KUDRAT seorang wanita lazimnya terbatas. Jarang-jarang kita dengar wanita yang bekerja di ladang dan mengangkat sawit dengan tenaga sendiri. Selalunya, jika pekerja wanita yang mengambil upah, mereka lebih terhad kepada kerja-kerja membuang pelepah daun sawit atau mengutip biji sawit yang bertaburan. Pun begitu, lain pula kisah seorang pramugari cantik yang berasal dari Keningau, Sabah ini. Dengar cerita, ramai jejaka ‘cair’ melihatnya dan sempat mengusik dengan mengatakan mereka sanggup membayar mas kahwin sehingga RM50,000! Dengan tubuh tinggi lampai dan langsing itu, gadis yang dikenali dengan nama Rachel itu membuktikan kudrat wanita cukup luar biasa. Bukan calang-calang tenaga sumandak Sabah itu. Beliau dilihat mampu mengangkat buah sawit yang berat ketika membantu bapanya di ladang sawit milik keluarga. Dalam video pendek yang dikongsikan dalam akaun TikTok dengan kapsyen ‘Dad’s Plam oil plantation. Pekerja dady balik kampung. So kami ganti buat kerja dia orang sementara‘ mendapat lebih 18,000 tanda suka. Tidak hanya sibuk membantu di ladang sawit, si cantik itu juga rajin menolong di bendang melalui perkongsian video yang dimuat naik baru-baru ini. Rata-rata komen netizan memang menghiburkan. Masakan tidak, ramai-ramai yang teruja khususnya kaum lelaki yang dikatakan sanggup berbelanja besar untuk menjadikan wanita itu sebagai suri hati. Kisah Rachel yang rajin bekerja dan menolong ibu bapa di kampung memang wajar dipuji dan dicontohi. Apapun, ramai wanita di luar sana yang hebat-hebat, cekal hati dan gagah perkasa! Sumber : Sinarplus |
najib888: Pakai ketat cam tu masuk ladang.. maunya tak cayaq.  on pon bulat elok.. sluaq melekat melekit camtu berani dia pakai masuk ladang? Pastu salahkan le ...
ffbeauties replied at 7-1-2021 12:46 AM
Kesian mental ko ni
najib888 replied at 7-1-2021 01:02 AM
Pakai ketat cam tu masuk ladang.. maunya tak cayaq. Pon pon bulat elok.. sluaq melekat melekit camt ...
ADVERTISEMENT