CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cadangan Lesen Dan Nombor Plat Pada Basikal Sedang Dikaji - MIROS

31-12-2020 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4352| Komen: 29

Gambar sekadar hiasan



Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal dilihat semakin menjadi popular dalam kalangan rakyat.

Namun, ada segelintir pihak yang berbasikal dikawasan yang merbahaya seperti atas jalan raya yang sesak, meskipun kawasan ini adalah dilarang seperti menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal adalah selamat, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mencadangkan agar basikal dipasang dengan nombor plat serta memerlukan lesen khas.

“MIROS sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ia menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat,” jelas Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kasim kepada Utusan Malaysia.





Usaha ini dilihat sebagai salah satu cara dalam menjaga keselamatan dan keselesaan penunggang basikal daripada terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya.

Dalam perkembangan lain, aktiviti berbasikal atas jalanraya kini juga dalam pemerhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya.




Sumber: Utusan
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 31-12-2020 12:21 PM
betul ke ni?

Namun, ada segelintir pihak yang berbasikal dikawasan yang merbahaya seperti atas jalan raya yang sesak, meskipun kawasan ini adalah dilarang seperti menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.


https://www.bharian.com.my/berit ... boleh-undang-bahaya

KUALA LUMPUR: Polis tidak melarang aktiviti berbasikal di jalan raya namun penunggang basikal perlu patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan kerana ia boleh mengundang bahaya.
Quote Normabaru 31-12-2020 12:23 PM
Apela cdgn pelik2.. Takkan babu jual kapet nk pki plat number.. Huhu
Quote Kurex 31-12-2020 12:32 PM
Dapnyehhhhh paha alipppp
Quote seri_mawr 31-12-2020 12:51 PM
kalau dgn adanya no plate and lesen dapat mengurangkan kemalangan maut penunggang basikal...ok saja.....tapi klu setakat  nak kaut keuntungan...baik tak payah...
Quote noor2 31-12-2020 01:00 PM
Jgn lupa letak signal dan side mirror juga ya.... menyusahkan tak de signal
Quote prettyuglybabe 31-12-2020 01:05 PM
bodoh punya kluster basikal kayangan..
kan dah menyusahkan orang yang berbasikal untuk riadah kat kawasan rekreasi or perumahan kalau kena peraturan gini..
Quote wnwa05 31-12-2020 01:21 PM
lepas tu wujud pulak akta larangan plat fancy...oh money money.kesian bangla gi balik kerja naik basikal dah terpalit taik
Quote LemangGoreng 31-12-2020 03:19 PM
yang benornye, buat akta yang berbasikal xboleh beriringan2.. ini smpai setengah lane jalan ko makan, kete belakang nk potong pn xbole. kalo ade nombo plate bgs jgk, jumpe kayuh tgh2 jalan bole amek gambar
Quote matseh 31-12-2020 03:56 PM
Ok aku setuju. Price ikut harga beli. Cth basikal Harga RM45k. Caj lesen 0.01% Harga beli.
Quote msdummy.2018 31-12-2020 04:03 PM
jangan lupa plak, wajibkan mereka ni amik lesennn..introduce juga wajibkan attendance kelas basikal 6bulan skali...kali xattbend xleh renew license....blh lah dptkan income tmbhn negara di samping ko berleter undang2 jalan raya kat diaorg..sama gak tuk yg jenis berkonvoi2..dah konvoi pas tub saru jalan tuh dia punya...pakej xder pengiring..menyusahkan pengguna jer...
Quote HuoJingJue 31-12-2020 04:23 PM
kalau cadangan mesti berbau kapitalis..
serupa cadangan bagi umur 16tahun bawak motor 70cc..
bawak basikal tak boleh kah?
Quote RatuDunia94 31-12-2020 10:26 PM
Lebih baik buat undang2. Pemanru kereta, motor, bus, lori etc yg melanggar penunggang basikal di jalan raya tidak akan disabitkan kesalahan.. haha
Quote mosti 31-12-2020 11:58 PM
Buat side mirror skali. Lepas tu sebelum dapat lesen kna masuk kelas dulu. Dah lulus baru dpt lesen.
Quote angelofish 1-1-2021 12:14 AM
lesen ke no plate ke roadtax ke.orang malaysia jugak yang kena.pendatang asing rohingya bangla.naik kereta ke moto ke polis butakan mata
Quote FOTHER-MUCKER 1-1-2021 12:16 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-12-2020 08:18 AM

Saya tidak faham betul dengan mentality pemimpin seperti ini!

Disebabkan oleh beberapa orang yang gila menggunakan basikal maka semua pengguna basikal akan dihukum?

Macamana dengan kanak kanak sekolah, mereka mereka yang tidak mampu menggunakan public transport?

Inilah akibatnya apabila dapat pemimpin bodoh yang malas berfikir untuk menyelesaikan masalah!

Sebagai contoh di London ini kerajaan lebih menggalakan penguna menggunakan basikal dan scooter untuk pengunaan harian.

Pengunaan basika lebih kurang 7000 setiap hari dan pengunaan scooter juga semakin meningkat Semejak ianya di benar kan beberapa bulan lepas.

Sesiapa sahaja boleh menggunakan basika electric dan scooter electric di London sebagai pengankutan harian mereka. Tidak perlu license dan number plate.

Scooters yang saya maksudkan seperti ini...
Quote FOTHER-MUCKER 1-1-2021 12:26 AM
Macamana jikalau ramai yang menggunakan skateboard, basikal, scooter dan roller skates untuk pergi balik kerja di kl?
Quote che-cikL 1-1-2021 12:51 AM
"Usaha ini dilihat sebagai salah satu cara dalam menjaga keselamatan dan keselesaan penunggang basikal daripada terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya."

Macamana besar pun letak no.plate dan gantung lesen kat leher sekalipun, takkan dapat selesaikan isu sebenar.

Motorsikal kereta yg sah2 satu dunia ada lesen dan nombor plate pun duk ada accident. Tak campur lagi bawak tak berlesen, pastu road tax expired lagi. Tak cukup polis dan JPJ nak kuatkuasakan yg bermotor ni, nk tambah lagi basikal pulak.


Quote sharlenetexas 1-1-2021 12:59 AM
Iols guna basikal murah2 je gi 7E dan pasar malam.

Quote FOTHER-MUCKER 1-1-2021 01:01 AM
che-cikL replied at 31-12-2020 08:51 AM
"Usaha ini dilihat sebagai salah satu cara dalam menjaga keselamatan dan keselesaan penunggang basik ...

Ye tengok sahaja mat rempit tu..hari hari mati!

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.036462 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top