Meskipun tahun 2020 bermulanya episod suram diseluruh dunia akibat dilanda pandemik Covid-19 sejak awal tahun yang memberi kesan terhadap ekonomi dan sosial, namun sesetengah orang tidak ingin membiarkan hidup mereka diselubungi kebosanan dan stress akibat pelbagai masalah dan perintah berkurung yang diperkenalkan. Pelbagai cara yang digunakan oleh warganet untuk berhibur antara yang paling trending ketika ini adalah membuat rakaman dengan mengunakan aplikasi TikTok dan dikongsikan di laman sosial. Baru-baru ini, tular satu rakaman video berdurasi 24 saat dari aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang warganet di laman sosial Twitter.
Perkongsian video tersebut memaparkan aksi seorang wanita dipercayai sedang bermain satu permainan meneka dimanakah suaminya dengan cara mengenal pasti bau pasangan dalam keadaan mata tertutup. Jesteru, dia perlu menghidu setiap bau baju lelaki yang berada di hadapannya bagi mencari yang mana satu suaminya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan bercadang untuk mencuba dengan pasangan masing-masing namun tak kurang juga yang mengkritik dan mempersoalkan halal haram. Mungkin betul juga teguran warganet itu, berhibur tak salah namun jangan sampai terlalu sporting hingga mengundang kecaman dan tidak manis pandang orang walaupun sekadar mencium bau baju. Lagi pun kita sebagai muslim yang juga terkenal dengan budaya ketimuran amat menitikberatkan kesopanan dan sentiasa menjaga batas apatah lagi dengan ajnabi. Apapun, mungkin mereka ada alasan tersendiri dan siapa tahu semua dalam video itu adalah sepupu sepapat. - CARI |
sharlenetexas replied at 31-12-2020 04:47 PM
Makin merebak covid.
ADVERTISEMENT