CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raja Ilya Nak Usaha Dapat Anak Tahun 2021

31-12-2020 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5830| Komen: 26

Pelakon, Raja Ilya, 34, berkongsi 2021 adalah tahunnya untuk memiliki cahaya mata.

Bintang filem KL Vampires itu berkata, selama dua tahun fokus pada kerjaya dan kehidupan bersama suaminya, Trent Garret, jadi 2021 adalah masa sesuai untuk mendapatkan zuriat.



Foto: IG

"Pada asalnya, saya merancang untuk hamil selepas menghabiskan penggambaran sebuah drama bersiri di Kuala Lumpur, tahun ini. Tetapi, sebab sudah 10 bulan saya di Perth, Australia. Kami pun tak tahu bila dapat balik, kami merancang cuba mendapat anak.

"Tak tahulah bila akan jadinya sebab sudah hampir dua tahun saya mengambil pil perancang kerana ketika berkahwin, saya terikat dengan penggambaran. Jadi, saya terpaksa fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Terpaksalah ditangguh perancangan untuk memiliki cahaya mata.


"Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya mahu memiliki cahaya mata, tahun depan," katanya kepada BH Online.



Selain itu, pelakon yang mesra disapa sebagai Ilya yang kini menetap di Perth itu turut merancang pulang ke Kuala Lumpur, tahun hadapan.

"Sudah 10 bulan saya tak balik. Kali terakhir, saya berada di Kuala Lumpur pada 13 Februari lalu. Banyak kali rancangan pulang ke Kuala Lumpur, tetapi setiap kali periksa dengan Jabatan Imigresen, ada sahaja peraturan dan syarat yang menghalang kami.



"Tambah lagi, saya sudah menjadi penduduk tetap (PR) di Australia, sejak tahun ini. Ingatkan apabila ada PR, senang nak ulang alik, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, semuanya bertukar.

"Nasib ada teknologi canggih, boleh melakukan panggilan video, jadi tidak terasa sangat duduk di perantauan. Setiap hari, saya menghantar mesej kepada ibu dan keluarga, kebanyakannya tanya mengenai masakan.



"Dan mujur saya mempunyai keluarga suami, jadi tak rasa berjauhan daripada keluarga. Apabila balik nanti saya merancang untuk tinggal beberapa bulan di Kuala Lumpur untuk melepaskan rindu bersama keluarga. Pada masa sama, saya memenuhi beberapa tawaran lakonan," katanya.

Bertanya mengenai kerjaya lakonannya, Ilya tidak menafikan, dia merindui aktiviti seninya di Kuala Lumpur, namun terpaksa akur dengan situasi semasa.



"Setiap kali produksi menghubungi saya untuk memberikan tawaran kerja, saya terpaksa tolak dengan hati berat. Ada yang kata nak tunggu saya balik, tetapi saya tidak mengesyorkan memandangkan situasi sekarang sukar dijangka.

"Sebenarnya, di sini saya di bawah sebuah agensi, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, semuanya tak berapa nak jalan, sebab kebanyakan produksi drama dan filem di Sydney.


"Jadi, saya jadi suri rumah, belajar masak, kemas rumah, jaga suami dan buat 'product review' sahaja, tahun ini," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 31-12-2020 04:29 PM
So, nk kene beli video proses membuat anak ko ke?
Quote songhara1226 31-12-2020 04:40 PM
slyfynx replied at 31-12-2020 04:29 PM
So, nk kene beli video proses membuat anak ko ke?

