CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara Lepas Rahsiakan Maklumat Kontak Rapat Kerana Takut Disangka Ada Skandal

9-1-2021 06:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3352| Komen: 12

Seorang wanita dihukum penjara lima bulan selepas menyembunyikan maklumat kontak rapat berkaitan kes Covid-19.

Ini kerana dia ada bertemu seorang rakan lelaki dan bimbang keluarganya menyangka mereka mempunyai hubungan.



Gambar hiasan

Oh Bee Hiok, 65, berjumpa rakan rapatnya, Lim Kiang Hong, 72, lima kali dalam minggu berkenaan sebelum disahkan positif Covid-19 pada Februari tahun lalu, namun merahsiakan maklumat itu daripada pengetahuan Kementerian Kesihatan.

"Wanita itu tidak mahu keluarganya atau keluarga Lim mengetahui bahawa mereka kerap keluar bersama, kerana tidak mahu timbul sangkaan mereka mempunyai hubungan istimewa," kata dokumen mahkamah.

Pihak berkuasa mendapat tahu mengenai pertemuan mereka selepas menyemak rekod tempat letak kenderaan, rakaman CCTV, rekod panggilan dan transaksi kad kredit.

Selepas wanita itu dimasukkan ke hospital, dia menghubungi Lim dan memintanya merahsiakan pertemuan mereka. Namun, lelaki itu pula disahkan positif Covid-19 pada Mac.


Hakim Marvin Bay berkata, tindakan wanita itu disifatkan sebagai 'pentingkan diri sendiri dalam keadaan genting untuk mengawal pandemik'.

"Dalam hal ini, mahkamah perlu menjelaskan bahawa apa-apa tindakan menyembunyikan maklumat yang boleh menyukarkan usaha pengesanan kontak adalah tidak boleh diterima sama sekali," katanya seperti dilaporkan CNA.

Oh mengaku bersalah atas kesalahan berkenaan. Hukuman maksimum adalah denda SG$10,000 (kira-kira RM30,441), enam bulan penjara, atau kedua-duanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 9-1-2021 07:09 AM
Alahai.. ingatkan geng2 Gen Z rupanya Gen A...
Quote Supersirap 9-1-2021 08:57 AM
Jadikan insiden ini sebagai peringatan untuk kita semua
Quote Ninjanunu 9-1-2021 09:16 AM
Mcm2 hal..
Quote Buritan 9-1-2021 09:20 AM
buragazz replied at 9-1-2021 07:09 AM
Alahai.. ingatkan geng2 Gen Z rupanya Gen A...

Zalimnyaaa.. koh koh gen A terus.. gen x ke y nyonya ni mesti happpy skit
Quote Scheherazade 9-1-2021 09:21 AM
Baca tajuk, ingat muda lg or bini org ka. Sekali dah umur 60an-70an
Quote buragazz 9-1-2021 11:19 AM
Buritan replied at 9-1-2021 09:20 AM
Zalimnyaaa.. koh koh gen A terus.. gen x ke y nyonya ni mesti happpy skit

Hahaha... dah tua.. napsu pun dah tinggal 15% ...
Quote Artemesiaa 9-1-2021 11:23 AM
Bukan kes pertama sejak covid19 ni ramai je yang ber scandal kantoi
Quote zehra2 9-1-2021 12:14 PM
jadi mmg tkde skandal ke..
kan dah kena cash, dua2 positif covid
Quote crossline 9-1-2021 12:45 PM
buragazz replied at 9-1-2021 07:09 AM
Alahai.. ingatkan geng2 Gen Z rupanya Gen A...

Memang pun. Kat area sini pun umur2 ni lah yg jenis kedegilan tahap apa entah, nak marah kang kata tak hormat orang tua pulak, bila kes mencanak2 tau risau, meol buat tak dengar je la... Coz paku dulang paku serpih
Quote jalfa 10-1-2021 05:17 PM
Amboi atok atok pon ada scandal yach.....cash la nek
Quote swateng1 11-1-2021 10:39 AM
tua2 pun nak scandal ke? hahahhahahaha... apolaa ah soo
Quote shi_jewel 11-1-2021 10:57 AM
tuonyo....pun masih berskendel

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.051958 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top