CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Basikal Syor Tutup Laluan Motosikal Di Lebuh Raya Khas Untuk Berbasikal Di Hujung Minggu

6-1-2021 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6454| Komen: 50

Pihak berkuasa digesa membenarkan penggunaan laluan motosikal di lebuh raya utama sebagai laluan khas penunggang basikal. - Foto fail



KUALA LUMPUR: Penunggang basikal menggesa agar pihak berkuasa membenarkan penggunaan laluan motosikal di lebuh raya utama sebagai laluan khas buat mereka pada hujung minggu.

Perkara itu disuarakan Pengasas Komuniti Plan A Bukit Jelutong, Faz Adhili dalam usaha memastikan aspek keselamatan penunggang basikal terjamin.

“Saya mengesyorkan pada hari hujung minggu, laluan motosikal di lebuhraya utama seperti Guthrie, Kesas, dan Persekutuan ditutup khas untuk penunggang basikal.


“Ini kerana pada hari minggu aliran trafik di laluan motosikal terutamanya di Lembah Klang sangat rendah.

“Saya berpendapat ini adalah pendekatan yang sangat efektif dan berkesan dan ia memerlukan toleransi antara semua pihak untuk jayakannya,” katanya dalam program AWANI Pagi yang membincangkang aspek keselamatan berbasikal pada Isnin.

“Saya berpendapat ini adalah pendekatan yang sangat efektif dan berkesan dan ia memerlukan toleransi antara semua pihak untuk jayakannya,” katanya dalam program AWANI Pagi yang membincangkang aspek keselamatan berbasikal pada Isnin

Jelasnya lagi, walaupun sudah ada laluan khas buat penunggang basikal di Shah Alam dan Kuala Kumpur, namun ia tidak dapat digunakan sebaiknya.


Malah katanya, kebanyakan laluan khas ini dihalang apabila ada kenderaan yang parkir di laluan itu manakala ada juga yang membuka warung kaki lima di kawasan tersebut.

Terdahulu, loceng dan lampu basikal sebelum ini langsung tidak laku, malah stok aksesori itu tersimpan sahaja selama berbulan-bulan.

Namun, selepas polis Putrajaya mewajibkan pemasangan loceng, brek dan lampu bermula 9 Januari depan jika ingin berbasikal di kawasan itu, ia laris bak pisang goreng panas.




Sumber : astroawani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-1-2021 01:05 PM
Sebenarnya boleh je korang kayuh dekat laluan basikal walaupun korang pakai roadbike. Btw motor pun cm palat guna laluan penjalan kaki
Quote wnwa05 6-1-2021 01:14 PM
peghhh banyak cantik. basikal ada bayar roadtax?? sebok ngan hobi korang je. orang hujung minggu pun ramai kerja kot. banyak urusan ke sana kesini

Quote opie5662 6-1-2021 01:19 PM
Eh... Bayar la roadtax kalau nak... Igt free je ke jalan tu suke2 nk tutup utk korang je
Quote mziskandar 6-1-2021 01:21 PM
babu roti, matkool aiskrim, dak skolah berbasikal, uncle recycle, anne putu mayam, memasing cari rezeki. berpuluh tahun dah. jarang sangat nampak/dengar diorg mengganggu lalu lintas.
Quote mamajawie 6-1-2021 01:23 PM
palat lak prangai jelaker2 ni..korang byar roadtax ke?
Quote Artemesiaa 6-1-2021 01:25 PM
Gunakanlah lalu beskal yang dah disediakan tak perlu gigih nak masuk lebih raya.  Hujung minggu pun ada je yang masih berkerja jadi laluan motosikal tu masih diperlukan oleh mereka.
Quote sekngucing 6-1-2021 01:32 PM
Mana boleh....aku suka laluan motor..hari ahad aku kerja pun guna laluan motor

Kesas tu kereta laju
Quote She-Ra 6-1-2021 01:37 PM
ehh td tajuk lain ekkk

ehh hover tau nak suruh tutup2 jln moto
libas dgn ekor pari kang baru tau!!
eee org mcm ni la memburukkan lg penunggang2 basikal yg lek lek aman aman jah
Quote arm_band 6-1-2021 01:41 PM
wuwuwuw khelassss cadangan ko nyahhhh... nak buat sedap tekak sendiri je tau nyer
Quote CiliPadiSedap 6-1-2021 02:08 PM
bayarlah roadtax banyak cantik nak layan kayangan. kena langgar lubang sikit dah minta ampun maaf
Quote Oroi8887 6-1-2021 02:13 PM
Bodohnya nak suh tutup jln utk geng2 basikal pulak.
Quote shernazz 6-1-2021 02:21 PM
Mohon faz adhili muhasabah diri sambil naik beskal sekeliling bukit jelutong
Diq ke geng masuk guthrie hiway ni
Quote rosasen 6-1-2021 03:05 PM
hahahahaha kan dah kena kecam.. ape igt weekend xde org keje? xde org kluar jln2?
Quote Kak-Leen 6-1-2021 03:08 PM
Penunggang motor hari2 gunakan laluan motor di jalan2 raya. Yg menunggang basikal jgn la terlebih2 pulak nak claim..
Quote nadna 6-1-2021 03:48 PM
Overnya nak spesial.Lepas tu kereta pun mintak spesial day,lori pun,motor pun.Ulang la sampai bang jamil mampus
Quote matseh 6-1-2021 04:06 PM
Boleh je Minta Majlis atau Dewan bandaraya keluarkan lesen kayuh basikal di kawasan masing2.
Cth harga lesen 1%+1% dr harga basikal.
Cth lagi jika duduk di rawang nak kayuh di hulu langat. Kena pegi Majlis Kajang. Byr lesen kat sana 1%+1%. Sebulan sekali. Habi sebulan buleh ambik balik +1% tu.
Quote LadyCarefree 6-1-2021 04:06 PM
Banyak cantik?! Korang tu pergi kayuh tempat sesuai. Highway jalanraya semua definitely bukan untuk rekreasi tunggang basikal. Apa istimewa tunggang basikal dengan skateboard? Nanti tutup pula untuk skateboards. Pastu untuk entah apa lagi.
Quote Supersirap 6-1-2021 04:54 PM
Kehendak mereka sangat mencanak-canak, terlalu pentingkan diri sendiri
Quote green~tea 6-1-2021 04:57 PM
orang lain naik motor sbb nak cari rezeki halal, sesuap nasi, grabfood, foodpanda.. kau berbasikal sbb hobi...

who are yus???

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.341319 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top