CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih Banyak PKS 'Gulung Tikar' Jika PKP Sekali Lagi

8-1-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11086| Komen: 110



KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia meluahkan kebimbangan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi mungkin akan menyebabkan banyak perniagaan tempatan 'gulung tikar' dan kadar pengangguran akan meningkat di Malaysia.

Naib Presidennya, Chin Chee Seong, dalam satu kenyataan berkata satu lagi pelaksanaan PKP akan menjejaskan lebih banyak perniagaan yang kini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan.

Terdahulu, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) juga mengeluarkan kenyataan serupa yang meminta supaya aktiviti perniagaan dan ekonomi dibenarkan terus beroperasi, walaupun di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) lebih ketat.

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai, berkata FMM menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bersasar dengan SOP ketat serta penguatkuasaan sekatan perjalanan tetapi bukan PKP yang sama seperti dilaksanakan pada Mac 2020.


"Walaupun kami menghargai perlu ada keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan kelangsungan hidup, pusingan kedua PKP itu akan menjadi malapetaka kepada PKS yang akan memaksa mereka memberhentikan pekerja," kata Chee Seong yang juga Presiden Malaysia Cross-Border e-Commerce Association.

Beliau juga mendesak supaya pemprosesan permohonan lebih cepat untuk pemberian geran dan insentif untuk PKS tempatan.

"Apa yang berlaku sekarang, PKS terus mengalami kerugian ekonomi akibat daripada sekatan perjalanan dan lain-lain perkara yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata, persatuan sudah mengenal pasti banyak langkah yang dapat diambil oleh kerajaan untuk mempercepatkan kadar pemulihan perniagaan, dan juga ekonomi secara keseluruhan daripada kesan buruk yang disebabkan oleh pandemik itu.

Antara pemberian geran dan insentif kerajaan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Geran Pendigitalan PKS bersama BSN serta Geran Automasi Pintar di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kesemuanya adalah bantuan kewangan terbaik bagi PKS.

"Bagaimanapun, proses permohonannya sangat mencabar dan sukar. Banyak pemohon telah mengalami masa pemprosesan yang panjang, ia memerlukan berbulan-bulan untuk beberapa kes, sebelum permohonan mereka dipadankan dan diluluskan," kata Chee Seong.

Beliau juga mencadangkan supaya lebih banyak program keusahawanan dan latihan digital diperkenalkan serta dilaksanakan, terutama untuk komuniti belia di Malaysia.

Kerajaan harus mempertimbangkan untuk menyediakan perniagaan dengan lebih banyak insentif dan pakej kewangan yang berpusatkan kepada pekerja agar mereka dapat mengambil lebih ramai siswazah yang baru menamatkan pengajian, katanya.

"Persatuan PKS berharap menerusi kesemua insentif kewangan yang disediakan dan proses permohonan dipercepatkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan, ekonomi akan pulih pada suku kedua tahun 2021," kata Chee Seong.



Sumber -BERNAMA
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 8-1-2021 12:57 PM
mana lagi penting nyawa ke ekonomi? prfghhtttttt
Quote chenta_dewi 8-1-2021 01:01 PM
AbukRokok replied at 8-1-2021 12:57 PM
mana lagi penting nyawa ke ekonomi?  prfghhtttttt

Jgn la gitu..

Ramai jgk kemurungan+ bunuh diri sebab ekonomi / hilang keja
Quote Skuau 8-1-2021 01:07 PM
buat la pkp bersasar....bukan seluruh alam
Quote sarah82 8-1-2021 01:08 PM
Skuau replied at 8-1-2021 01:07 PM
buat la pkp bersasar....bukan seluruh alam

Katup negeri merah dulu.. Lps ij baru buka..
Quote Artemesiaa 8-1-2021 01:18 PM
Masaalah negeri2 perindustiral utama dah bertukar warna merah bukan satu dia negeri je macam masa mula2 dulu, tambah pulak negeri2 yang di pantai timur masih dilanda banjir.  Jadi kalau nak diadakan pkp pasti banyak negeri yang akan terlibat dan pastinya makin ramai yang akan terjejas.
Quote prizadane 8-1-2021 01:38 PM
Skuau replied at 8-1-2021 01:07 PM
buat la pkp bersasar....bukan seluruh alam

