CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keith Foo Nak Buang Semua Tatu Di Badan

6-1-2021 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11226| Komen: 54

Pelakon Keith Foo kini sudah membuang lebih 10 peratus tatu di tubuhnya menggunakan rawatan laser.

Keith berkata, dia ingin membuang semua tatu yang ada kerana mahukan tubuh yang lebih bersih dan pada masa sama, membuka peluang kepadanya untuk membawakan lebih banyak watak ketika berlakon.



Foto: IG

"Saya sendiri yang nak buang sebab nak badan saya 'clean' (bersih). Nak jalani penggambaran pun senang. Jadi, kalau tak ada tatu, produksi pun tak payah susah-susah nak 'hilangkan' tatu dengan solekan atau kesan khas," katanya.

Keith yang kerap membawa watak sebagai orang Islam berkata, tatu yang ada di tubuhnya mengehadkan kepelbagaian watak yang boleh dilakonkannya.


"Kadang-kadang bukan semua watak yang saya lakonkan sesuai dengan imej bertatu. Pada satu ketika, saya memakai baju lengan panjang untuk sembunyikan tatu, tapi bila terselak sikit dah nampak.


"Jadi, kalau saya buang semuanya, ia akan lebih memudahkan saya untuk berlakon sekali gus meluaskan kepelbagaian watak untuk saya lakonkan," katanya.

Namun, Keith tidak menafikan cabaran terbesar untuk membuang tatunya adalah rasa sakit.

"Sakitnya memang tak dapat saya jelaskan. Apabila sudah dilaser, kena biar luka itu sembuh dahulu sebelum sesi seterusnya.

"Paling sakit adalah apabila tempat yang sudah 'ditembak' dengan laser itu akan menggelembung sebelum ia kering. Itu memang sangat pedih," katanya.


Dia juga menerima tajaan dari klinik untuk membuang tatu dan ingin menghabiskan semua proses. Selain di tangan, Keith juga memiliki tatu di beberapa bahagian tubuhnya yang lain.

Terbaru, Keith kini menjalani penggambaran drama bersiri Yang Bakal Mati Ramadan Ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 6-1-2021 03:42 PM
Buruk tatu dia
Quote samshik 6-1-2021 03:43 PM
Mgkin tatu ex minik die lg artistik..
Quote Redmyvi 6-1-2021 03:55 PM
rawatan laser tu tak tinggalkan kesan parut kaa.. kang lg buruk bile banyak parut
Quote LadyCarefree 6-1-2021 03:58 PM
Tepek fake tattoo lagi bagus.
Quote kucingitam 6-1-2021 04:22 PM
bagusnya dia ni..bukan muslim beriya nak buang tattoo.. yang muslim beriya nak cacah tattoo
Quote royaldanish 6-1-2021 04:25 PM
Wahhh azam baru ye
Quote helicornia 6-1-2021 04:26 PM
bertatu mmg buruk ye
tk payah la nak acah2 trendy ke nampak gangster ke
klu iols non muslim pun iols pangkah boyfren bertatu
Quote Lengkong 6-1-2021 04:44 PM
comelnya anak

Quote mzsnam 6-1-2021 04:58 PM
bg aku org yg ade tatu ni seolah dia conteng badan dia. tk lawa badan berconteng gtu. mcm ank kite conteng kat dinding kan buruk
Quote True-X 6-1-2021 05:03 PM
awat la bercerai dgn wife dia tuh... dah la mertua dia jutawan...
Quote adaakukesah 6-1-2021 05:35 PM
Awat belakon tak pakai baju ka?
Quote Itzy 6-1-2021 05:44 PM
Semoga keith foo mendapat hidayah daripada Allah. Aamiin.
Quote Itzy 6-1-2021 05:46 PM
kucingitam: bagusnya dia ni..bukan muslim beriya nak buang tattoo.. yang muslim beriya nak cacah tattoo


Dia buang pun ada tujuan, sebab nak dapat lebih banyak job lakonan. Tapi tattoo ni memang buruk la, kotor habis satu badan. Tattoo kat badan dia pun ntah apa2, macam kartun kanak2 lak lukisan tatu dia.
Quote orglama 6-1-2021 05:53 PM
Tatoo dia hodoh
Quote chinta89 6-1-2021 06:41 PM
Walaupun dh bpisah tp hubungan mereka masih baik. Bagus2.
Quote Buritan 6-1-2021 06:45 PM
helicornia replied at 6-1-2021 04:26 PM
bertatu mmg buruk ye
tk payah la nak acah2 trendy ke nampak gangster ke
klu iols non muslim pun io ...

Nmpk koto dan busuk.. tak bertatoo nmpk wangi..
Quote supernaturalee 6-1-2021 07:08 PM
Sambil2 tu buat bdn
Untung2 dpt jd adiwiraku


Quote naynd 6-1-2021 07:24 PM
Bukan one off kan nak remove satu tattoo  kena buat few times kan
Quote Burong_Hantuk 6-1-2021 07:28 PM
Cerita basi....

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.071042 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top