CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jack Ma Dilaporkan Hilang

5-1-2021 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3507| Komen: 13

Hartawan yang juga pengasas syarikat teknologi Alibaba dan Ant Group, Jack Ma dilaporkan hilang selepas mengkritik sistem kewangan China.

Beliau mendesak supaya kerajaan republik itu melakukan perubahan serta pembaharuan terhadap sistem kewangannya.


Sejak membuat kenyataan itu, Ma tidak membuat kemunculan umum selama kira-kira dua bulan.

Beliau adalah salah seorang individu paling kaya di China.


Foto: Bloomberg

Kekayaan bersihnya, menurut Forbes, adalah AS$58.4 bilion.

Hartawan berusia 56 tahun itu membesar dalam suasana yang serba sederhana di China.


Ma sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau gagal dua kali dalam peperiksaan kemasukan universiti dan ditolak daripada diambil bekerja selepas menamatkan kolej, termasuklah di rangkaian makanan segera, KFC.

Beliau adalah contoh kisah kejayaan tulen.

Selepas melalui beberapa kekecewaan, beliau dan pasukan seramai 18 orang dengan modal AS$60,000, mengasaskan Alibaba di Hangzhou pada 1999.

Kira-kira 20 tahun kemudian, Alibaba menjadi salah satu syarikat peruncitan dan e-dagang terbesar di dunia, dengan lebih 100,000 kakitangan.

Beliau 'bersara' daripada Alibaba pada September 2019.

Terdapat spekulasi pada masa itu bahawa persaraan Ma adalah disebabkan tekanan bersama pentadbiran kerajaan. -CARI

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 5-1-2021 12:45 PM
Silap Jack Ma kondem kerajaan komunis...patut ikut macam Dapig kat Malaysia ni haihhhh....
Quote AbukRokok 5-1-2021 12:50 PM
mgkin dah jadi beruang panda teman beruang jolo
Quote yusryimran 5-1-2021 12:54 PM
abes lah ... jadi lauk lah jawab nya hihihi
Quote clarizsa 5-1-2021 12:55 PM
Kesiannyaa
Ini ke yg dikatakan Kerana mulut badan binasa tu
Quote rookiecake 5-1-2021 01:16 PM
Memang kerajaan Cina Amat kejam dan Zalim. CCP is brutal. Malaysian businessman and businesswomen ought to take their business elsewhere.
Quote chinta89 5-1-2021 01:53 PM
Aku syak dia dh selamat.....
Quote buapakperut 5-1-2021 03:13 PM
negara komunis whattdayya expect, napa la dari dulu tak migrates ja negara amerika sana
Quote awanysss 5-1-2021 03:48 PM
serius ah? kalau betul ni..
aku mcm makin percaya yg coronavirus dorang yg punca..
Quote umbut 5-1-2021 04:30 PM
China negara komunis. Ko kritik kerajaan. Ko hilang dari radar
Quote ina_na 5-1-2021 04:33 PM
Abis la..
Quote Miss.H 5-1-2021 06:10 PM
Mana perginya jack ma. Andai kata kene tangkap dengan kerajaan china, helok lerr geng2 yang nak duk sanjung pihak komunis migrate p dekat sana.
Quote kakakpositifker 5-1-2021 08:23 PM
Kdg2 terfikir. Org cina ni takde halal haram ke. Semua di balunnya sbb duit, fame etc
Quote Kurex 6-1-2021 09:43 AM
Bukan pyro/trisna/mn indon2 kata kerajaan yg diperintah oleh cina bagus2 ke

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.295680 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top