CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PN Jangan Ego, Perlu Akui Gagal Kawal Covid-19, Kata Najib

7-1-2021 01:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5301| Komen: 46





PETALING JAYA : Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan “jangan ego” dan segera melarang perjalanan rentas negeri selama dua minggu serta melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mengekang kes Covid-19 yang mencecah 2,593 hari ini.

“Saya rasa, sudah tiba masa untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengaku gagal mengawal keadaan Covid-19. Jangan ego.

“Sudah tiba masa kita meratakan lengkungan sekali lagi sebab saya bimbang kapasiti sistem kesihatan negara tidak dapat bertahan lagi,” katanya dalam catatan di Facebook, malam ini.

Beliau juga kecewa dengan angka jangkitan terbaru yang direkodkan pada hari ini, iaitu 2,593 kes dan 13 kluster baru, tertinggi setakat ini.




“Jumlah kes Covid-19 Malaysia melepasi jumlah kes negara Honduras hari ini.

“Sejak melepasi negara China tiga minggu lalu, kita telah mengatasi Nigeria, Bahrain, Kenya, Algeria, Libya, Paraquay, Ireland, Bosnia dan Venezuela dan dengan jumlah kes terbaru ini, kita jangka Malaysia akan atasi Myanmar (127,584 kes) dalam masa dua hari lagi.”

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes positif harian akan meningkat dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang susulan rekod terbaharu itu.



Sumber : Freemalaysiatoday

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 7-1-2021 01:50 AM
2000 lebih sehari mmg gagal total
Quote Asdira 7-1-2021 01:51 AM
Klu pkp,abislah ekonomi..
klu tak pkp, bertambah2 la jumlah kes..
{:run
Quote kakikuDibibirmu 7-1-2021 02:46 AM
Biri-buribu taniya





[youtube]0X72EDKdexg[/youtube]


http://youtu.be/0X72EDKdexg
Quote zach2008 7-1-2021 07:23 AM
Sebelum Ni aku okay je dgn pendekatan jibon Ni dlm usaha dia menangani tuduhan2 ke atas dia. Cuma kebelakangan Ni aku menyampah lak.
Quote me12345 7-1-2021 07:27 AM
Tak dgr nasihat KKM mmg gagal...
Quote buragazz 7-1-2021 07:34 AM
Yang ni aku pun tak berapa setuju dengan Jibby.. klu ko pun PM ntah2 lagi hauk.. klu ko kata gagal apa cadangan ko...
Quote axl_bach 7-1-2021 07:35 AM
Kegagalan ini 100% berpunca dari KETIDAKLARANGAN KEMASUKAN PELANCONG PRC dulu oleh kerajaan Pee Esh

-Acik Porem,42, Olak Lempit-
Quote Ninjanunu 7-1-2021 08:01 AM
Negara mana yg tak gagal? Australia ke?
Quote shida81 7-1-2021 08:03 AM
Klu zaman zmn najib ni Dr Awal dah failed... Dgn menteri2 fasola dia
Quote missyL 7-1-2021 09:48 AM
I rase nsb bek lg ni covid19 ni time pn.

Klo time umno mau menteri die ckp xsuke covid19 sile kuar malaysia.. Hahaha

Dgn menteri2 mcm ahmad mazlan.
Jamal kerang hish.xthu nsb ape.. I bersyukur jgk la bkn mase mereka ni jadi.
Ade hikmah nye.

Macam tin kosong je sume. Mase memerintah sibok nk kebas duit.
Sibok projek xgune.
Bile da xde kuasa baru nmpk berakal.

Smh
Quote missyL 7-1-2021 09:49 AM
buragazz replied at 7-1-2021 07:34 AM
Yang ni aku pun tak berapa setuju dengan Jibby.. klu ko pun PM ntah2 lagi hauk.. klu ko kata gagal a ...

I pn rase gitu.
Ni pn menteri2 umno ari2 mcm nk mintak pru.
Quote missyL 7-1-2021 09:50 AM
shida81 replied at 7-1-2021 08:03 AM
Klu zaman zmn najib ni Dr Awal dah failed... Dgn menteri2 fasola dia

I pon rse gitu u
Quote xy_daen 7-1-2021 09:52 AM
Acah2 concerned padahal beria nak PRU15...



Babi la kau ni Najib...
Quote tripleid 7-1-2021 10:02 AM
Edited by tripleid at 7-1-2021 12:19 PM

inilah antara 'hikmah' langkah sheraton bulan 3 dulu..dah elok2 pH control kobis sampai 0 kes sehari geng2 korang yg gila kuasa  pi jatuhkan kjaan kan.skrg rasainn lohh
Quote tagas 7-1-2021 10:07 AM
Bila nak kena sumbat penjara nih

slow laa
Quote zehra2 7-1-2021 10:10 AM
PH tak betul
PN gagal


abis tu yg sibuk nak PRU ni...  dah kenapa  ?
Quote Belibis 7-1-2021 10:19 AM
missyL: I rase nsb bek lg ni covid19 ni time pn.Klo time umno mau menteri die ckp xsuke covid19 sile kuar malaysia.. Hahaha Dgn menteri2 mcm ahmad mazlan.Jama ...

Yupp..sekurang2 kerjaan baru dah diuji,berbanding kjaan jibi yang hauk sepanjang zaman.bila dah kena reject,banyak bunyi pulak.
Quote Orix 7-1-2021 10:23 AM
Ninjanunu replied at 7-1-2021 08:01 AM
Negara mana yg tak gagal? Australia ke?

Taiwan, Vietnam, even China pun boleh consider negara berjaya kawal Covid pada ketika ni wlupun ada kes baru, tak mencanak mcm negara gomen PN ...
Quote batusembilan 7-1-2021 10:32 AM
makin lama makin menyampah dgn najib sampah kluster mahkamah ni......tau la dh sabit kesalahan hahaha stress le tu x dpt cemolot dgn bangnon

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.083342 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top