CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Sebaris Ronaldo, Messi, Kini Menganggur. “Tiada Pasukan Mahu Ambil Saya Lagi” – Faiz Subri

6-1-2021 01:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9359| Komen: 72



Nama Mohd Faiz bin Subri adalah satu nama yang pernah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Ianya bermula apabila beliau berjaya menjaringkan gol cantik dalam satu perlawanan bolasepak dan seterusnya tersenarai untuk anugerah FIFA PUSKAS AWARD.

Apa yang menarik kisah Faiz Subri ini, beliau tersenarai antara finalis akhir bersama-sama bintang bolasepak terkenal dunia antaranya Messi, Ronaldo dan Neymar untuk anugerah berprestij itu.

Pada malam anugerah itu akhirnya nama anak kelahiran dari Kedah, Malaysia iaitu Mohd Faiz bin Subri disebut sebagai pemenang anugerah PUSKAS 2016.

“Dan pemenangnya bagi anugerah Puskas bagi tahun 2016 adalah, Muhd Faiz Subri”.
 
Itu kata-kata bekas pemain bolasepak terkemuka dunia dari Brazil, Ronaldo ketika mengumumkan nama Faiz Subri yang sebelum ini jaringannya trending di seluruh dunia lantas melayakkannya memenangi anugerah tersebut.


Faiz Subri pada ketika itu mewakili Pulau Pinang, mengambil sepakan percuma dan bola terus melencong dari kiri ke kanan sebelum menerjah jaring, membuatkan penjaga gawang Pahang terpinga-pinga.
 
Ianya kemudian dijulang menjadi kebanggaan Malaysia dan benua Asia selepas menjadi pemain Asia pertama mɛnerima Anugerah Puskas, suatu pengiktirafan peringkat dunia untuk jaringan terbaik dan menarik.


Sebaris jaringan CR7, Messi dan Neymar

Sɛjak diperkenalkan oleh Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), Datuk Sepp Blatter pada 2009, deretan pemain yang menerima anugerah berprestij ini ialah pemain terkemuka dunia bermula dengan Cristiano Ronaldo, Hamit Altintop (2010).

Selain itu Neymar (Brazil 2011), Miroslav Stoch (Slovakia 2012), Zlatan Ibrahimović (2013), James Rodríguez (2014), Wendell Lira (2015), Olivier Giroud (2017), Mohamed Salah (2018) dan Lionel Messi (2019). 

Namun, nama pemenang untuk edisi 2016 bagaikan datang dari negara dan benua yang amat asing daripada langit bola sepak dunia.

Siapapun tidak menyangka jaringannya pada 16 Fɛbruari 2016 di Stadium Bandaraya, Georgetown mɛmukau seluruh dunia selepas sepakan percuma yang sangat menakjubkan viral di sosial media dan Persatuan B0lasepak Malaysia (FAM) pantas mencalonkannya kepada Fifa untuk dinilai dalam Anugerah Puskas.

“Saya bagaikan bɛrmimpi apabila melihat nama saya berada dalam senarai tiga calon akhir untuk ke majlis Anugerah Puskas yang diadakan pada Januari 2017,” kata Faiz ketika kami bɛrtemu di sebuah chalet jauh di pedalaman Nami, Kedah, baru-baru ini.

Sebelum tiba, saya meminta Faiz membawa bersama trofi Puskas yang diterimanya kerana ketika berada di Arena Puskas, Budapest pada awal tahun ini ketika Kongres AIPS, saya hanya berpeluang memegang replika trofi itu.

Dalam pertemuan bersama Faiz itu, kami bergambar bersama tr0fi asli yang dimenanginya. Trofi cantik dan kemas dan sedikit berat.

Saya katakan kepadanya: “Ketika berada di Arena Puskas, saya sangat bangga apabila melihat nama Malaysia juga tercatat dalam senarai pɛmenang Puskas. Malah, rakan wartawan Hungary juga terus menyebut nama Faiz Subri apabila mengɛtahui saya dari Malaysia. Nama Faiz sangat besar di Hungary.”

