CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Advance Kau Dik Dah Pandai Order Makwe Dekat Lazada!

3-1-2021 11:03 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6032| Komen: 26|Original author: Oleh: LilRose

Disangkakan, orang dewasa saja 'menjual diri' sebagai kekasih dan jodoh atau 'menyewakan diri' sebagai peneman di hari istimewa tertentu seperti Hari Valentine menerusi platform jualan dalam talian.


Rupa-rupanya, budak-budak pun tahu perihal 'jual beli kekasih' secara dalam talian.


Kredit foto: Twitter

Tular video lucu di Twitter gelagat dan pengakuan lucu dibuat seorang kanak-kanak ketika bersembang dengan seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Menerusi video itu, kedengaran lelaki berkenaan bertanya kepada budak perempuan di tempat duduk belakang dia mahu berkahwin dengan siapa dewasa kelak.

Dengan selamba kanak-kanak itu menjawab "Kahwin dengan Aidil" membuatkan budak lelaki di sebelahnya menjerit tidak bersetuju.

"Eeee, aku tak nak kahwin dengan kau! Aku dah ada makwe lah! Aku order dah dekat Lazada," ujarnya mengundang tawa lelaki berkenaan.


Ramai terhibur dengan pengakuan lucu kanak-kanak itu dan berseloroh meminta link untuk membuat pesanan 'menempah kekasih'. 




"Nak order jugalah macam tu. Dekat Shopee tak ada ke? Selalunya Shopee yang banyak pilihan sikit," komen netizen. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msel 3-1-2021 11:37 AM
Tak kelakar atau aku yang payah terhibur. Elok ke cakap macam tu dengan anak. Kau aku kau aku.. Hurmm
Quote little_sis 3-1-2021 11:47 AM
Mesti sbb dah biasa dgr org dewasa ckp camtu.. tapi aku x berkenan la..
Quote isseliparjepun 3-1-2021 11:53 AM
Sebagai acik bawang konservatif, I tak berapa gemar cakap pasal kahwin dengan anak anak yang masih setahun jagung tu. Tapi mungkin dia rasa funny. Pelik la perlu record dan upload ke.
Quote Knowlee 3-1-2021 12:14 PM
Batak like and subscribers?
Quote dua_chzy 3-1-2021 01:51 PM
Anak sapa jahat sangat beraku kau siap tarik rambut (ke bahu?) budak perempuan tu? Kasar betul. Kenapa jantan yang tengah driving tu ketawa tak tegur hapa2? Kau ingat ni klaka?
Quote damsel_fiji 3-1-2021 02:12 PM
dua_chzy replied at 3-1-2021 01:51 PM
Anak sapa jahat sangat beraku kau siap tarik rambut (ke bahu?) budak perempuan tu? Kasar betul. Kena ...

ramai parents sick kat malaysia sis..tau mengangkang jah tp x de skill nak jadi parent..malas jaga anak seawal 1 bulan ko dah sumbat bagi smartphone..esok2 dah besar anak perangai setan xpe sis..boleh salahkan cikgu ke orang kampung ke jiran sebelah ke
Quote dua_chzy 3-1-2021 04:45 PM
damsel_fiji replied at 3-1-2021 02:12 PM
ramai parents sick kat malaysia sis..tau mengangkang jah tp x de skill nak jadi parent..malas jaga ...

Ramai pulak tu acik2 terhibur siap mintak link Lazada. Korang dah kenapa? Akak tak berkenan betul anak2 kecil kasar juga beraku kau gini. Where your manners at? kata akak membebel.
Quote VespaSilbe 3-1-2021 04:48 PM
Tak kelakar.. boooo
Quote papadomku 3-1-2021 06:04 PM
Macam mana la boleh tanya soalan pasal kahwin kat budak kecik tu. Anehla mak bapak zaman sekarang
Quote Pamelaloba 3-1-2021 06:07 PM
Amboiii dik. Mesti dengar org cakap camtu kan
Quote exclusive_vvip 3-1-2021 06:11 PM
dua_chzy replied at 3-1-2021 01:51 PM
Anak sapa jahat sangat beraku kau siap tarik rambut (ke bahu?) budak perempuan tu? Kasar betul. Kena ...

dia yg ajar dialog ni kot..siap2 rakam tu..utk viral kot..
Quote b_n_c 3-1-2021 08:47 PM
oh aku mmg tak suka mak pak ber aku kau dgn anak2 dan budak ditambah pula mengajar awek pakwe kt budak2 + pakej nk kawin ngan sapa...

semua complete dalam video ni...

bdk2 ni kecik2 di ajar hal2 org dewasa no wonder la start darjah 3 dah reti hal seks mengeseks ni, bodoh!

korang la makpak bengong yg ngajar
Quote b_n_c 3-1-2021 08:55 PM
exclusive_vvip replied at 3-1-2021 06:11 PM
dia yg ajar dialog ni kot..siap2 rakam tu..utk viral kot..

btl kot sb bila dgr balik dia tnya mana kau tau. bdk tu ckp "***** yg ajar" (x dgr dia ckp apa) pastu org yg rakam tu cakap eh mana ada...

as if bdk tu cakap dia yg ajar cakap gitu..
Quote ReginaGeorge 3-1-2021 11:27 PM
Bagi 1 ha je sbb tak kelakar
Quote Lolalala 4-1-2021 12:40 AM
Kasarnya laaa bahasa dan perbuatan anak ni. Demi secebis like.
Quote reddots 4-1-2021 11:19 AM
Edited by reddots at 4-1-2021 11:25 AM
dua_chzy replied at 3-1-2021 01:51 PM
Anak sapa jahat sangat beraku kau siap tarik rambut (ke bahu?) budak perempuan tu? Kasar betul. Kena ...

kan...
dulu follow gak si otamblur ni.. tp  tgk video ngan bebudak tu, jadi tak leh hadam, bahasa budak tu kasar n kuang ajo ditelinga.
bebudak lagi dah berkau aku kau aku.. siap nak bagi penampar  bagai... terus unfollow dah.
di awal2 dulu, rasa boleh la  sbb knowing dorang ni org Melaka...tp lama2 mmg tak leh hadam jugak. terlalu kasar kat pendengaran telinga aiols .



Quote nanies 4-1-2021 01:35 PM
hahahahha jgn dik. ko order kat lazada nnt dpt yg copy ori cam sajat baru hang tau.
Quote Artemesiaa 4-1-2021 04:18 PM
Dengar dari siapa agaknya bagi jawapan macam tu
Quote salmon-suki 4-1-2021 04:48 PM
dua_chzy replied at 3-1-2021 01:51 PM
Anak sapa jahat sangat beraku kau siap tarik rambut (ke bahu?) budak perempuan tu? Kasar betul. Kena ...

Ada ank kezen ai time kecik keras kepala,buang makanan merata kalau ngamuk..aritu dia pernah buat kt rumah ai,ai suh kutip makanan y dia buang tu,depan mak dia...umur setahun jagung nak biadap mcm tu,mmg tak ler kalau dgn ai..

Sama mcm student ai,nak berlaku biadap,ai mmg buat muka je..depan parents dorg..pstu next week nya dtg mtk maaf dgn ai..mujur makpak jenis reti adab..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.294746 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top