Kuala Lumpur: Seorang wanita patah kaki kanan selepas lif dinaiki di sebuah pusat beli-belah di sini tiba-tiba menggelongsor dan berhenti di tingkat 20, serta terkurung lebih setengah jam sebelum berjaya diselamatkan pengawal keselamatan premis berkenaan. Dalam kejadian jam 3 pagi Sabtu lalu, mangsa, Nor Intan Baiduri Abdul Rashid, 24, bersama tunangnya yang ingin ke tempat letak kereta menaiki lif sebelum tiba-tiba ia gagal berfungsi dan terus menggelongsor. Malah akibat lif itu berhenti mengejut menyebabkan kaki kanannya patah selepas terhentak dengan kuat di lantai. Menceritakan semula kejadian itu, Nor Intan berkata, sebelum kejadian itu dia bersama tunang makan malam di sebuah restoran di premis terbabit yang terletak di tingkat 57. TAHLIA Baiduri Abdul Rashid membantu adiknya, Nor Intan yang patah kaki. “Selepas makan saya dan tunang bersama dua lagi pelanggan menaiki lif terbabit bagaimanapun ketika di tingkat 28, tiba-tiba ia bergegar dan terus turun dengan laju sebelum berhenti mengejut di tingkat 20.
|
sapp73 posted on 31-10-2013 07:53 AM
Pusat membeli belah mana ni tinggi bebeno...ngeri betullah bab lift buat hal macam ni
ADVERTISEMENT