Faiz hanya tertunduk tidak terkata apa-apa. Sambil memasukkan semula trofi itu dalam beg khas yang direka khusus untuk menyimpan trofi berkenaan, saya dapat melihat raut wajahnya seakan mahu menangis.

“Ini kenangan seumur hidup saya abang,” kata Faiz.

Memang benar ia akan terus menjadi catatan bersejarah bola sepak Malaysia. Untuk menyatakan bahawa mungkin tiada lagi pemain dari Malaysia akan memenangi Anugerah Puskas adalah suatu keterlaluan kerana hanya Tuhan dapat menentukannya.

Tɛtapi, sɛcara logiknya, ia adalah suatu mimpi sebagaimana kita mengharapkan Korea Selatan kembali mengulangi kebanggaan Asia untuk layak sekali lagi ke separuh akhir Piala Dunia.

Faiz Subri Kini Menganggur

Jadi, apa yang kamu lakukan sekarang? Tanya saya kepada Faiz.

“Saya menganggur. Tidak ada kerja. Saya pun baru pulih daripada kecederaan dan setakat ini tiada pasukan yang mahu mendapatkan khidmat saya lagi,” katanya yang bermain di posisi pemain tengah menyerang.
Faiz mengakui menjalani kehidupan tanpa pekerjaan tetap amat memeritkan, apatah lagi industri bola sepak tempatan turut terkesan oleh pandemik C0vid-19. Dia memerlukan pekerjaan tetap untuk menyara isteri dan tiga anaknya yang berusia lapan, empat dan yang bongsu berusia dua tahun.

Keperitan yang melanda pemain bola sepak di Malaysia bukan suatu rahsia lagi sehinggakan ada bekas pemain kebangsaan terpaksa menjual pingat dan trofi kejuaraan yang diterima kerana masalah ekonomi.

Saya bertanya: “Ada terlintas di hati untuk menjual trofi Anugerah Puskas ini?”

Faiz pantas menyanggah:

“Saya tidak akan sama sekali menjual trofi ini biarpun saya tiada satu sen pun dalam poket. Anugerah Puskas tidak ternilai dengan wang ringgit. Ia adalah maruah dan amanah yang perlu saya jaga.

“Saya tidak akan merosakkan nama Puskas semata-mata untuk dapatkan wang. Ferenc Puskás bukan saja pemain berbakat besar yang memenangi banyak anugerah, tetapi beliau juga seorang lelaki yang luar biasa.”

Faiz yang kini pulih daripada kecederaan bersedia untuk bɛrmain semula. Tetapi, dengan usia menjangkau 33 tahun, dia sɛdar peluangnya agak terbatas.

Jauh di sudut hatinya, dia menyimpan impian besar mencurahkan pengalamannya sebagai pembantu jurulatih bersama pasukan kelab di Malaysia atau luar negara.

“Saya sangat bercita-cita untuk mɛnaburkan khidmat di negara kelahiran Puskas iaitu di Hungary atau di mana-mana pasukan di benua Eropah.

“Jika ada kelab di Hungary yang bersedia memberi peluang, saya bersedia berhijrah ke sana,” katanya yang mahu menggunakan kepakarannya dalam sepakan percuma sebagai ilmu untuk dikongsi dengan pemain muda.

Sepakan percuma Faiz yang menobatkannya sebagai pemenang Anugerah Puskas 2016 memang diakui sesuatu yang menakjubkan.

Ia diakui sendiri pakar sepakan percuma dunia, Roberto Carlos yang sɛcara peribadi mengucapkan tahniah kepada Faiz ketika majlis penganugerahan di Zurich itu.

Adakah ini pengakhiran seorang yang pernah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia? Apakah dunia bolasepak mahu melihat Faiz Subri menjadi penganggur? Tiada siapakah yang ingin menolong beliau? Lionel Messi? Cristiano Ronaldo?



