CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beto Kusyairy Bengang Dengan Lanun Cetak Rompak, Tak Mahu Terlibat Dengan Drama Kl Gangster Underground

4-1-2021 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5960| Komen: 22

Terkilan tiada tindakan keras diambil terhadap 'lanun' cetak rompak, pelakon Beto Kusyairy nekad tidak mahu lagi terlibat jika drama siri KL Gangster Underground disambungkan ke musim ketiga.


Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang menyokong drama tersebut menerusi saluran yang betul iaitu WeTV dan Iflix.

Beto yang memegang watak sebagai Shah memberitahu kesemua barisan pelakon hanya mengharapkan kemajuan biarpun tidak menerima satu sen pun daripada keuntungan jumlah tontonan yang sah.


Foto: Via mStar Online

"Nak sambung musim ketiga? Jangan harap. Gantilah orang lain walaupun Shah masih hidup. Aku fed up dah bila tiada tindakan keras diambil ke atas lanun-lanun cetak rompak ni.


"Yang menyokongnya pun sama. Jutaan terima kasih kepada semua yang menonton tidak kira VIP atau yang sanggup menunggu tontonan percuma di platform yang betul iaitu weTV dan Iflix.

"You guys rawk! Walaupun kami selaku pelakon takkan dapat sesen pun daripada tontonan yang sah, apa yang diharapkan cuma kemajuan. Untuk maju perlukan sokongan yang betul dari semua pihak," katanya.

Beto meluahkan kekecewaan itu menerusi laman Instagram miliknya selepas drama siri Kl Gangster Underground 2 sudah berakhir pada Jumaat.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata positif daripada peminat drama tersebut dan juga rakan selebriti yang bersetuju dengan kenyatan Beto itu.

Foto: Via mStar Online

Dalam pada itu, pelakon filem Bisik Pada Langit ini berharap drama enam episod itu bakal dibawa ke antarabangsa iaitu Anugerah Oscars.

"Road to Oscars right? Mimpi itu adalah keajaiban anugerah, tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah, terasing di cermin kenyataan, kehidupan yang ganas dan kejam, bunuhlah mimpi itu anakku.

Foto: Via mStar Online

"Kau membunuh segala palsu, lagu dan rindu, Yang selalu menipumu. Shah... signing off. Bye #KLGU #KLGU2," ujarnya.

Selain Beto, drama tersebut turut dibintangi oleh Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Amerul Affendi, Namron, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar dan Keith Foo. -CARI

Kredit: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 4-1-2021 10:31 AM
Kau ingat malaysian nak bayar utk movie or lagu?
Netflix or iflix acc pun share sampai berpuluh orang..
Quote fezy 4-1-2021 01:11 PM
lattehazelnut: Kau ingat malaysian nak bayar utk movie or lagu?Netflix or iflix acc pun share sampai berpuluh orang..


ko la tu kan sejenis riding on akaun orang tu?
ps. xyah pukul rata
Quote rosannazmia 4-1-2021 01:24 PM
Edited by rosannazmia at 4-1-2021 01:25 PM

Memula ahkak subs netflix n iflix(iflix subs jap je skrg daftar gitu jer) pehtu tgk iklan keluarga bahadon mcm bes, subs plak viu sbb selain bahadon ader Korean variety show yg meols tgk.. Pehtu tgk plak iklan drama indo apatu suami ku lecture ku mcm bes tp dlm wetv plak ayoooo... Bape byk?? pehtu tersuka lak Chinese variety dlm iqiyi plakkkkk makk aiii bape byk nak subs nih!!??? Spotify n appletv sgala mala apple dah subs dah.. Cepatlahhh kerja balikkkk!!
Quote nanies 4-1-2021 01:53 PM
bagus beto. i loaf u
Quote Johi 4-1-2021 02:02 PM
lattehazelnut replied at 4-1-2021 10:31 AM
Kau ingat malaysian nak bayar utk movie or lagu?
Netflix or iflix acc pun share sampai berpuluh ora ...

