CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Emel Semua Penyanyi Rap Malaysia, Tapi Tak Ada Yang Respons" - Adam Izzy

3-1-2021 12:40 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11513| Komen: 46|Original author: Oleh: LilRose

Adam Izzy mendedahkan bahawa tidak seorang pun penyanyi rap dihubunginya memberi sebarang respons untuk berkolaborasi dengannya.


Kredit foto: IG


Memetik mStar, dia yang pernah menceburi dunia pengacaraan, alih suara iklan radio dan menjadi penyampai radio Hitz FM kini membabitkan diri dalam bidang nyanyian.

Tampil dengan single kedua berjudul Menanti bersama Mimi Fly, Adam menjelaskan liriknya berdasarkan kisah percintaannya dengan tunangnya, Melissa.

"Lagu ini merupakan lagu Melayu pertama sepenuhnya saya tulis sendiri. Memang dicipta berdasarkan kisah cinta saya dengan tunang selama 12 tahun.

"Tapi ada ketika itu, kami berpisah selama setahun. Jadi, lagu ini saya masukkan semua emosi saya sepanjang tempoh kami berpisah itu. Tunang saya yang minta putus dan dia pernah kata kami tak kan bersama lagi.

"Mungkin ketika itu kami masih muda dan berpisah bukan sebab tak sayang sebalik banyak benda yang perlu belajar. Judul lagu itu sendiri menunjukkan yang saya menantikan dia selama setahun," ujarnya kepada mStar.



Katanya, lagu yang dilancarkan di saluran YouTube pada 19 November lalu sepatutnya dilancarkan lebih awal. Ia ditunda ekoran pandemik Covid-19.

Dedahnya, dia bekerjasama dengan Mimi selepas Yonnyboii, Sonaone dan Altimet tidak membalas emel yang dikirimnya.

"Sebenarnya sebelum saya jumpa Mimi, boleh katakan saya emel semua penyanyi rap yang ada dalam Malaysia antaranya Yonnyboii, Sonaone dan Altimet tapi tak ada seorang pun yang balas.

"Kebetulan, kawan saya ada kenalan dengan Mimi dan dia terdengar lagu itu, terus rasa suka. Jadi, bila dia nak bekerjasama dengan saya untuk lagu ini memang saya terus setuju," ujarnya. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BanyuBiru 3-1-2021 12:46 PM
ko sape rapper2 nak collab... choyyyy hahaha
Quote cruz2 3-1-2021 12:48 PM
Tu diaa berani mati reveal terus nama2 okt.syabasss
Quote cha-cha 3-1-2021 12:49 PM
Perlu ke nak name drop gitu? Kossser lah. Entah2 email dia masuk junkmail ala2 prince from nigeria... Lama nya bertunang...
Quote matchstick 3-1-2021 01:00 PM
By email je ke.. ngape tak call, dm kt ig etc. Aku yg kerja office ni send email guna official company email pun nk kena call jgk suruh org tu reply
Quote KIM.K 3-1-2021 01:02 PM
Eh disrespectful nye ko kan nobody
Quote otai_g 3-1-2021 01:07 PM
Er who are yus? X konal
Quote dua_chzy 3-1-2021 01:14 PM
Edited by dua_chzy at 3-1-2021 01:16 PM

Sedap juga lagu heols. Teruskan berkarya.  Akak tak suka bila ummah perlekeh retis baru yang mahu cuba naseb. Effin negatif piple. Btw memang ko meant huntok colab dengan Mimi kot? Akak suka lantunan suara Mimi dalam lagu ni.
Quote blue^panther 3-1-2021 01:14 PM
eh hello dik, lagu ni tak best la......wajar la tak dilayan dek rappers sekalian alam, neexxxttttt......
Quote giyomi 3-1-2021 01:17 PM
rasanya bukan jer netijen, tp rapper pon who rrr yussskan ko, sebab tu tak respon. shuuu away
Quote Tinot7 3-1-2021 01:35 PM
Adik, mengganggu, bkn menganggu
Quote KIM.K 3-1-2021 01:55 PM
dua_chzy replied at 3-1-2021 01:14 PM
Sedap juga lagu heols. Teruskan berkarya.  Akak tak suka bila ummah perlekeh retis baru yang mahu cu ...

Dia retis baru lagu letop pun kena respect orang. Ni baru nak debut dah pandai merungut petik2 nama..helokk
Quote Themilo 3-1-2021 02:04 PM
eh berani matinya kau sebut nama sekor-sekor.. next time, kau sendiri yang kena menonjol, baru la rapper-rapper ni cari kau dekk.. ini, kau plak yang terhegeh-hegeh nak collab dengan diorang..
Quote stania83 3-1-2021 02:09 PM
belum apa apa lagi dah play victim..patutla tunang pon mintak putus..
Quote beatgirlX 3-1-2021 02:10 PM
X pe..Cuba lagi...
Quote chinta89 3-1-2021 02:21 PM
Perlu ke mention nama2 diorg? Batak perhatian. Who r yusssssss sgt
Quote najib888 3-1-2021 02:27 PM
Dok merungut org tak reply email..
Dia mcm ni, hang nak org cari hang, pastikan lagu hang kat YouTube tu cecah 1million views.. kalau boleh, buat video clip yg melawan arus sikit, bagi attract audiens utk cerca/diskus video hang. Belajaq dari alip sokeri.. bad publisiti pun adalah publisiti juga..
Quote wtvmjls 3-1-2021 03:35 PM
Themilo replied at 3-1-2021 02:04 PM
eh berani matinya kau sebut nama sekor-sekor.. next time, kau sendiri yang kena menonjol, baru la ra ...

betul. macam yonny tu dah lama kot buat lagu underground. sekarang time dia dah famous sikit baru nampak ramai artis, rappers dk comment kt ig dia
Quote Pamelaloba 3-1-2021 03:39 PM
Sapo pulok ni
Quote misc 3-1-2021 03:45 PM
Edited by misc at 3-1-2021 03:47 PM

First time dgr lagu ni terus teringat dekat Lany - underrated singer jugak.  

Sedap je lagu kau dgn mimi tu dik. Prefer lagu kau dgn mimi ni dari Yonnyboii whoryus, Sonaone bosan dan Altimet pencen.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.146645 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top