CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Vaksin Dah Sampai, Jangan Jadikan Covid-19 Halangan PRU' - Ahmad Maslan

4-1-2021 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6986| Komen: 75

Kredit foto: IG Maslan


KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan tidak menjadikan Covid-19 sebagai alasan untuk melengah-lengahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memandangkan Malaysia bakal menerima vaksin pada bulan depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, PRU15 perlu diadakan segera kerana negara ini memerlukan kestabilan politik demi kelangsungan ekonomi.



“Jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan untuk kita menundakan apa yang harus kita lakukan. Apabila sampai vaksin tidak ada alasan untuk menjadikan Covid-19 untuk halangan PRU. Vaksin ini bagaikan cahaya di hujung terowong.

“Kestabilan politik ini penting untuk kekukuhan ekonomi. Sebelum ini pelabur yang datang ke Malaysia meletakkan kekukuhan politik sebagai sebab utama mereka datang.

“Tetapi sekarang Malaysia tiada kestabilan politik, oleh itu mereka keluar dari tempat kita atau tidak singgah langsung. Mereka pergi ke rantau lain yang politiknya lebih stabil dari kita.

“Oleh kerana, Kerajaan Perikatan Nasional mempunyai majoriti paling tipis dalam dunia. Untuk menjadi kerajaan perlu ada 112 dan kerajaan sekarang ada 112, oleh kerana itu PRU perlu diadakan segera,” katanya selepas menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Pontian di sini.



Tambahnya, Majlis Tertinggi UMNO yang akan berjumpa pada 6 Januari ini akan membincangkan usul-usul yang dibawa oleh Bahagian-Bahagian.

Ahmad berkata, parti itu meminta semua Bahagian UMNO bersiap sedia untuk berdepan dengan PRU enam bulan lalu.

“Sebahagian Bahagian sudah ambil serius apa yang dibincangkan terutama kawasan yang UMNO atau Barisan Nasional bertanding kerana kita mahu menang,” ujarnya. 



1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
16

Lawak

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 4-1-2021 08:57 AM
Konfiden btol Ahmad yaaa
Quote kaedahnya 4-1-2021 09:02 AM
bruh kalau dah dijangkiti vaksin apoo
Quote missyL 4-1-2021 09:09 AM
Selfish nye politaik kt msia ni ye
Quote missyL 4-1-2021 09:10 AM
Confident btol bn nk menang eh..
Mane2 bkk socmed arini sume pasal bn nk pru..

Naik menyampah dah
Quote aHoi83 4-1-2021 09:11 AM
Yakin bebenor umno ni. Pastu feeling nk konker plak tu. tak tau ke walau org tolak PH tk beerti org kembali syg umno
Quote AKAZ85 4-1-2021 09:19 AM
Ko laa gi cucuk pastu ko undi diri sendiri.. Kalau kami susah pon korang bukan nk tolong pon... Puiiiiii
Quote sonatalady 4-1-2021 09:21 AM
Keadaan awal tahun yg masih diuji dgn banjir..covid yg x reda lg...pn asyik pk pilihan raya.

Umno memang yakin dorang akan menang.musim covid ni dorang buat keja ala2 mcm nak pilihan raya.
Tempat lain x tau lah...tp tempat saya..aktif org umno dgn meeting..ziarah menziarah...bantuan makanan.
Quote FitzTzif 4-1-2021 09:28 AM
nasik goreng pru15 la pulak bang mad
dulu dah buat nasik goreng gst
go bang mad goooooooo
Quote Denco 4-1-2021 09:29 AM
wahhh yakinnya kamu

politaik kat msia mi mmg dh ditakdirkan bebal2 ke?
Quote axl_bach 4-1-2021 09:36 AM
missyL replied at 4-1-2021 09:09 AM
Selfish nye politaik kt msia ni ye

Xleh salahkan satu pihak sbb politik ni berkait....

Apa yg Ahmad tu ckp btol, negara perlukan kestabilan politik utk bergerak sbb pelabur nk jaminan kestabilan....

Keadaan politik sekarang sgt2 di ujung tanduk, nk x nk kena bagi rakyat pilih balik...

Genjatan politik? Tu takat sembang depan media bleh laaa.....

Depan sembang genjatan politik, belakang tabur duit beli jiwa utk musnahkan rakan sendiri.....

Xyah sembanglah genjatan politik.....
Quote dizekni 4-1-2021 09:37 AM
Jom PRU15

bulan 3 ka 4 ka, InshaAllah

aku tak sabar nak memangkah dengan penuh
rasa PATRIOTIK
Quote prettyuglybabe 4-1-2021 09:47 AM
selagi vaksin belum sampai belum cocok kat semua belum berkesan, tak payah gebang..
yang jadikan politik kucar kacir tu, rakyat ke?
Quote nisako 4-1-2021 09:56 AM
hissssssssh geram aku nak hempuk.........
Quote Nnasda53 4-1-2021 10:14 AM
Apabila terlalu yakin ex menteri nasi goreng timun sekeliling kuali ni.
Quote Miss.H 4-1-2021 10:18 AM
Pak menteri kalau kene covid pun harga tak habis nak makan.

