CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Aku Keluar Ni Rasa-Rasa Akan Accident"

7-1-2021 07:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4811| Komen: 20

"Aku keluar ni rasa-rasa akan accident (kemalangan)," itu kata-kata terakhir Muhammad Fakhrul Izad Mohd Shukri, sebelum dia maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Dungun-Seberang Pintasan, petang tadi.


Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Muhammad Fakrul Izad, 17, yang juga pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail (SMASED) dilaporkan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar belakang motosikal lain.

Rakannya, Muhammad Al Afiq Haikal Muhammad Al Bakri, 15, yang membonceng motosikal itu bersamanya parah di bahagian dan kini menerima sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu.


Foto: Harian Metro

Menurut rakan mangsa, Muhammad Izha Al Idrus Mohd Anuar, 17, dia bersama arwah serta lima rakan lain tinggal di sebuah rumah di Kampung Alur Tembesu sejak seminggu lalu.


"Kami tinggal di rumah arwah nenek seorang rakan kami untuk belajar secara kumpulan sempena persiapan peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia SPM Februari ini.

"Sebelum keluar rumah, arwah sempat melafaskan ungkapan itu. kami semua tidak menyangka kemalangan itu benar-benar terjadi ke atasnya," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Menurutnya, sepanjang tinggal di rumah itu dan ketika mengulangkaji pelajaran, Muhammad Fakhrul Izad tidak banyak bercakap berbanding ketika di sekolah.

"Sejak beberapa hari ini arwah tidak selera makan dan asyik berdiam diri ketika kami bertanya keadaannya, dia cakap tak ada masalah.

"Ketika terima berita dia kemalangan, saya dan rakan-rakan ke tempat kejadian dan tidak sangka dia meninggal dalam kemalangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 7-1-2021 08:10 AM
Innalillahwainnaillahhirojiun
Ni org Nismilan ckp goruh (geruh)
Perasaan awal akan ada sesuatu tak baik yg akan menimpa
Quote raihaneem 7-1-2021 08:12 AM
Innalillahi wa inna ilaihirojiuun..
Semoga diganjarkn syurga buat mu...ameen...
Takziah buat almarhum adik fakhrul
Quote miszclassique 7-1-2021 08:21 AM
Kadang2 memang akan ada intuition macam ni...apa yang i buat, i akan ikut instinct tu
Quote johan-adx 7-1-2021 08:27 AM
takdir tak dpt diubah
wpun dia rasa akan eksiden tp dia tetap keluar jgk
sbb dh tertulis..

Innalillahi wa inna ilaihirojiuun..
Quote aderaderker 7-1-2021 08:51 AM
"Rakannya, Muhammad Al Afiq Haikal Muhammad Al Bakri, 15, yang membonceng motosikal itu bersamanya parah di bahagian dan kini menerima sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu."

Ayat berterabur tak lengkap ni mmg wartawan yg tulis ka..
Quote depresio 7-1-2021 08:59 AM
Allah
Ada amalan adik ni yg buatkan dia tahu saat2 ajal dah dekat
Tak silap org kata amalan surah al mulk
Quote kelapaparut 7-1-2021 09:03 AM
budak sekolah agama instinct kuat..alfatihah
Quote gelas_pelastik 7-1-2021 09:48 AM
innalillah
salam takziah untuk keluarganya
Quote EvieWanKenobi 7-1-2021 09:49 AM
Innalillah.. takziah untuk keluarganya..
Quote rosmahisham 7-1-2021 10:27 AM
Salam takziah..innalillah
Quote chinta89 7-1-2021 10:35 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Quote green~tea 7-1-2021 10:38 AM
15 and 17 tahun mmg dah ade license utk naik motor ke?
Quote supernaturalee 7-1-2021 10:45 AM
green~tea replied at 7-1-2021 10:38 AM
15 and 17 tahun mmg dah ade license utk naik motor ke?

16 thn kan utk lesen motor
17 utk lesen kete

syarat minumum umur


Quote green~tea 7-1-2021 10:55 AM
supernaturalee replied at 7-1-2021 10:45 AM
16 thn kan utk lesen motor
17 utk lesen kete

oooo... 16 tahun dah bleh apply lesen motor rupanya... i cuma ingat i amek lesen keta masa tunggu result SPM
Quote ~boolean 7-1-2021 11:24 AM
aderaderker replied at 7-1-2021 08:51 AM
"Rakannya, Muhammad Al Afiq Haikal Muhammad Al Bakri, 15, yang membonceng motosikal itu bersamanya p ...

sejak 1-2 tahun ni, penulisan harian metro dan sinar harian semakin hauk, umpama tulisan wartawan intern
Quote zuuu 7-1-2021 11:53 AM
Al fatihah untuk arwah...takziah pada keluarganya
Quote NekNgah 7-1-2021 12:22 PM
Innalillahi wainnailaihirojiun.
Allahummaghfirlahu warhamhu aafihi wa'fuanhu.

Quote girlfridayz 7-1-2021 05:38 PM
Pernah baca, tak selera makan bbrp hari sebelum meninggal ni pun tanda2 meninggal cara baik jugak ni.. Sebab nanti orang nak uruskan jenazah mudah, tekan perut tu x bnyk yg keluar.. Innalillah..
Quote Redmyvi 7-1-2021 06:46 PM
memang ada perasaan tu.. perasaan tak sedap hati mcm ada sesuatu nak jadi tapi benda dah tertulis kan..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.037710 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top