CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangkitan Kes COVID-19 Harian Meningkat 6 ribu Kes, Jepun Umum Darurat

7-1-2021 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5306| Komen: 37

Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula Jumaat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas cadangan pengisytiharannya diluluskan oleh panel penasihat. Foto Reuters



TOKYO (Reuters) - Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula Jumaat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas cadangan pengisytiharannya diluluskan oleh panel penasihat.

Menerusi laporan Reuters, Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura dipetik berkata, cadangan pengisytiharan darurat yang berlangsung dari 8 Januari hingga 7 Februari itu dipersetujui dalam mesyuarat pagi ini (Khamis),

Sekatan itu sebagai langkah untuk memerangi penularan wabak terutama di bar dan restoran yang disebut oleh pemerintah sebagai risiko utama.

 
Walaupun penularan wabak berkenaan tidak serius berbanding negara lain, Jepun menyaksikan jangkitan harian baru meningkat 6,000 untuk pertama kalinya pada hari Rabu, apabila 1,591 ujian didapati positif di ibu negara, Tokyo, menurut media tempatan NHK.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga akan mengadakan sidang akhbar pada jam 6 petang Khamis waktu tempatan untuk mengumumkan keputusan rasmi melibatkan Tokyo termasuk wilayah Saitama, Kanagawa dan Chiba.

Pegawai pemerintah telah mengadakan perbincangan dengan para pakar minggu ini untuk menilai langkah-langkah mengendalikan lonjakan penularan dengan mengambil kira faktor ekonomi.

Menurut Nishimura, langkah-langkah yang akan dikenakan dalam tempoh darurat dengan meminta restoran dan bar ditutup pada jam 8 malam termasuk larangan mengadakan acara, mengehadkan acara sukan dan acara besar melebihi 5,000 orang.

Sebelum ini pada April, Jepun pernah mengisytiharkan darurat.






Sumber : Sinarharian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aerhys 7-1-2021 05:44 PM
Seriuslah terus meningkat 6000 kes? what happened to japan? Rather, what is going on?
Quote anakjiran 7-1-2021 05:44 PM
dorang pun pkp bersasar ingatkan 1 jepun.

rileklah malaysia baru 3 ribu kes kan hari ni
Quote hanakikan 7-1-2021 05:51 PM
Good luck untuk olimpik nanti. Tapi summer nanti semua negara dah buat program vaksin. Kita tengok olimpik nanti mcm mana keberkesanan vaksin
Quote prettyuglybabe 7-1-2021 05:52 PM
while malaysia ada manusia sibuk fikir pasal kuasa instead of nyawa rakyat..
Quote husie91 7-1-2021 05:52 PM
Tk mustahil malaysia boleh jejak 6k of rakyat sakan lg nak bkumpul nk bercuti bagai
Quote AbukRokok 7-1-2021 05:54 PM
Aerhys replied at 7-1-2021 05:44 PM
Seriuslah terus meningkat 6000 kes?  what happened to japan? Rather, what is going on?

awk terkejut ke?
padahal situasi trending dihampir semua negara
covid 21...
Quote AbukRokok 7-1-2021 05:55 PM
husie91 replied at 7-1-2021 05:52 PM
Tk mustahil malaysia boleh jejak 6k of rakyat sakan lg nak bkumpul nk bercuti bagai

di projected kan menjelang februari 5k kes
bulan februari kita dtg sini balik


Quote Aerhys 7-1-2021 05:56 PM
anakjiran replied at 7-1-2021 05:44 PM
dorang pun pkp bersasar ingatkan 1 jepun.

rileklah malaysia baru 3 ribu kes kan hari ni

PKP ini ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Kalau buat pkp mungkin boleh kurangkan kes harian tapi pada masa yg sama ramai orang akan terkesan dari segi kewangan dan ekonomi akan lumpuh. Ramai orang akan menderita nanti kecuali ahlul politik.
Quote Aerhys 7-1-2021 06:06 PM
AbukRokok replied at 7-1-2021 05:54 PM
awk terkejut ke?
padahal situasi trending dihampir semua negara
covid 21...

Terkejut sebab most japanese are very disciplined and conformist. Kebanyakan patuh SOP tidak seperti di malaysia rakyat asyik nak keluar berjimba saja tapi tidak ikut SOP. Mungkin juga ada mass testing di sana sebab itu kes covid naik mencanak. Saya percaya ramai yg asymptomatic dan boleh sembuh dgn semulajadi tanpa vaksin. Tapi angka ini tetap menakutkan.

