haris berpelajaran tinggi begitu juga Neelofa”

Hahahahahahahaha...
Quote Rogue98 29-12-2020 05:33 PM
Apasal info dia byk tak betul? Kata kenal sangat...lol
Quote Kurex 29-12-2020 05:37 PM
Lagi lagi lagi lagi dan lagi... Palat sungguh!
Quote pinkzara 29-12-2020 05:46 PM
Sama ada ia menjadi modus operandi utk menaikkan nama masing2 atau ada yg nak menangguk dia Ayer keroh
Quote rosannazmia 29-12-2020 05:49 PM
captainQUE replied at 29-12-2020 05:33 PM
“Haris berpelajaran tinggi begitu juga Neelofa”

Hahahahahahahaha...

Tular hmmmm... graduan Univ al azhar? Eh pelik .. journalis ni x check maklumat ke sblm publish? Ke ahkak yg salah bc dolo2 ? Ke repute yg bercerits ttg riz ni dolo2 salah? Ehhh
Quote asma87 29-12-2020 05:50 PM
Ada yg bayar wartawan Cari ke utk asik bukak benang lofariz ni. Penat aku
Quote izat123 29-12-2020 05:51 PM
Sebenarnya dia ni ada ke tak diploma? Kejap kata belajar tak habsu kejap kata ada diploma kejap tengah sambung kat uia mana satu ni. Zaman sekarang ni bab tahap pelajaran pun orang nak kencing ke bukannya orang ramai tak boleh check.
Quote shalalat 29-12-2020 05:51 PM
captainQUE replied at 29-12-2020 05:33 PM
“Haris berpelajaran tinggi begitu juga Neelofa”

Hahahahahahahaha...

lopa ni ada phd ke?
Quote Budakmomok 29-12-2020 05:54 PM
Resume pendidkan tinggi PU Riz tu sah ke auta?
Quote lattehazelnut 29-12-2020 05:57 PM
Nak menempel jugak..
Kau ingat kitorg bodo sgt ke nak caya budak twitter tu..
Quote rosannazmia 29-12-2020 05:57 PM
izat123 replied at 29-12-2020 05:51 PM
Sebenarnya dia ni ada ke tak diploma? Kejap kata belajar tak habsu kejap kata ada diploma kejap teng ...

Kalu kat south korea ni abis dah di cerca seluruh kuturunan dan University( Merujuk kpd celebs south korea , bkn celebs msia) tp ahlul politaik msian mmg kena cerca berbenang2 di twidder. Tp biasalah msian politicians ni muka tebai , berbaru ni artis trot terkenal di SK terpaksa tulis pjg berjela surat pemohonan maaf setelah didapati bersalah plagiat thesis degree. Sbb grad degree tu sheols dpt buat master n phd. Bila terbongkar ttg plagiat tu mau tak mengamuk netizen Sk abis satu keluarga n U kena cerca
Quote foxy_kaypo 29-12-2020 05:58 PM
So Datuk Ayu punya definasi pend tinggi adalah SPM?
Quote weezerfan 29-12-2020 06:00 PM
So kalau apaknya tok seri ada effect ke kat dia?bukan dak puritz ni degree pon x habis ke

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061232 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top