CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Bahasa Retorik Melampau, Akaun Twitter Trump Disekat

7-1-2021 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2007| Komen: 4

Twitter sebelum ini menyekat tiga catatan Presiden Donald Trump termasuk satu video yang dimuat naik beliau mengulangi dakwaannya berhubung pilihan raya presiden. (Gambar AP)



WASHINGTON: Twitter pada Rabu menyekat akaun Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya 12 jam kerana bahasa retorik melampau dan memberi amaran akaun itu mungkin akan ditutup sepenuhnya jika masih melanggar peraturan, lapor agensi Anadolu.

“Ekoran situasi kekacauan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan berterusan di Washington, DC, kami telah mengarahkan tiga Tweet @realDonaldTrump yang disiarkan awal hari ini dipadamkan kerana melanggar peraturan terhadap dasar Integriti Sivik kami,” kata syarikat media sosial itu di laman webnya.


“Ini bermakna akaun @realDonaldTrump akan disekat selama 12 jam. Jika Tweet masih tidak dipadam akaun akan tetap disekat.”

Tambah syarikat itu, jika selepas ini masih melanggar peraturan “akan mengakibatkan akaun @realDonaldTrump terus ditutup.”

Twitter sebelum ini menyekat tiga catatan Trump.

Antara catatan Trump menerusi video yang dimuat naik beliau mengulangi dakwaannya pilihan raya presiden “dicuri dari kami” dan menggesa penyokongnya balik. Catatan kedua Trump mempertahankan apa yang dilakukan penyokongnya.

Facebook dan YouTube turut menarik balik rakaman video yang sama.

Trump dan sekutu politiknya selama berbulan-bulan menuduh pilihan raya Presiden 2020 dipenuhi dengan penipuan dan tujuh juta undi ditipu yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokongnya.

Jabatan Kehakiman bagaimanapun, tidak menemukan bukti untuk menyokong dakwaan Trump itu.



Sumber : Freemalaysiatoday

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 7-1-2021 01:58 PM
apa ni block2. kata kebebasan bersuara
Quote azwanaliori 7-1-2021 02:46 PM
wow dasat nye puak lagi satu smpi2 block2 trump , dorg memaki hamun trump segala benda mencaci dgn fake news siang malam ok je
Quote slavehunter 7-1-2021 03:50 PM
Kann Twitter dan FB dapat fund dari left wing.
Quote ninja9 7-1-2021 05:09 PM
baguslah twitter pun warning nak tutup terus akaun presiden us.

kalau orang biasa tulis mcm2 masih senang dikawal kot, tak ada power dan tak ada jawatan dlm pentadbiran kerajaan, habis2 pun orang hantar polis dah setel.. ni presiden sendiri dah mulai ckp macam2 yg boleh buat penyokong2 dia mungkin akan melakukan tindakan2 yg boleh melibatkan kematian...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.028564 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top