Ramai menunding jari kepada kerajaan apabila ada miskin tegar tidak dibantu. Namun, apabila sudah dibantu, ada pula segelintir yang mengambil kesempatan. Antara contoh yang makin berleluasa kini adalah menyewakan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan harga kapitalis, sedangkan terang terangan ianya adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Jadi, sekarang nak salahkan siapa? Ciapan yang tular di Twitter ini rupa-rupanya sudah lama diamalkan segelintir pengguna di Facebook. Modus operandi mereka mencari individu yang bekerja di ibu kota lalu mengaut keuntungan berganda berbanding sewa bulanan mereka sendiri. Apabila ditanya peguam, Helena, tuan rumah ini menjelaskan yang mereka tertakluk dalam undang-undang istimewa, jadi tiada masalah untuk memberi sewa. Persoalannya, di manakah keluarga tuan rumah itu pula tinggal? Bukankah rumah PPR hanya untuk orang yang tiada rumah? "Rumah PPR untuk bantu orang miskin / kurang mampu dapat tempat berteduh, yang engkorang pi sewa bilik harga kapitalis tu celakaapa? dah keluar dari kelompok kemiskinan?" Ia turut dipersetujui netizen lain yang pernah mempersoalkan isu sebegini. Memandangkan rumah PPR mempunyai dua jenis iaitu untuk dimiliki dan disewa, adalah menjadi kesalahan jika ada individu yang menyalahgunakan kemudahan ini. Hal ini menimbulkan kemarahan netizen yang menganggap ramai golongan kapitalis telah mengambil hak yang tidak sepatutnya. |
airmineral replied at 1-1-2021 10:42 AM
umah ppr ni bukan dibeli juga ke? atau disewa kepada majlis? sekiranya boleh dibeli, kalau tiba2 ken ...
sarahmirza: Kalau tanya i, TAK boleh.Nanti yang lain pun bagi alasan yang sama....
airmineral replied at 1-1-2021 10:42 AM
umah ppr ni bukan dibeli juga ke? atau disewa kepada majlis? sekiranya boleh dibeli, kalau tiba2 ken ...
airmineral replied at 1-1-2021 10:42 AM
umah ppr ni bukan dibeli juga ke? atau disewa kepada majlis? sekiranya boleh dibeli, kalau tiba2 ken ...
krustykrab replied at 1-1-2021 11:31 AM
Patutnya dlm perjanjian jualbeli kena ada klausa kna jual balik pada gomen dgn harga asal jika pem ...
epal21 replied at 1-1-2021 11:48 AM
Tarik je balik rumah ppr orang macam ni. Tetingat pulak dulu ada akak kerja pembantu kesihatan (gred ...
ADVERTISEMENT