Jepun dan kemajuan teknologinya yang sudah jauh kedepan berbanding negara-negara lain memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Terbaru, Jepun memperkenalkan tandas awam yang menggunakan pintu dan dinding kaca lut sinar. Memetik rancaktv, tandas awam yang menggunakan kaca lut sinar ataupun transparent bertujuan untuk mengubah stereotaip bahawa tandas awam adalah kotor, sekali gus membaiki reputasi terhadap kebersihan tandas awam di negara itu. Walau bagaimanapun, pengguna tandas ini tidak perlu gusar ketika melakukan "urusan" kerana sebaik saja pengguna masuk ke dalam tandas itu, dinding dan pintu kaca itu menjadi legap apabila ia ditutup dan dikunci.
Teknologi canggih ini merupakan satu lagi ciptaan canggih tandas di Jepun, bagi siapa yang pernah pergi ke negara matahari terbit itu, tahulah betapa moden tandas di situ. Orang yang nak guna tandas itu boleh memilih tandas mana yang mereka mahu gunakan dengan hanya melihat dari luar. Tandas itu dibina atas sebahagian daripada usaha Projek Tandas Yayasan Nippon di Tokyo dan diletakkan di sebuah taman di bandar Shibuya. Dinding kaca pada tandas itu dicipta oleh arkitek tersohor yang memenangi anugerah Pritzker, Shigeru Ban. Pada waktu malam, tandas itu akan dicantikkan dengan lampu yang menarik untuk kelihatan lebih menarik. Cuma ada satu yang dirisaukan, bagaimana pula jika tiba-tiba terputus bekalan eletrik dan ketika itu ada pengguna sedang menggunakan tandas tersebut. Adakah dinding tandas tetap legap atau kembali berubah menjadi transparent sedangkan pengguna masih sibuk dengan "urusan" dan bersangka tidak dilihat orang ramai? - CARI |
kelapaparut replied at 3-1-2021 10:53 AM
nak berak mcm mane, xkluar taik la kalu org dok perati ramai2
Tinot7 replied at 3-1-2021 11:00 AM
Org tak nampak kalau pintu dikunci..
Tapi kalau nak fefeeling diperhatikan, toksah kunci pintu..
...
ChildrenOfBodom replied at 3-1-2021 02:51 AM
knowing that most of malaysian still has 3rd world mentality, tak payah la bawak mai teknologi2 mod ...
kelapaparut replied at 3-1-2021 11:06 AM
tp tetap ade feeling spt diperhatikan, berak pun rase cemas2 je, taik pun kluar separuh je, sampai ...
ChildrenOfBodom replied at 3-1-2021 10:51 AM
knowing that most of malaysian still has 3rd world mentality, tak payah la bawak mai teknologi2 mod ...
wnwa05 replied at 3-1-2021 11:36 AM
ko pasti ke rakyat origin yang suka buat kotor sedangkan kita ada hampir 3 juta warga asing
...
wnwa05 replied at 3-1-2021 11:37 AM
pada aku tak perlu pun dinding canggih macam tu cukuplah setiap tandas dibekalkan teknologi auto d ...
ADVERTISEMENT