Betul,yg pelik VPN pun tong2 byr,elok je aku guna VPN free di Google playstore tu legal  bukan crack
Quote orglama 4-1-2021 02:15 PM
Byk sgt yg nak disubcribe...astro la, netflix la, iflix la, wetv la, viu la...
Quote jijilaaa 4-1-2021 02:51 PM
astro bakalan pupus dengan repated movies, terlalu banyak gameshow hauk, muka pelakon berulang tak migha, si ungka, si kemal dan kroni2 mereka


Quote giyomi 4-1-2021 02:57 PM
ramai yg menanti menggantikan tmpt yg bakal awak tinggalkan tu, yg ni movie ker drama, akak sekadar komen jer, tak pernah nak tgk pon citer ni.
Quote Prickford 4-1-2021 03:04 PM
Cetak rompak ni dah lama bertapak. Kau benti blakon KL Gangster ni pon tetap tak jd apa. Tgk Kembara Seniman Jalanan, M.Nasir pon "sampaikan" isu cetak rompak dlm filem tu. Rezeki tu ada. Kalau tak dah lama M.Nasir stop berlakon & buat lagu. Slowly but surely, now tgk apa jadi M.Nasir. U will be a big star Beto, wait & see. We all behind u.
Quote Mooverine 4-1-2021 04:15 PM
rosannazmia replied at 4-1-2021 01:24 PM
Memula ahkak subs netflix n iflix(iflix subs jap je skrg daftar gitu jer) pehtu tgk iklan keluarga b ...

Samalah.. penuh phone dengan apps , gara-gara nak tengok drama..IQiyi, netflix, wetv...

sekarang, gara-gara Mr Queen install Viu.. adehhh

tak ada kah yang satu app tu terus rumahkan semua apps tu.. bayar pun terus satu kali ja terus lump sum..
Quote rosannazmia 4-1-2021 04:21 PM
Mooverine replied at 4-1-2021 04:15 PM
Samalah.. penuh phone dengan apps , gara-gara nak tengok drama..IQiyi, netflix, wetv...

sekaran ...

Kanan.. derita lah mcm ni...kalu kira2 price  dah jd aseteruk dah ni..hmmm mana tak nye pg "cetak rompak " which is i benci pg kat illegal website sbb sgt2 jijik tgk iklan yg byk n menyemak
Quote mieymiey 4-1-2021 05:04 PM
Banyaknya apps korang subscribe. Nurflix chuols tak berminat ker?
Quote pakwetizzaqyah 4-1-2021 05:09 PM
spe yg nk byr tngk drama filem muka kau?
hahahahahhahaha
Quote asamfish 4-1-2021 05:25 PM
Suka Beto ni....bagus dia bawak watak
Quote lasagna 4-1-2021 06:13 PM
fuhhh majuk plak dia ni.. xpe laa nak buat camne hak dia kan.
so far iols guna astro & netflix jer. tak larat kau dah mcm2 skrg ni ada.
Quote MakcikLaksa 6-1-2021 06:18 AM
Acik layan bougainvillea je tgk ko skang beto.. Tu pn dh mnghiburkan hati acik. Xda mse nk tgk drama bnyk2 sgt
Quote me12345 6-1-2021 07:19 AM
Kalau dah berbakat...teruskan. cetak rompak drpd zsman dulu sampai skrg ada . Cara je berbeza. Xde job langsung kang ...
Quote cap_ayam 6-1-2021 07:42 AM
Edited by cap_ayam at 6-1-2021 07:44 AM

lama sangat tak tengok iflix. sekarang ni minat tengok cerita orang buat restoration kereta kat netflix. Layan rust bros tengok rambut dreadlock pakcik tokey pun best jugak.

Maaf, KLGU pertama saya tak tengok.
Quote diggerr 6-1-2021 10:15 AM
Sayangg... citer ni sedap

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.075743 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top