Alahh garunkknye sis, nanti thread2 raja ilya ngandung, mual, ngidam, nama anak pangkal R  dan I,  bukaan 1-9 cm, bayangan tangan bayi, muka bayi, bayi boleh jalan, anak pandai baca alif ba ta, anak masuk sekolah pondok, anak keluar lagu, anak masuk program lawak, anak berlakon dan so on tu, sis dah ready ke
Quote EvieWanKenobi 31-12-2020 05:49 PM
bosannyaaaa..
Quote pakwetizzaqyah 31-12-2020 05:59 PM
nk cite dia nk usaha berhenjut lebey tahun dpn per?
Quote kiah_mai_pulak 31-12-2020 05:59 PM
ketahian apakah innerh??? dh tu acik2 kat sini nk kena gelabah kan tetksss memasing ke dgr ko nk buat anak dgn laki herlokkk ko tu ramilah oi???
Quote Tinot7 31-12-2020 06:05 PM
diorng ni mmg kluar citer nak buat anak utk kekal relevan ke?
Quote tokchik 31-12-2020 08:42 PM
Nampak lain bebenor DH Muka nya
Quote fealefea 31-12-2020 09:16 PM
Ada sape rajin godek sijil nikah die ke?
Quote Buritan 31-12-2020 09:36 PM
songhara1226: Alahh garunkknye sis, nanti thread2 raja ilya ngandung, mual, ngidam, nama anak pangkal R  dan I,  bukaan 1-9 cm, bayangan tangan bayi, muka bayi, bay ...


Koh koh.. ade ke patut anak ompitih ni masuk sek pondok.. koh koh
Quote Kenjiyan 31-12-2020 09:44 PM
Dia ingat senang ke nak buat anak? {:cryrun
Quote cha-cha 31-12-2020 09:49 PM
Ngeseks lah puas2 sis sebelum suamimu kepam.
Quote RatuDunia94 31-12-2020 09:57 PM
songhara1226 replied at 31-12-2020 04:40 PM
Alahh garunkknye sis, nanti thread2 raja ilya ngandung, mual, ngidam, nama anak pangkal R  dan I,  ...

Dah boleh siap sedia utk subscribe la sis pakej langganan thread Raja Ilya
Quote jalfa 31-12-2020 10:09 PM
Promote minuman kena pakai sarung kopek je ker...
Quote gideoncross 31-12-2020 11:10 PM
Pnjngnya Hummer kat blkng tu.
Quote Roxy453 1-1-2021 02:58 AM
excuse meeeeeeeeee, ko ade Australian PR ke tak, i bet you are still a MALAYSIAN cos u baru bagitau u baru dapat PR. So, as a Malaysian citizen, boleh je ko balik Msia asalkan ko sanggup byr swab test & your hotel stay. Persoalannya, sanggup ke ko byr, Raja Ilya? LOL!

Plus, u ade lakonan kat Msia to which I assume it'll take more than 3 months of shooting, im sure Australia Home Affairs dept will give you the consent. Tapi tahan ke laki you stay sampai 3 bulan kat Malaysia, LOL.

And to Msians, better go for domestic tourism. Please support the local holiday package. Tourism sector in Malaysia is seriously dying due to this outbreak.
Quote mijot 1-1-2021 04:40 AM
baru dapat PR bukan warganegara, boleh jer nak blk mesia..kena usaha lebih buat surat kt imigresen..tp eloklah ko tak balik..lakonan pun sendu jer kt mesia ni..
Quote songhara1226 1-1-2021 09:07 AM
Buritan replied at 31-12-2020 09:36 PM
Koh koh.. ade ke patut anak ompitih ni masuk sek pondok.. koh koh

Mengharapkan anak untuk membimbing ke syurga gitewww kekdahnya, nk hrp suami kokesen memang melingkuplahh
sama mcm retis2 yg berhijrah kerana mengharapkan bakal somi suruh pakai, padahal ayah dia berbuih mulut suruh tutup aurat

Quote sinichisenpai 1-1-2021 09:09 AM
Dulu aku mcm wow jugak dia ni sbb leh ckp tamil... Sekarang aku belek ig dia sbb seksi ja. Tahap boleh la #maafjujur
Quote songhara1226 1-1-2021 09:10 AM
RatuDunia94 replied at 31-12-2020 09:57 PM
Dah boleh siap sedia utk subscribe la sis pakej langganan thread Raja Ilya

Hmm iolss dh bnyk sgt dh subscription ni, channel HajahLofake, channel sohai, channel Kemut Sisters, yg thread Raja Ilya ni Iollss tgok free preview je lahh, tak kuasa nak langgan.  

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053732 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top