CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Di Maran Ibarat Tsunami, Belum Pernah Air Naik Cecah Bumbung Rumah, Ini Pertama Kali

8-1-2021 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8674| Komen: 64



MARAN - Ibarat tsunami. Itu antara ungkapan rata-rata penduduk di Taman Maran Jaya, di sini, apabila rumah mereka mengalami kerosakan dan dipenuhi lumpur susulan dilanda banjir teruk pada Ahad lepas.

Aini Shamsudin, 57, berkata, beliau sama sekali tidak pernah menjangkakan air akan naik sehingga ke paras bumbung rumah dan menenggelamkan segala kelengkapan miliknya di rumah teres satu tingkat itu.

Ibu kepada empat anak itu berkata kejadian seumpama itu merupakan yang pertama sejak beliau menetap di kawasan perumahan berkenaan 20 tahun lepas.
 
“Kami sudah biasa dengan banjir, boleh dikatakan tujuh tahun sekali pasti akan jadi banjir besar tetapi belum pernah air naik mencecah sehingga ke bumbung rumah, ini baru pertama kali.


“Ketika kejadian saya di kampung dan bergegas untuk pulang pada hari yang sama tetapi terkandas kerana jalan tutup...bila tiba di rumah ia seolah-olah berlaku tsunami kecil,” katanya kepada Bernama.

YDP Agong redah banjir lawat mangsa di Maran

Sementara itu, anak sulungnya, Mohammad Hanif Mohd Nazam, 26, berkata, banjir mula pulih pada Isnin petang, namun keadaan rumah yang diselaputi lumpur menyukarkan mereka untuk membersihkan rumah.

“Lumpur sangat tebal mencecah buku lali saya, kerja-kerja membersih sudah tentu mengambil masa, cuma kami kini bimbang air naik semula sebab masih hujan di kawasan ini,” kata anggota polis itu.
 
Bagi pesara, Mohamad Nasik Deraman, 62, mesin basuh miliknya dihanyutkan arus kira-kira satu kilometer dari rumah dan beliau hanya sempat menyelamatkan kereta dan sebuah motosikalnya pada hari kejadian.

“Banjir terburuk yang pernah saya alami pada tahun 2014, iaitu air hanya setakat pinggang saya yang mempunyai ketinggian 178 cm, tetapi kali ini sehingga paras bumbung, memang kami tak sangka langsung,” katanya.

Taman Maran Jaya yang dihuni 1,300 orang daripada 302 keluarga itu antara lokasi dilanda banjir buruk di negeri ini dan tinjauan Bernama mendapati penduduk di kawasan itu sedang membersihkan kediaman masing-masing dengan mengalihkan barang-barang rosak dibantu rakan sekerja dan keluarga. 



Sumber- Bernama
 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 8-1-2021 01:06 PM
Tempt aku de bnjir tpi bukn kwsn rumh aku ar
.
.
Quote tikusmontok 8-1-2021 01:19 PM
“Banjir terburuk yang pernah saya alami pada tahun 2014, iaitu air hanya setakat pinggang saya yang mempunyai ketinggian 178 cm,

seriously
Quote Levespa 8-1-2021 01:23 PM
Gitulah hakikatnya bila hutan semua dah kena tarah.. semoga dipermudahkan utk semua yg terkesan
Quote Kurex 8-1-2021 01:25 PM
Sumpahan asdan
Quote Mopiko 8-1-2021 01:27 PM
ni kalau cek mesti ada bukit kena tarah balak sampai air pun kuning gila
Quote Suchi 8-1-2021 01:34 PM
Menangis gak tengok malam tadi keadaan banjir di Pahang ni sebab rata2 tempat terlibat ada sedara mara dan sahabat handai tinggal.
Bila masing2 post gambar dr PPS bagai rasa sedih la kita tidur elok2 atas katil dirumah sendiri.
Dorang pasni balik nak kena kemas umah lagi, pastinya byk brg2 yg dah tak boleh pakai.
Quote cik_chili 8-1-2021 01:38 PM
apa yg mrk sgt perlukan skrg ialah volunteer utk bersihkan sisa banjir tuh...itu lebih depressing...ini first hand experience sendiri...bkn mudah nk cuci smua tuh...nk mulakan hidup smula..set up balik smua...kalu yg berduit,bole beli smula ..yg xmampu...idup seadanya dlm khemah....masa ni laa gomen kena laju sediakan umah ... tmpt berteduh....
Quote mikasa 8-1-2021 01:43 PM
Levespa replied at 8-1-2021 01:23 PM
Gitulah hakikatnya bila hutan semua dah kena tarah.. semoga dipermudahkan utk semua yg terkesan

Tgok warna air dah boleh agak punca banjir teruk
Quote sharlenetexas 8-1-2021 01:44 PM
Kampung oh my jep ke?
Quote Manjahati 8-1-2021 01:49 PM
Moga dipermudahkan semua...sian tgk air smpi ke bumbung..
Quote EvieWanKenobi 8-1-2021 01:51 PM
Masya Allah.. banyaknya kerosakan..
Quote husie91 8-1-2021 02:53 PM
Sedih tgok mangsa banjir.. while kita yg tak banjir sibuk g jln sana sini update cuti makan angin makan sedap2 tsskkkkk
Quote xy_daen 8-1-2021 03:12 PM
Tarah lagi hutan tu selagi boleh... Pastu boleh acah2 prihatin...








Prfttttttt
Quote helicornia 8-1-2021 03:32 PM
aku tk berani la nak komen kata tadah2 hutan tu
tapi aku ada di pahang jumaat-ahad lepas masa start banjir tu
memang 3 hari tu hujan menggila tak henti2
rasanya kalau tak tebang pokok pun memang akan naik air sungai
Quote merrissa 8-1-2021 04:04 PM
kesiannya...takut betul tengok....
Quote AbukRokok 8-1-2021 04:05 PM
banjir akibat tbang balak dah lama berlaku sejak berpuluh2 tahun sebelum merdeka
untuk atasi banjir jumlah manusia kena dikurangkan  - depopulation
Quote Belibis 8-1-2021 04:45 PM
xy_daen replied at 8-1-2021 03:12 PM
Tarah lagi hutan tu selagi boleh... Pastu boleh acah2 prihatin...



Biasanya kerajaan lobai jer kena maki tarah hutan kalau banjir.
Quote Yunbin 8-1-2021 07:51 PM
tikusmontok:   “Banjir terburuk yang pernah saya alami pada tahun 2014, iaitu air hanya setakat pinggang saya yang mempunyai ketinggian 178 cm,  seriously


Agaknya tinggi mana yekk dia kalau pinggang pon dah 178
Quote snowflakes 8-1-2021 08:07 PM
Kalau ada hutan dan banyak pokok mungkin banjir tak teruk macam tu... ko dah musnahkan alam so alam pulak musnahkan ko... apa2 pun simpati kepada mangsa banjir... pasca banjir nanti harap kerajaan dapat beri bantuan secukupnya

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.056008 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top