Rakyat kene covid, ahli keluarga lain tak boleh makan
Quote tripleid 4-1-2021 10:30 AM
Edited by tripleid at 4-1-2021 10:31 AM

tahniah kajaan tebok atap..x lama lagi ummah bakal berbondong2 gi indon cari kerja

Pelabur lebih suka ke Indon, Vietnam berbanding Malaysia
Oleh: Redzuan RF8 MediaDecember 30, 2020
FacebookWhatsAppEmailPrintFriendlyShare
Prospek pertumbuhan jangka panjang yang lebih baik, iklim pelaburan yang menarik, dan dasar konsisten antara sebab yang mendorong pelabur antarabangsa memilih negara ASEAN lain berbanding Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.
Bercakap kepada FMT, profesor ekonomi di Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, turut berkata kestabilan politik, tadbir urus yang baik, rasuah yang rendah, dan “usaha promosi terselaras dari peringkat tertinggi” sebagai beberapa faktor mengapa Singapura, Indonesia, dan Vietnam berjaya menarik pelaburan berprofil tinggi mutakhir ini.
Ketiga-tiga negara itu menerima lebih 80% daripada pelaburan langsung asing (FDI) AS$156 bilion ke negara-negara ASEAN tahun lalu, menurut agensi perdagangan PBB, UNCTAD. Hanya 5%, atau sekitar RM31.7 bilion (AS$7.8 bilion), ke Malaysia.

“Malaysia perlu meningkatkan prestasinya dalam semua ini yang menarik pelbagai jenis pelabur yang mencari kecekapan, mencari pasaran, dan mencari sumber,” kata Yeah kepada FMT.

Menyatakan usaha Indonesia dalam membasmi rasuah menghasilkan peningkatan mendadak pada ranking dunianya, Yeah juga berkata pemilihan semula Presiden Indonesia, Joko Widodo, tahun lalu “mencetuskan minat pelabur antarabangsa” terhadap pelan prasarana dan perindustriannya.
Yeah, bekas ketua kumpulan ahli ekonomi di agensi penarafan kredit RAM Holdings, juga berkata strategi promosi pelaburan yang terselaras di Indonesia membolehkan kerajaan republik itu “menguja syarikat global terkemuka” dengan pasaran yang besar dan berkembang sekitar 270 juta penduduk.
Tambahan pula, Yeah berkata potensi Indonesia untuk membangunkan sumber alam yang luas diperhatikan syarikat global yang mencari peluang pelaburan berasaskan sumber.
Yeah mengulas catatan bekas perdana menteri Najib Razak di Facebook baru-baru ini yang mengatakan terdapat kekurangan usaha untuk menarik pelabur asing dalam 2 tahun lalu.

Najib berkata syarikat gergasi teknologi AS seperti Tesla, Amazon, dan Google melihat Indonesia sebagai pilihan pelaburan dan mempersoalkan apa yang dibuat agensi pelaburan Malaysia untuk menarik FDI.

Menyatakan negara mempunyai pejabat perdagangan, misi pelaburan, dan pelbagai kakitangan yang mempromosikan negara di luar negara, ahli ekonomi kanan di Malaysian Rating Corporation, Firdaos Rosli, tidak setuju agensi pelaburan Malaysia “tidak berbuat sehabis baik” untuk menarik pelaburan.
Jelas beliau, agensi pelaburan negara hanya menjalankan tugas dalam ruang peraturan sekarang.
“Apa kelebihan kita?” soal beliau. “Itu persoalannya”.
“Peraturan kita bagus untuk menarik pelaburan bernilai rendah. Tetapi apabila negara-negara lain juga menawarkan insentif yang sama, kita mengehadkan diri kepada bersaing di ruang yang kita akan kalah.”
Senada dengan Yeah mengenai betapa besarnya pasaran domestik Indonesia, Nazari Ismail dari Jabatan Strategi Perniagaan dan Dasar di Universiti Malaya menyifatkannya sebagai “sebab utama” pelabur antarabangsa masuk ke Indonesia – dengan kos operasi yang lebih rendah juga menjadi faktor utama.
“Indonesia mempunyai 267 juta penduduk, jadi tentunya sukar untuk menyaingi mereka dari segi potensi pasaran dan juga kos operasi,” katanya.
“Itulah sebabnya syarikat (Tesla, Amazon, dan Google) juga mengabaikan Singapura, yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan Indonesia.
“Oleh itu, saya tidak akan menyalahkan kerajaan dalam isu ini kecuali jika anda juga mahu meningkatkan jumlah penduduk kita sebanyak Indonesia dan menurunkan gaji agar setanding mereka, di mana kedua-duanya bukan pilihan yang realistik.”
Quote Jemahjemah 4-1-2021 10:45 AM
Dah start dah geng geng bodo ni nak jdi badut. Pru bodoh diaorg la punca gelombang kedua bi haritu sampai naw xhabis2. Kes makin naik adala. Ni nak buat lg ye pru babun2 ni. Harap rakyat bijak boikot je pru diaorg ni. Bia diaorg sendiri gila mengundi diri sendiri. Baru pdn muka
Quote Belibis 4-1-2021 10:49 AM
Yakinnya kamu ...apa ko ingat lepas PRU takde adegan katak lompat ke?
Quote c===8 4-1-2021 10:52 AM
sorry mad gua dah tanak mengundi lagi

team yg ada kaitan dgn umno selagi ada zahid gua takkan pangkah
yg ada kaitan dgn dap pun gua elak pasal nanti tak pasal2 satu negara penuh poster mozidung

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.847853 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top