|
Kecoh di Twitter apabila pensyarah menetapkan jumlah tontonan tertentu sebagai syarat pemarkahan bagi tugasan video penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Perkara itu dikongsikan pengguna Twitter Dr Dira yang kesal dengan tindakan mana-mana pensyarah berbuat demikian. "Kenapa buat macam ni. Ini kursus untuk menjadi YouTuber ke, macam mana? Kesian pelajar," ciapnya. Perkongsian itu meraih perhatian orang ramai yang berbeza pandangan. Walaupun ada yang tidak bersetuju, segelintir daripadanya mendakwa ia diperlukan memandangkan banyak pekerjaan hari ini bergantung pada pemasaran digital. Berikutan itu, ramai pelajar berkongsi pautan pada saluran YouTube dan media sosial mereka bagi mencukupkan syarat jumlah tontonan, like, pengikut dan sebagainya seperti ditetapkan pensyarah. - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.557062 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.