CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesakit Covid Tempatan Tak Sanggup Kuarantin Dengan Ratusan Warga Asing

5-1-2021 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6894| Komen: 40

Keadaan terkini di Pusat Kuarantin pesakit Covid-19 di Kompleks Sukan Balik Pulau di sini.



BALIK PULAU – Pesakit Covid-19 warga tempatan yang menjalani kuarantin di Kompleks Sukan Balik Pulau di sini dikatakan semakin dibelenggu tekanan selepas terpaksa tinggal dalam keadaan sesak bersama ratusan pesakit warga asing yang ditempatkan di situ.

Keadaan menjadi bertambah sukar apabila mereka dikatakan terpaksa berebut mengambil makanan, mandi dan solat bersama warganegara asing terbabit di tempat sama.

Difahamkan, hanya dua buah tandas yang berfungsi manakala lebih kurang 10 bilik air digunakan lebih 300 pesakit yang ditempatkan di situ.

Susunan katil pesakit juga dikatakan terlalu rapat dan tiada langsung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pesakit.

Seorang pesakit yang enggan dikenali berkata, dia tidak sanggup berdepan dengan situasi tersebut dan keadaan yang dihadapi hari ini boleh menjejaskan lagi tahap kesihatannya.

“Saya tak (tidak) mampu nak (hendak) hadapi keadaan di sini lagi (Kompleks Sukan Balik Pulau). Semua warga asing sesak dada.

“SOP pun tak dak dah (tiada) di sini. Mandi, makan solat semua dengan warga asing. Sekarang yang masuk sudah ramai dekat 60 orang, warga asing lebih 300 orang. Saya Tak (tidak) perlu tempat macam ini untuk sihat,” keluhnya menerusi satu hantaran sistem pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Sementara itu, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad berkata, pihaknya berharap agar semua warganegara yang dikenal pasti pembawa virus Covid-19 diasingkan daripada pesakit warga asing.

“Antara perkara yang timbul adalah rasa tidak puas hati kerana latar belakang cara hidup rakyat Malaysia
amat berbeza.

“Dalam kes ini pastinya layanan ke atas warganegara harus lebih baik berbanding bukan warganegara,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. 



Sumber – K! ONLINE


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 5-1-2021 12:38 PM
trauma pulak bc kes ni..
Quote Artemesiaa 5-1-2021 12:42 PM
Sebab tu ada eloknya asingnya warganegara dengan pendatang asing untuk sedikit keselesaan.
Quote cap_ayam 5-1-2021 12:44 PM
bila nak baiknya kalau mcm ni situasi nya..
Quote Cyempaka 5-1-2021 12:45 PM
Kalo aku pun xnak
Quote manehnya 5-1-2021 12:48 PM
Edited by manehnya at 5-1-2021 12:50 PM

Eleh!!! Time kuarantin dlm tu dgn indon komplin!!!

Kalau time dikilang boleh pulak berdating dgn indon!!!!?????

Bahbi!!!!
Quote angelofish 5-1-2021 12:51 PM
lepastu kena kusta .tibi.masing masing imun dah rendah
Quote helicornia 5-1-2021 12:53 PM
klu tkde simptom bole kuarantin kt rumah je sekarang kan
Quote ~boolean 5-1-2021 12:55 PM
alasan sama warganegara bila tak nak naik pengangkutan awam...geli nak bersesak dengan warga asing...walhal tak sedar diri badan sendiri bau hapak ada hati nak mengata warga asing...

dalam masa yang sama aku harap fasiliti diperbaiki...
mana boleh 300 orang kongsi 10 bilik air saja... duit banyak pergi mana???
Quote asudau 5-1-2021 01:15 PM
kalau macam ni..elok la kuarantin dirumah sendiri aje.

kalau covid bersimptom ringan la..

Quote lattehazelnut 5-1-2021 01:43 PM
Sebelum enjoy2 balik kampung or holiday xde pla nak fikir..
Quote minguk 5-1-2021 02:02 PM
katil rapat-rapat?
Quote rosa_canina 5-1-2021 02:21 PM
kuarantin tp katil rapat2 mcm tu ke?  
Quote TOPwind 5-1-2021 02:23 PM
Edited by TOPwind at 5-1-2021 02:24 PM

Warga asing  suka dapat covid sbb makan  tidur free
Quote Aerhys 5-1-2021 02:23 PM
Tengok gambar pun dah rasa sesak nafas. Kasihan. Kalau kuarantin di rumah pun belum tentu ada yg akan patuh tidak keluar rumah.
Quote chinta89 5-1-2021 02:38 PM
Tgk gmbr pun dah stress
Quote ais_kosong 5-1-2021 02:51 PM
seriau tengok mcm ni.
Quote BarbiePink 5-1-2021 02:54 PM
iols tengok pic pun
sesak nafas doh
apalagi nak terimigin kat situ
huhu
Quote shark 5-1-2021 02:59 PM

konpem berebut tandas lepas tu bersesak macam tu kita ambil purata 10 orang terkentut setiap 15 minit.. kelam wei


Quote cicicumel 5-1-2021 03:00 PM
x sangka dah sampai tahap mcm ni di Malaysia..dulu2 elok2 je duk hotel kan..ni mmg dah tak terkawal..ramai sgt positif...

btw boleh ke kalu kita nak kuarantin kat tempat lain dan berbayar instead of  bersesak2 cm ni?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.349478 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top