Yang aku dengar memang untuk red zone je. Until 25/1. Wallahualam
Quote najib888 8-1-2021 02:26 PM
Gulung tikar ok la.. ada juga bisnes..
Yg kami keja sendiri ni tak tau la nak gulung apa.. gulung kain pelikat la kot.. la ni pun dah paras betih.. mau gulung lagi, tak tau la naik paras mana pulak..
Quote bottombikini 8-1-2021 02:28 PM
Edited by bottombikini at 8-1-2021 02:52 PM

few states je..bukan semua pun

mmg patut pun redzone for the redzoners only
yg greenzoners jangan gatal nak masuk keluar redzone hoccay!

Quote haznor 8-1-2021 02:30 PM
prizadane replied at 8-1-2021 01:38 PM
Yang aku dengar memang untuk red zone je. Until 25/1. Wallahualam

ok la tu. pkp bersasar.
Quote biskut_milo 8-1-2021 02:36 PM
Buka insta menyirap je tgk artis artis bawa  family pi holiday .. alip Satar pi legoland, rizman pi penang.. bawa anak kecik lg tu
Quote white_musk 8-1-2021 02:41 PM
sebab itu kerajaan mesti mansuhkan syarat akaun 2 kwsp itu supaya semua org diam
Quote silencekiller 8-1-2021 02:42 PM
KERAjaan nak PKP ke hulu ke hilir pastikan bantuan pun besaq laa... ni duit pun ciput dok sibuk PKP ke sana ke sini... puak2 gaji penuh memang suka... orang meniaga ni bkn impact pada depa jaa... orang2 yang bekerja pun sama... nanti akan ada masalah terbaru yakni masalah sosial yang akan lebih parah dari Covid ..
Quote AbukRokok 8-1-2021 02:43 PM
chenta_dewi replied at 8-1-2021 01:01 PM
Jgn la gitu..

Ramai jgk kemurungan+ bunuh diri sebab ekonomi / hilang keja

baik kemurungan dan bunuh diri dari dijangkiti korboid






Quote monreyes 8-1-2021 02:44 PM
pokok pun org jual kat shoppee lazada....
setakat makanan ..mesti laku...
asal jgn menipu n jual harga yahudi...
of late harga mknn food panda pun naik mencanak2...
Quote Skuau 8-1-2021 02:48 PM
bottombikini replied at 8-1-2021 02:28 PM
few states je..bukan semua pun

mmg patut pun redzone for the redzoners only


.....atau terpakai kpd mereka yg guna kad sim 'MERAH'  jer.....
Quote AverageJoe 8-1-2021 02:53 PM
kalau kerajaan insist PKP 2.0 make sure kena kembalikan bantuan macam sebelum ni.
sekurangnya moratorium dilanjutkan dan pengeluaran tanpa syarat KWSP akaun 1.

even zon merah saja PKP masalahnya kebanyakan tempat dah zon merah.
jangan pulak sebab PKP bersasar, nanti bantuan pun nak kena bersasar.

tak semestinya yang tak duduk dalam zon merah tak terkesan.
dan janganlah duk umum PKP tu at the very last minute. adoi.
Quote nuril86 8-1-2021 02:59 PM
xtau nak rase ape skang ni....dahla bru dapat kerja... klw pkp lagi....hmmmmmmmmmm
Quote Abam_Leh 8-1-2021 02:59 PM
Mampus kejung la ummah yg dalam red zone kalau ada PKP 2.0


Nak bagi anak bini makan ape? Korang keje gomen leh ar gaji masyukk  


Nanti beratur la ummah tunggu turn atas berjaya time square nak terjun tiruk , xde keje , xde duit


Quote iman_kasih 8-1-2021 03:17 PM
Ada org suka dan ada yg x suka PKP ni. Mmg ada impak lebih2 lagi pada org yg bergaji hari. Kalau dibuat PKP walaupun bersasar harap2 kerajaan dh ada cara nak bantu golongan yg terjejas.

Baru2 ni ada berbual dgn org yg terjejas pendapatannya masa PKP hari tu.  Ni baru je nak bernafas balik.  

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.046253 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top