Sumber :  ohinfokini.com 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 6-1-2021 01:20 AM
jdt tak nak beli ke
Quote RatuDunia94 6-1-2021 01:25 AM
Menang sbb undian umat malaya yg dahagakan recognition je pon...
Quote whitemagic 6-1-2021 01:25 AM
umur dah 33 tahun

susah nak dapat offer dah ni
Quote doubleA 6-1-2021 02:18 AM
Siannya. Memang ada up and down player bola ni macam retis. Semoga murah rezeki, kesian anak bini
Quote chinta89 6-1-2021 02:31 AM
Jdt tak minat ke
Quote VioletsAre_Blue 6-1-2021 02:48 AM
RatuDunia94 replied at 6-1-2021 01:25 AM
Menang sbb undian umat malaya yg dahagakan recognition je pon...

Tapi gol tu memang antara terbaik sepanjang zaman.. Lagi cantik dari gol free kick roberto carlos lawan france
Quote supernaturalee 6-1-2021 02:55 AM
Berlakon lh Klu ade talent
Nyanyi ke
Masuk the Masked singer Malaysia season 2
Mcm mirnawan tu

Quote Nenolen 6-1-2021 04:14 AM
RatuDunia94 replied at 6-1-2021 01:25 AM
Menang sbb undian umat malaya yg dahagakan recognition je pon...

Sis kalu ummah malaya jer yg undi mmg tak menang ler Faiz tu...mcm Mesia clapper MU dan MW...sah2 ler ummah Asia reramai sokong dia...
Quote gugunogaga 6-1-2021 04:26 AM
One hit wonder goal
Quote antiQue 6-1-2021 06:17 AM
Err... musim-musim covid ni, semua kerja orang buat, bang. Pilot pun jual burger. So kalau takde sapa nak ambik abang jadi jurulatih, abang ringan-ringankanlah bontot carik kerja lain.
Quote zach2008 6-1-2021 06:30 AM
Kena tunggu undang2 tukar pemain dlm bola sepak mcm takraw.. time nak buat free kick ko boleh masuk kejap dlm Liga lokal 33th Tak tua sangat. Kalau hebat semua team nak. Divert pergi Liga siam boleh diaturkan
Quote Knowlee 6-1-2021 07:03 AM
Bukan hari tu kata ada kena hire jadi jurulatih teknikal apa benda ke kat Hungary?
Quote AshKetchum 6-1-2021 07:12 AM
sebaris ronaldo messi katanyerr takkan jadi tukang kebun pulak bang?
Quote adelea 6-1-2021 07:20 AM
Apa kata pergi buat perawatan islam
Pulih semangat ...
Bukan apa , dlm era moden
klu tetiba periuk nasi di tutup serapatnya boleh jadi ada yg dengki
bukan la nak syak wasangka ... just ikhtiar ...

Quote budaktua 6-1-2021 07:26 AM
Knowlee replied at 6-1-2021 07:03 AM
Bukan hari tu kata ada kena hire jadi jurulatih teknikal apa benda ke kat Hungary?

ya.. aku pun ada baca....
Quote me12345 6-1-2021 07:30 AM
Dah dpt anugerah antarabangsa ..mmg stress tak ada kerja
Quote Megikari 6-1-2021 07:48 AM
Masa dia tengah top, gaji mesti masyukk. Takkan takde saving utk mulakan bisnes.
Quote CaqJora 6-1-2021 07:51 AM
Aku yg rasa segan. baca caption "Sebaris CR, Messi, Neymar" tu. Aku rasa gol dia just a fluke je, nasib baik. Sebelum gol tu nama dia tak femes pun even kat Malaysia.
Quote NazRysha 6-1-2021 08:05 AM
sepupu aku main bola dgn pahang, lepas tu melaka, kelantan dan skang dgn sarawak
start musim covid hari tu dia meniaga steam boat
kena la rajin cari duit
lebih2 lagi org kenal kan, senang kalau meniaga memmang laku
so faiz subri ni kalau meniaga confirm la laku
nak dgn tak nak jer

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049619 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top