|
Wanita dari Jawa Barat mempunyai tabiat makan pelik apabila menjadikan mata pisau cukur sebagai hidangan makanannya selama 25 tahun. Tribunnews melaporkan, wanita dikenali sebagai Nenti, 50, dari Kampung Dadap, Indramayu itu menjadikan mata pisau cukur sebagai makanan ringan wajib, setiap hari.
"Rasanya seperti makan keropok," katanya. Menceritakan hal itu Nenti berkata, dia menjadikan mata pisau cukur makanan sejak 25 tahun lalu. Akuinya, ribuan mata pisau cukur sudah dimakan dan dalam sehari kira-kira empat mata pisau cukur wajib dimakannya. Jika tidak, tubuhnya lesu dan tidak mampu bekerja. Malah, kepalanya akan pening secara mendadak. Dia bersyukur dengan perangai pelik yang dimilikinya itu. Di usianya yang sudah setengah abad membuatnya masih kuat bekerja sebagai pemungut barangan lama supaya boleh bertahan.
Nenti turut mengakui masih kuat berjalan mengelilingi kampung seharian mencari sampah untuk dijual. "Ada polis pernah tanya, tidak sakit ke? Dan saya memberitahunya langsung tidak sakit," katanya. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.296427 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.