CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Mati Didera Pengasuh Kerana Hiperaktif

8-1-2021 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5034| Komen: 34

Pengasuh disyaki mendera budak perempuan berusia lima tahun sehingga mati dipercayai bertindak demikian kerana tidak tahan dengan kelakuan mangsa yang hiperaktif.

Motif itu diperoleh hasil siasatan polis yang menyoal siasat suspek berusia 61 tahun berkenaan, susulan kejadian pada 2 Januari lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata siasatan juga mendapati suspek sudah mengasuh kanak-kanak terbabit sejak September lalu.


Gambar hiasan

"Bapa mangsa yang bekerja di Vietnam tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemik COVID-19, manakala ibunya warga tempatan melarikan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Saiful Azly berkata, pihaknya menerima maklumat awam daripada seorang penduduk memberitahu terdapat seorang kanak-kanak perempuan ditemui tidak sedarkan diri di sebuah rumah pada 2 Januari lalu.


"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa selain terdapat kesan kecederaan pada tubuhnya.

"Suspek dan dua anak lelakinya ditahan pada hari sama dan direman selama lapan hari.

"Kertas siasatan kes ini dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan terhadap pengasuh berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Dua anak lelakinya akan dijadikan saksi pendakwaan," katanya.

Saiful Azly berterima kasih atas keprihatinan orang ramai yang membantu polis dengan menyalurkan maklumat mengenai kejadian berkenaan.

"Walaupun ada perumpamaan 'jangan jaga tepi kain orang', masih ada perkara yang kita perlu sentiasa peka terutama jenayah membabitkan kes dera ini," katanya.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 8-1-2021 04:20 PM
kalau taknak jaga, bagitau awal2..
Quote sarah82 8-1-2021 04:40 PM
Kesiannya
Quote Skuau 8-1-2021 04:40 PM
awat ibu bdk tu melarikan diri
Quote Artemesiaa 8-1-2021 04:43 PM
Jangan sampai jadi pendera kalau tak sanggup jaga.  Budak yang mak paknya tak ada bersama selalunya agak nakal sikit berbanding budak biasa kalau tak sabar tak perlu sanggup jaga hanya kerana duit.
Quote Boomibulat 8-1-2021 04:44 PM
Kjadian ni kat mana..knp x bgtau
Quote Lengkong 8-1-2021 04:56 PM
Sedihnya nasib budak ni..duduk dengan orang lain kena dera pulak tu.


Quote shernazz 8-1-2021 05:25 PM
Mak nya tu elok.pi.bunuh diri
Ada anak pung serah kat orang buat apa..
See...orang yang asuh tu yang dera anak ko..
Jilaka
Quote MentariSenja 8-1-2021 05:28 PM
Kesedaran tentang kanak2 istimewa ni masih rendah dlm masyarakat kita. Nakal budak hyper /adhd tak sama dgn kanak2 normal yg lain. Nak jaga kena ada ilmu. Begitu juga di sekolah, bukan semua guru boleh handle budak yg hyper. Ramai budak hyper jadi mangsa dera sebab kejahilan org dewasa. Kesian adik ni. Moga tenang disana.
Quote depresio 8-1-2021 06:06 PM
EvieWanKenobi replied at 8-1-2021 04:20 PM
kalau taknak jaga, bagitau awal2..

Nak bgtahu sapa dah mak pon lari?
Quote EvieWanKenobi 8-1-2021 06:11 PM
depresio replied at 8-1-2021 06:06 PM
Nak bgtahu sapa dah mak pon lari?

bagitau Ebit Lew boleh?
Quote bluebutter 8-1-2021 06:17 PM
Boomibulat: Kjadian ni kat mana..knp x bgtau

Kuala Lumpur.

Bahagian mn kl tk dihabaq. kl ni agak besor gak. sentul. setapak. chow kit. jalan tar.
Quote clarizsa 8-1-2021 07:32 PM
Gilaaa pi bunuh budak

Anak i sangat2 aktif dari sblum boleh berjalan lagi
Terlalu aktif smpai i beli segala jenis mainan tapi tetap la nak membuas kacau daddy nya
Panjat sana sini , lari merata memang tak dok diam langsung
I pulak jenis x bagi tab bagai

Memangla kadang2 penat melampau sebab berjaga sepanjang masa
Tido pun buas berkali2 jatuh katil

Budak je kot
Even kucing2 i lagi gilaa buas
Lari lompat pecahkan barang

Itu belum anak sedara i yg boy , melampau buas tapi mmg kalah la anak i yg double triple lagi buas nya
Hahaha

Quote any42 8-1-2021 07:47 PM
kesiannya bdk tu. dh la sebaya dgn ank sdara i.
kecik2 dah kena dera mcm mna la bdk tu hari2 menahan rasa sakit. sedihnya. syurga utk ank kecil ni.
Quote mbhcsf 8-1-2021 07:49 PM
clarizsa replied at 8-1-2021 07:32 PM
Gilaaa pi bunuh budak

Anak i sangat2 aktif dari sblum boleh berjalan lagi

wow meriahnya rumah , bagus jugak you ni ...sabar ye jugak.
Quote giyomi 8-1-2021 07:52 PM
hiperaktif ker apa ker, ko ttp salah sialllll. cuba org dera ko yg tua bangka yg nak mampus tu, mcm mana ko rasa. sial. suka hati ko nak dera bunuh anak org, klu tak sudi hantar pusat kebajikan, duit nak tapi jaga b jaga bagi alasan hiperaktif...puiiii
Quote diss69 8-1-2021 08:54 PM
Sedih baca bab2 bdk kena dera ni...
Quote Kurex 8-1-2021 10:02 PM
Palat korang anak beranak
Quote Kurex 8-1-2021 10:02 PM
Palat korang anak beranak
Quote Supersirap 8-1-2021 10:04 PM
Alahai, di mana sifat kemanusiaan kita

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.267685 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top