CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

7-1-2021 12:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7986| Komen: 46



Steve Jobs, individu yang bertanggungjawab menaikkan jenama Apple pernah meramalkan pada tahun 1990 bahawa teknologi Adobe Flash tidak lagi relevan. Dan pada Januari 2021, ramalan itu ternyata menjadi kenyataan.

Untuk anda yang tidak tahu, beberapa hari lalu Adobe secara rasmi mengumumkan bahawa syarikat itu akan menyekat semua kandungan yang menggunakan Flash Player mulai 1 Januari 2021.

Tidak cukup dengan itu, Adobe juga menggesa pengguna untuk membuang Flash Player dari peranti mereka.

Untuk rekod, pada 2015, Facebook dan Mozilla mula memboikot teknologi Flash dari perkhidmatan mereka pada masa itu. Namun, jauh sebelum itu lagi, pada 2010, Steve Jobs yang ketika itu memegang jawatan sebagai CEO Apple pernah menulis surat kepada Adobe untuk membantah teknologi Flash.


Tujuan Steve Jobs melakukan perkara tersebut adalah kerana dia meramalkan bahawa teknologi Flash diciptakan untuk zaman PC dan tidak akan relevan lagi pada masa akan datang dengan tren teknologi akan terarah kepada teknologi pintar.

Dalam satu tulisan kepada Adobe, Steve Jobs menyatakan bahawa teknologi Flash pada masa akan datang tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman. Apa yang seharusnya dilakukan oleh Adobe adalah membaik pulih teknologi mereka pada masa akan datang dan bukannya mengkritik Apple kerana meninggalkan Flash.

Steve Jobs dengan pendiriannya menyatakan bahawa teknologi Adobe tidak sesuai untuk peranti dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Apple. Menurutnya, Flash telah memberi reaksi buruk kepada hayat bateri dan mempunyai masalah keselamatan. Kenyataan ini juga telah menyebabkan berlakunya perang diantara Apple dan Adobe pada tahun 2010.

Untuk menguatkan lagi hujah Steve Jobs, pada tahun 2009, Symantec pernah meletakkan Flash dalam satu senarai kerana memiliki salah satu rekod keselamatan terburuk pada tahun 2009, lapor CNN.

Kini, dengan peredaran zaman yang pesat dan membangun, jenama besar seperti Facebook, Netflix dan YouTube sudah mula mengalihkan video mereka ke telefon pintar tanpa teknologi Flash.

Dan akhirnya, pada 1 Januari 2021, Adobe Flash Player yang menghadapi tekanan daripada pelbagai jenama besar secara rasmi telah mengakhiri hayatnya. Dikeluarkan pada tahun 1996, Flash telah menjadi salah satu teknologi paling popular di dunia dan digunakan hampir setiap orang.

Terdahulu, surat permohonan kerja dari Steve Jobs telah terjual pada harga RM684,000.



Sumber : thevocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-1-2021 12:32 AM
ya memang dah tak guna flash player etc... sebab dah ada html5...
iols rasa microsoft pun bakal goodbye tak lama lagi macam nokia...

tak sangka dulu flash player ni ramai guna untuk game online biasa2 etc.. last2 takde dah.,.. nak jumpa flash player pun tak jumpa dah...
Quote jiwarasa 7-1-2021 12:43 AM
lepas tu apa jadi software yang pakai flash?
Quote kakikuDibibirmu 7-1-2021 12:51 AM
(Flash!) Nan no tame ni
(Miracle!) Dare no tame ni
(Strong!) Ano chikara wa aru no darou?

Ultra no hoshi ga matataku toki
Atarashii hikari ga arawareru
Kanarazu
Quote dudaberhias 7-1-2021 12:52 AM
jiwarasa replied at 7-1-2021 12:43 AM
lepas tu apa jadi software yang pakai flash?

kena say goodbye jugak kot deorang dah get ready nak lambai2 ala2 gini kaka
Quote kakikuDibibirmu 7-1-2021 12:52 AM
[youtube]wnYUM6fA-dg[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 7-1-2021 01:02 AM
[youtube]YAKX0ZzUtA8[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 7-1-2021 01:25 AM
Maknanya tak boleh main game ganguro ke?
Quote dudaberhias 7-1-2021 01:31 AM
Omg baru tahu wix.com yang dulu pakai flash player tu rupanya developer HTML5 dengan apple. Seban pengkhianat dari dalam jugak la boleh lingkup flash player
Quote Atata 7-1-2021 01:32 AM
Aku tak paham benda2 gni. Tak tercapai akalku
Quote chinta89 7-1-2021 05:08 AM
Atata: Aku tak paham benda2 gni. Tak tercapai akalku



Sama gak meols. Kita geng {:hooray
Quote diss69 7-1-2021 07:21 AM
chinta89 replied at 7-1-2021 05:08 AM
Sama gak meols. Kita geng {:hooray

Masuk genggg jugak...
Quote epis 7-1-2021 07:45 AM
Atata replied at 7-1-2021 01:32 AM
Aku tak paham benda2 gni. Tak tercapai akalku

bukan awak sorang, hehe... asalkan henpon dan komputer utk buat kerja berjalan ok, ok la haha..
Quote buragazz 7-1-2021 08:11 AM
Aku pun sampai sekarang ak begitu faham
Sebelum ni ada jugak masaalah contoh klu nak play video kene ada flash player tapi still hauk Gen X la katakan
Quote Kerexxx 7-1-2021 08:29 AM
dudaberhias replied at 7-1-2021 12:32 AM
ya memang dah tak guna flash player etc... sebab dah ada html5...
iols rasa microsoft pun bakal goo ...

Microsoft? Bagus2..
Sbb walaupun ai suka office365 dgn sgla spreadsheet dan ms teamnya, ai lehat google suite tak jauh di belakang...

And microsoft azure pulak ,org lain boleh catvh up dah mcm google cloud, amazon cloud etc..

Cuma microsoft security solution org lain kena catch up cepat2... ngeeee
Quote Nnasda53 7-1-2021 09:55 AM
Atata replied at 7-1-2021 01:32 AM
Aku tak paham benda2 gni. Tak tercapai akalku

Samala..tak tercapai akal nak pikir apa bendanya.
Quote tagas 7-1-2021 10:11 AM
bukan bidang aku

pandai2 la  
Quote Orix 7-1-2021 10:14 AM
iols pun tak tau apa function adobe flash ni
Quote acikhan 7-1-2021 10:47 AM
yg haku tau adobe photoshop, illustrator, in design, flash, premiere pro, acrobat, PDF, dreamweaver, firework, HTML time haku belajar dolu2
Quote kelapaparut 7-1-2021 10:49 AM
mase kecik ade india angkat sampah tu flash btg die kat iols dan kwn2, flash lain iols xtau

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055362 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top