|
Disebabkan ragam kumpulan berbasikal yang menyusahkan pengguna jalan raya lain, maka ramai yang memarahi serta 'mengharapkan' sesuatu terjadi kepada mereka. Menurut laporan CPRC Kebangsaan, kini muncul Kluster Kayuh Kuala Lumpur membabitkan 11 mangsa dari daerah Titiwangsa, Kepong dan Lembah Pantai. Netizen seakan-akan 'bersetuju' dengan kluster tersebut yang berdegil dalam mematuhi peraturan (SOP). Masih geram dengan gelagat geng berbasikal yang bukan sahaja tidak mematuhi peraturan jalan raya, malahan tergamak meminta kenderaan lain menghormati mereka membuatkan netizen menyampah.
Jadi, dengan adanya kluster terbaharu ini, ia seolah-olah memadankan muka mereka kembali. Bagi netizen, mereka bukan meminta jadi sebegitu, namun sekurang-kurangnya mengharapkan kumpulan berbasikal ini mempunyai empati terhadap pengguna jalan raya lain. Selain itu, jika mempunyai gejala kesihatan lebih baik tidak mengayuh basikal daripada terus menyebarkan virus kepada orang lain. Bukan ke itu pentingkan diri sendiri namanya? |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:00 AM GMT+8 , Processed in 1.327384 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.