Sharifah Shahira yang kini bertugas di konti Suria FM meluahkan rasa kesal dan bingung memikirkan masalah pembantu rumah yang dipercayai melarikan diri pada Ahad lalu. Sharifah Shahira yang lebih disapa sebagai Shiera menjelaskan, bibiknya berasal dari Indonesia itu menghilangkan diri dan kini gagal dikesan semasa dia dan suaminya berada di Raub, Pahang.
Meskipun sudah bekerja selama empat tahun, perkara itu sangat mengecewakan Shiera kerana sepanjang bersama, dia dan keluarga tidak pernah mempunyai apa-apa isu dengan pembantu rumahnya itu. Shiera berkongsi mengenai kehilangan pembantu rumah yang dikenali sebagai Seri itu menerusi Instagramnnya, baru-baru ini. “Sebelum ini tak ada isu pun, kita izinkan saja kalau dia nak balik jumpa keluarga. Malah permit kerja dia pun baru sahaja diperbaharui sebab dia bersetuju nak sambung kontrak dengan kami lagi. Kalau awal-awal dia kata tak nak kerja kita tak paksa," katanya kepada mStar.
Justeru, kakak kepada Sharifah Sakinah itu membuat laporan polis mengenai kes berkenaan kerana bimbang jika berlaku sesuatu tidak diingini di kemudian hari.
|
izat123 replied at 31-12-2020 09:46 AM
Maid ni memang macam gambling. Untung nasib kena tapi mostly susah nak dapat yang baik. Dah banyak p ...
jijilaaa replied at 31-12-2020 11:37 AM
aku suka tgk rumah dia yang kat ulu dong ke apa tu..selalu nmpak penampakkan nabil kat ig rara ni. d ...
jijilaaa: aku suka tgk rumah dia yang kat ulu dong ke apa tu..selalu nmpak penampakkan nabil kat ig rara ni. diaorg share beli tanah ke apa?
ADVERTISEMENT