CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masih Ramai Insan Yang Baik Hati. Tak Ambil Duit Tercicir, Netizen Puji Tindakan Lelaki Ini

8-1-2021 12:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2123| Komen: 6

Gambar wang tunai tercicir dalam plastik yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Karya Azman dalam satu hantaran di laman FBnya.



PETALING JAYA – Tindakan jujur seorang lelaki yang memulangkan wang sebuah keluarga yang tercicir di tepi jalan mendapat pujian netizen.

Seorang pengguna Facebook dengan nama Karya Azman berkongsikan pengalamannya berjumpa dengan ‘rezeki terpijak’ dalam bentuk wang tunai yang diletakkan dalam sebuah beg plastik.

Ujarnya, kejadian berlaku ketika dia selesai mengisi minyak motor sebelum hendak masuk ke ladang.

“Walaupun duit kertas,terasa beratnya. Aku yakin, banyak ribu duit dalam plastik ni.

“Hujan turun makin lebat, mahu atau tidak, aku tetap menunggu tepi jalan ini menanti jika ada orang singgah bertanyakan hal kehilangan duit,” tulisnya di laman Facebook.

Katanya, dia menunggu selama lebih setengah jam sebelum melihat sebuah kereta Avanza berwarna merah berhenti di sekitar tempat dia menunggu.

Dia kemudian menegur seorang lelaki berusia yang datang mencari wang tersebut.

Azman memulangkan wang itu kepada lelaki tersebut setelah bertegur sapa dan mendapatkan kepastian daripada lelaki itu.

Dia kemudian memberitahu, wang dalam plastik itu berjumlah kira-kira RM5,000.

Pemilik itu kemudian memberikannya sebanyak RM150 sebagai menghargai kejujurannya.

“Aku memang tiada hati hendak ambil, sebabnya aku takut bila ambil, saham akhirat aku berkurangan. Rasa macam pertolongan berbayar pula.

“Setelah didesak banyak kali, aku pun ambil juga, tak ambil semua yang dia bagi, ambil beberapa keping sahaja sebagai tanda tidak menolak pemberian orang,” katanya.

Sehingga pukul 7.15 petang tadi, hantaran itu mendapat 1,200 tanda suka dan 500 perkongsian. 





Sumber – K! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ~boolean 8-1-2021 12:49 AM
Sila pindah ke bod Kongsi Tular.

-CEO CARI Forum
Quote chinta89 8-1-2021 01:08 AM
Bagusnya dia jujur {:spot
Quote lattehazelnut 8-1-2021 03:20 AM
Aku memang tiada hati hendak ambil, sebabnya aku takut bila ambil, saham akhirat aku berkurangan. Rasa macam pertolongan berbayar pula.

————
Hmmm share sampai viral xpe pulak ek..
Kalau yang post ni cikgu, jual property, founder produk kati, biasa hasanah sikit citer nya..
Quote SecretLuv 8-1-2021 03:51 AM
Kalau aku pun, aku tak akan ambik..
Mungkin tuan punya duit dalam kesusahan nak guna duit tu. Kita pulak senang2 ambik. Sebab tu kalau aku jumpa apa2 aku selalu fikir kalau aku kat tempat orang yang hilang barang tu, mesti aku pun nak orang pulangkn semula. Kalau jumlah kecik2 macam seringgit 5 ringgit tu aku sedekahkan kt tabung je kalau dah tak dapat jumpa tuannya
Quote Perawankota 8-1-2021 04:18 AM
Ermmm....
Quote renko 8-1-2021 09:18 AM
lattehazelnut replied at 8-1-2021 03:20 AM
Aku memang tiada hati hendak ambil, sebabnya aku takut bila ambil, saham akhirat aku berkurangan. Ra ...

biasa la tu
puji diri sendiri bagi nampak suci sambil selit2 ayat mcm piyu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037104 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top