CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Kenangan, Pawagam GSC Cawangan Berjaya Times Square & Cheras Leisure Mall Sah Ditutup

8-1-2021 02:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3398| Komen: 13



Kredit foto : KLFoodie



Syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinema atau GSC secara rasminya mengesahkan dua cawangannya telah ditamatkan operasi berkuatkuasa hari ini.

GSC menerusi satu kenyataan memaklumkan, cawangan yang terlibat ialah GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dan GSC Cheras Leisure Mall, Cheras.

“Kami telah beroperasi dalam tempoh yang cukup panjang bagi GSC Cheras Leisure Mall sejak 1995 dan GSC Berjaya Times Square sejak 2005.

“Namun, ekoran situasi terkini dengan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kami terpaksa menutup pawagam ini secara kekal.


“Dengan ini, kami dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penonton filem yang setia menyokong kedua-dua cawangan GSC ini,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Sehubungan itu, GSC menyeru penonton awam yang masih setia untuk mengikuti setiap perkembangan operasinya dari semasa ke semasa melalui media sosial mereka.

“Kami tidak sabar untuk menantikan anda kembali ke pawagam kami,” tambah kenyataan itu lagi.


Loading FB Post...

Sumber: GSC/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rocksteady 8-1-2021 02:43 AM
sedihnya rasa dipenghujung zaman ni satu2 tutup. banyak kenangan aku kat sini dengan ex dulu. selalu tengok wayang sini. semoga awak damai disana sayang..
Quote Adrif 8-1-2021 02:57 AM
aku teringin nak masuk tengok movie dalam panggung wayang, huhu, tapi tak mampu.

dah tutup pulak.. takpelah..
Quote Perawankota 8-1-2021 04:06 AM
Dulu2 selalu layan movie sorg2 kt sini time off day Lepas shopping
Quote AbukRokok 8-1-2021 08:26 AM
Adrif replied at 8-1-2021 02:57 AM
aku teringin nak masuk tengok movie dalam panggung wayang, huhu, tapi tak mampu.

dah tutup pulak. ...

bukan mahal pun tiket belas ringgit je
dulu lagi lah hari tertentu dpt bwah rm10 je


Quote ifanonline 8-1-2021 08:33 AM
bagus juga la tutup...tak perlu bazir duit tengok wayang...

dunia sekarang semua online shj...netflix, iflix, android box...

sebenarnya lebih selesa tengok di rumah, tak perlu bersesak dgn org ramai, seat pun kotor, org depan belakang batuk, bersin, mungkin ada covid19 atau batuk kering...

actually, penutupan ini sangat dialu-alukan...terima kasih covid
Quote bulalof 8-1-2021 08:42 AM
down memory lane....
Quote buragazz 8-1-2021 11:26 AM
Lama tak masuk Pawagam.. hampir setahun...
Quote Ninjanunu 8-1-2021 11:35 AM
Kali pertama tgk wayang dlm hidup ialah kt sini. Kartun poccahontas.
Quote Adrif 8-1-2021 04:41 PM
AbukRokok replied at 8-1-2021 08:26 AM
bukan mahal pun tiket belas ringgit je
dulu lagi lah hari tertentu dpt bwah rm10 je

berbelas ringgit pun mahal bagi marhaen macacm kita
Quote AbukRokok 8-1-2021 05:04 PM
Adrif replied at 8-1-2021 04:41 PM
berbelas ringgit pun mahal bagi marhaen macacm kita

rugilah nti boleh citer kt anak cucu...cu dulu hatok masa rumaja tgk movie kat cinema tau kerusi gegar2...tangan cilok sana sini tgk movie sampai tertido
Quote Adrif 8-1-2021 05:08 PM
AbukRokok replied at 8-1-2021 05:04 PM
rugilah nti boleh citer kt anak cucu...cu dulu hatok masa rumaja tgk movie kat cinema tau kerusi g ...

choii kita tanak usik yang haram wokey. nanti suey hidup
jauhi maksiat
Quote Artemesiaa 8-1-2021 05:11 PM
Tewas juga nampaknya ialah dah lama tak beroperasi sejak wabak melanda pasti membebankan pengusaha
Quote tripleid 8-1-2021 05:22 PM
Tokey2 panggung kalo korang  nk tutup scr berjemaah pun tunggu tayang Avatar2 tahun depan dulu.pastu kalo nak katup katup la

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.031263 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top