Kalau ikut takwim teori konspirasi NWO 2021 nampaknya mereka on track lah. The whole world full lockdown January 2021. Ekonomi akan terus lumpuh dan sistem kewangan akan dirombak bulan Februari
Quote sarah82 7-1-2021 06:07 PM
AbukRokok replied at 7-1-2021 05:55 PM
di projected kan menjelang februari 5k kes
bulan februari kita dtg sini balik

Relax.. Sambil aku top up mask
Quote sarah82 7-1-2021 06:10 PM
Aerhys replied at 7-1-2021 06:06 PM
Terkejut sebab most japanese are very disciplined and conformist. Kebanyakan patuh SOP tidak seper ...

Nanti ada yg marah ckp ttg teori konspirasi.. Tahun lps iols ckp ttg simpan stok makanan.. Habis kena troll.. Tapi bila bill gate ckp ttg simpan stok makanan.. Percaya pulak
Quote AbukRokok 7-1-2021 06:10 PM
Aerhys replied at 7-1-2021 06:06 PM
Terkejut sebab most japanese are very disciplined and conformist. Kebanyakan patuh SOP tidak seper ...

jepun korea yg sgt disiplin pun kne..so janganlah marah rakyat malaysia xbdisiplin blablabla
benda mmg dah tau dah

Gates Says Next 4-6 Months Could Be ‘Worst Of Pandemic’ As Vaccine Shipments Roll Out
Quote hazfy 7-1-2021 06:13 PM
Semoga kita semua dan negara kita dilindungi dari terjadi macam ni
Quote AbukRokok 7-1-2021 06:14 PM
sarah82 replied at 7-1-2021 06:10 PM
Nanti ada yg marah ckp ttg teori konspirasi.. Tahun lps iols ckp ttg simpan stok makanan.. Habis k ...

tu yg nmpak pro vaks vs anti vaks sdg bertempur hebat sama hebat mcm rba vs cybertrooper vs JKom
Quote Aerhys 7-1-2021 06:15 PM
sarah82 replied at 7-1-2021 06:10 PM
Nanti ada yg marah ckp ttg teori konspirasi.. Tahun lps iols ckp ttg simpan stok makanan.. Habis k ...

Faham. Sebab itu kita kena kaji dari kedua dua belah pihak. Saya follow saja mainstream medias dgn puak2 yg mengkaji teori konspirasi. Tak boleh telan 100% tapi ambillah jalan tengah. Memang perlu bersedia dari semua segi sebab kita memang sedang berada di fasa akhir zaman.
Quote sarah82 7-1-2021 06:19 PM
AbukRokok replied at 7-1-2021 06:14 PM
tu yg nmpak pro vaks vs anti vaks sdg bertempur hebat sama hebat mcm rba vs cybertrooper vs JKom ; ...

Aku terbuka dgn semua antara geng teori dan non..

Sebab apa tau abu? Sebab aku seorg diri kena hadap semua benda.. Jadi aku kena ada persiapan.. At least.. Aku boleh makan bubur waktu org lain tak ada makanan.. At least aku boleh sedekah mask waktu mask out of stok lagi sekali..

Aku pegang.. Masuk medan perang tanpa persiapan adalah benak..
Quote sarah82 7-1-2021 06:21 PM
Aerhys replied at 7-1-2021 06:15 PM
Faham. Sebab itu kita kena kaji dari kedua dua belah pihak. Saya follow saja mainstream medias dgn ...

Yap.. Tak salah kita ambik dan hadap kedua2 pihak.. Ni pakat nak hentam saja sebab kita rasa tak logik.

Ikut logik akal.. Mcm mana boleh covid-19 muncul sbb beratus tahun kelawar adalah makanan eksotik kat china.. Tiba2 dalam masa 1 hari..covid-19 muncul.. Dan satu dunia berjemaah hadapi covid-19.
Quote Aerhys 7-1-2021 06:23 PM
AbukRokok replied at 7-1-2021 06:10 PM
jepun korea yg sgt disiplin pun kne..so janganlah marah rakyat malaysia xbdisiplin blablabla
bend ...

Okay saya anggap semua ini ketentuan tuhan. Orang yg suka keluarkan ayat "meramalkan" itu sebenarnya sedang merancang. Tapi mereka lupa sebaik2 perancang adalah tuhan.
Quote Aerhys 7-1-2021 06:27 PM
sarah82 replied at 7-1-2021 06:21 PM
Yap.. Tak salah kita ambik dan hadap kedua2 pihak.. Ni pakat nak hentam saja sebab kita rasa tak l ...

Macam mana nak terus ikut logik akal kalau di mainstream media pun dah keluar kenyataan alien akan turun ke bumi mengajar manusia teknologi2 mereka Umat islam pula memang sudah diajar supaya percaya pada perkara2 ghaib yg diluar logik akal.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048608 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top