CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Umur Sekarang Kalau Tak Sedia Kahwin Lagi Tak Tahulah," -Intan Ladyana

4-1-2021 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15924| Komen: 66

Pelakon Intan Ladyana, 38, tidak mengiya atau manafikan pengkhabaran mengenai dia dan kekasihnya, pengacara Harris Alif, 21, kini dalam perancangan untuk berkahwin.

Pasangan yang berbeza usia 17 tahun ini dikata merancang berkahwin pada Mac depan dan kini masih dalam proses mencari lokasi sesuai untuk majlis hari bahagia itu.

Intan ditemui berkata dia akan berkongsi mengenai perkara berkenaan (perkahwinan) apabila tiba masanya. Ujar pelakon filem Jangan Pandang Belakang ini, dia takkan merahsiakannya.


Foto: IG

"Insya-Allah, bila tiba masanya akan diberitahu juga nanti, tunggulah. Bukan saya taknak mengaku (rancang kahwin), tapi biarlah sampai masanya dahulu.


Saya ini jenis orang yang tidak suka bercerita, kalau tak ada apa-apa lagi. Cuma, yang boleh saya cakap sekarang, Insya Allah akan diberitahu nanti," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga mengenai kesediaannya untuk melangkah ke fasa berumah tangga, Intan berkata pada usianya sekarang tidak mungkinlah, dia masih tidak bersedia lagi.


"Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja.

"Dalam soal peribadi ini, saya memang tak gemar bercerita sangat. Sejak dari dahulu, saya memang memilih untuk lebih berkongsi cerita mengenai kerjaya berbanding peribadi," katanya.

Terdahulu, Intan hadir pada majlis pelancaran filem pertama terbitan syarikatnya, Prisma Pictures Sdn Bhd berjudul Banglo Seksyen 12 yang diinspirasi daripada novel nukilan Hasrudi Jawawi.




Bagi merealisasikan filem itu, Intan turut bertindak sebagai pelakon serta pengarah bersama dengan rakannya, Dharma Nasution yang sudah memulakan penggambaran sejak 2 Januari lalu.

Filem Banglo Seksyen 12 dapat diterbitkan Intan selepas syarikatnya memperoleh Dana Inkubator daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebanyak RM500,000.

Barisan pelakon lain filem ini antaranya Mustaqim Bahadon, Faez Malek, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Hariz Hamdan, Farah Shah dan Windz Neom. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-1-2021 01:38 PM
Balik2 cerita kawen.. puihhhhh
Quote alinone78 4-1-2021 01:39 PM
Kesian dia ni
Lawa
Quote MadameOnion 4-1-2021 01:51 PM
kawen jelah..kecoh2 tak jadi kang buat malu je..haris alif tu dah la helok
Quote nanies 4-1-2021 01:55 PM
tak minat dia ni lepas berlakon citer minah rempit ke yg adnan sempit tu. nampak kasar & low class
Quote Nenasketum 4-1-2021 02:03 PM
Zaman halalkan anak ikan ker? Tapi retis ni boleh kawen ngan orang lain tapi masih disimpan oleh orang lain. Gitteww
Quote chinta89 4-1-2021 02:03 PM
Dia ni cantik blakon pun ok mse zmn kegemilangan bsama kwn2 seangkatan tp tu lah jodoh blm sampai. Dia pun x de kontroversi x elok jd iols doakan dia cpt kawin n bahagia {:love
Quote ajinomotonosuga 4-1-2021 02:15 PM
Klo nk rasa formal gitu somebody wife..kawin la

Klo tak kisah bab tu..baik takyah..ko sme dah kecuttt laa..sme mengelebeh..ko tutup la dgn baju emas pun ko tokleh tipu diri sendiri ok

Nnti ko dah 55...budak tu baruuu nk kencing luruih..mai minah Dolla terkinja kinja..ko sesoang diri kopek ikan bilis kat dapoq nk wat nasi lemak utk hubby tercinta..kununnn

55 ko nya monopos da set in..susah banak aaa

Sooo??? Nak kawin gak?
Quote aechae 4-1-2021 02:37 PM
Tp muka dorg seiras okeyhhh...smoga berjodohan n pnjg jodoh
Quote shahadah00 4-1-2021 02:42 PM
kita doa je la yang baik2.. btw, single baru Harris Alif - anugerah tu best pulak dengar..  ditujukan untuk Intan katanya.. dah la Intan jugak model dalam MV nya  
Quote Noraniza_Iblis 4-1-2021 03:09 PM
jenuh ni nk kene jage maintainance ,,,
tk jage kang laki hg plak cari anak kerang..
Quote doubleA 4-1-2021 03:19 PM
Curlast dana setengah juta buat filem. Tapi pelakon2 nya tu kebanyakkan iols tak kenal langsung
Quote puteribaya 4-1-2021 03:36 PM
ajinomotonosuga replied at 4-1-2021 02:15 PM
Klo nk rasa formal gitu somebody wife..kawin la

Klo tak kisah bab tu..baik takyah..ko sme dah kec ...

ko ni..bialah..dia nak buat benda baik tu...dirikan semejid..setan2 gondol....syuhhh..shuhh g main jauh2
Quote puteribaya 4-1-2021 03:39 PM
Kurex replied at 4-1-2021 01:38 PM
Balik2 cerita kawen.. puihhhhh

setiap manusia berlainan jantina..mesti nak kawin.. yg sama pun nak gak
Quote Megikari 4-1-2021 03:48 PM
ajinomotonosuga: Klo nk rasa formal gitu somebody wife..kawin laKlo tak kisah bab tu..baik takyah..ko sme dah kecuttt laa..sme mengelebeh..ko tutup la dgn baju emas pu ...


Fuh.. Setepek on point
Quote Megikari 4-1-2021 03:50 PM
Takyah la ambik budah berhingus lagi buat laki intan oiiii... Ramai lagi duda yg jauh lebih matang boleh dipilih. Budak umur 21 ni taunya nak seronok, nak enjoy life je. Pengalaman hidup pun baru hujung kuku, cemana nak bimbing isteri yg dah jauh lebih matang
Quote puanbintang 4-1-2021 03:58 PM
semoga dipermudahkan untuk Intan...Harris tu muda lagi tapi kalau dah jodoh harapnya sesama saling menjaga dan berkekalan.
Quote lanse 4-1-2021 03:58 PM
Dulu suka Intan dengan Kamal jadi couple.
Harap sangat Intan kahwin dengan pasangan yang sebaya. Kalau muda pon biarlah 4, 5 atau 6 tahun. Tapi kalau dah jodoh, moga Intan bahagia.
Quote ckenj 4-1-2021 04:07 PM
moga bahgia la . tu ja mampu tulis.
Quote binipopeye 4-1-2021 04:10 PM
serious muka dia ni mcm kene cucuk botox..

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.110424 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top