Seorang menteri kanan Kanada berdepan kritikan hebat selepas 'kantoi' sedang berada di kawasan peranginan untuk bercuti. Menteri Kewangan, Rod Phillips menyiarkan video dari rumahnya pada malam Krismas, sambil menasihatkan rakyat agar mengelakkan perjalanan yang tidak penting bagi mengelakkan penularan Covid-19.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas apa yang kita lakukan untuk melindungi golongan yang berisiko," katanya di dalam video berkenaan, sambil duduk bersebelahan pendiangan di dalam rumahnya. Namun, menurut Metro.co.uk, rupa-rupanya menteri itu berada di Pulau St Barts di Perancis dan dikatakan tiba di lokasi peranginan itu pada 13 Disember lagi. Ketika ini, pembangkang dan pegawai kesihatan mendesak agar Phillips dipecat. Phillips dalam satu kenyataan mengatakan bahawa dia begitu kesal dan segera memendekkan percutiannya sebelum pulang pada Khamis pagi.
Sementara itu, BBC melaporkan bahawa Phillips sudah meletak jawatan angkara insiden berkenaan. Sumber: mStar/BBC |
sarahmirza replied at 1-1-2021 11:07 AM
Kalau Menteri malaysia.....depa buat muka bodoh je.
Ada aku kisah? Ada kisah?
krustykrab replied at 1-1-2021 11:23 AM
Kat msia laennnn...menteri kebal sekebal kebalnya
sarahmirza: Kalau Menteri malaysia.....depa buat muka bodoh je.Ada aku kisah? Ada kisah?
merrissa replied at 1-1-2021 05:05 AM
Kauuu gilaaa kalau letak jawatan hilanglah segala mak bapak elaun pencen semua
Menteri kanad ...
ADVERTISEMENT