|
Pengacara Nabil Mahir berhasrat memiliki 13 cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang dijadual berlangsung Jumaat ini.
Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir berkata, angka terbabit adalah nombor kegemarannya selain ingin memiliki keluarga yang ramai. "Kalau boleh nak timang 13 orang anak, sebab kami sukakan budak. Kalau dapat memang rezeki dan seolah-olah mimpi jadi kenyataan. "Tapi sejujurnya, kalau dapat anak ramai macam mana pun, apa yang penting anak kami nanti sihat walafiat. Tak kisahlah satu, dua atau 13 orang pun," katanya ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu terbaharu Ayda berjudul Parah Parah di Publika, hari ini.
|

lotionmilo replied at 29-12-2020 09:53 PM
Nabil ni keje apa?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.070349 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.