CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikompaun Kerana Bermain Air Banjir

9-1-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5912| Komen: 38


Rantau Panjang: Tindakan segelintir individu yang berdegil mahu bermain air dan berkumpul di lokasi banjir, akhirnya mengundang padah.

Keadaan itu menyebabkan pasukan Balai Polis Rantau Panjang bertindak mengeluarkan 38 saman kesalahan jalan raya dan tujuh kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) terhadap semua individu itu, semalam.

Dalam operasi selama empat jam yang bermula 5.30 petang di sekitar jalan Kampung Banggol Kulim, di sini, masyarakat dilihat leka dan tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Malah, tinjauan pemberita bersama pasukan itu mendapati pengunjung berkumpul untuk melihat banjir, tidak kurang juga yang meredah sekadar bersuka ria tanpa menyedari bahaya menanti mereka.


Ketua Balai Polis Rantau Panjang, Asisten Superintendan Mohd Sany Husin, yang mengetuai operasi itu berkata, seramai 17 anggota ditugaskan dalam operasi selain turut dibantu pasukan polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, yang membuat sekatan jalan raya (SJR).

"Kompaun RM1,000 dikeluarkan tanpa kompromi atas pelbagai kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal yang mana mereka berkumpul dalam jumlah yang ramai.

"Bagi saman melanggar undang-undang jalan raya pula membabitkan kesalahan tidak memakai topi keledar, tiada lesen, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan nombor pendaftaran yang tidak mengikut piawaian ditetapkan.

"Sepanjang operasi dijalankan, pelbagai ragam yang terpaksa dihadapi termasuk berhadapan dengan individu yang tidak berpuas hati dikenakan kompaun, namun ia tidak menjadi alasan untuk pihak kami menjalankan tugas," katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit, malam tadi.

Mohd Sany berkata, masyarakat sepatutnya sedar akan kepentingan SOP bagi mengekang penularan Covid-19.

ANTARA individu yang diperiksa di dalam operasi berkenaan. FOTO Syaherah Mustafa.

"Pihak kami sendiri sudah beberapa kali memberi amaran di beberapa kawasan tumpuan orang ramai, supaya mereka mematuhi SOP dan berada di rumah dan tidak bermain air bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Hasil operasi ini juga, kita mendapati pengunjung yang datang memenuhi kawasan berkenaan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga dari jajahan lain seperti Tanah Merah dan Kota Bharu malah, ada juga yang ditemui dari zon merah," katanya.




Sumber : HarianMetro

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 9-1-2021 12:29 PM
berbahaya tu yang orang tak bagi.. sebab takut kena renjatan...
tapi tu la kesian takde apa2 hiburan untuk deorang... elektrik pun kemungkinan dah di matikan...
Quote lattehazelnut 9-1-2021 12:30 PM
Dah banyak kes kematian lg nak main2..
Quote sikatkutu 9-1-2021 12:36 PM

tudia...siap bawa pelampung unicorn. kemain ko dik. ingat taman tema ke. air tu kotor..air longkang, air dari tangki taik semua ada
Quote renko 9-1-2021 12:36 PM
mengada2 sungguh
kang jadi papehal
menyusahkan orang
Quote Scheherazade 9-1-2021 12:38 PM
Astaga. Air banjir tu boleh bwk penyakit kulit, klu deras, boleh meninggal dibwk arus tu. Lg mau main2
Quote wnwa05 9-1-2021 12:43 PM
dudaberhias replied at 9-1-2021 12:29 PM
berbahaya tu yang orang tak bagi.. sebab takut kena renjatan...
tapi tu la kesian takde apa2 hibura ...


memang tradisi mana2 tempat pun sama kalau banjir mesti nak tengok dan main air. yg tak dok kawasan banjir dan tak pernah rasa banjir je rasa pelik






Quote wnwa05 9-1-2021 12:44 PM
sikatkutu replied at 9-1-2021 12:36 PM
tudia...siap bawa pelampung unicorn. kemain ko dik. ingat taman tema ke. air tu kotor..air longkan ...


ok lah tu dah maju setapak. kalau dulu2 bawa pelampung tiub tayar lori sajo



Quote Supersirap 9-1-2021 01:33 PM
Haha dah mcam pesta air dah
Quote tukul 9-1-2021 02:45 PM
Kotornya air tu..mcm2 jenis taik ada
Quote mejaputih 9-1-2021 02:49 PM
Binatang buas pun byk kuar mcm ular, lipan, biawak, kala jengking
Quote kaedahnya 9-1-2021 02:51 PM
kesian dah la banjir kena kompaun pulak
Quote makneng 9-1-2021 03:38 PM
Air boh???? Euuuuwwwww {:smile
Quote husie91 9-1-2021 03:41 PM
Iols paling takut banjir yg dalam sebab takut dibawa arus.. dah la tak pandai berenang {:freak
Quote azie5zoe 9-1-2021 04:48 PM
Iols dulu masa kecik2 memang ambil kesempatan je nak main banjir. Tapi takdelah sampai nak guna pelampung bagai takut kena perambat dengan emak dengan tali pinggang pulak nanti. Siap mak warning kalau lepaih ni kome dok mengelinjang gatal sana gatal sini siap!!
Quote helicornia 9-1-2021 06:33 PM
ha amikk
kang lemas menyusahkan orang jugak
Quote tikusmontok 9-1-2021 08:08 PM
Cash...mcm sakai
Quote ikanmasin 9-1-2021 08:49 PM
fuh berani sungguhlah..tak takut ke segala ular ke binatang berbiasa ke buaya ke ..naya jer kang mati sia2..
Quote CikYaYaYa 10-1-2021 01:35 AM
Yg main banjir to rumh diorg banjir x agaknya..? if banjir jgk xpuas ke hadap banjir.. Iols nk redah bnjir nk tgk rumah sndri pon rsa mls bila dh ad kt tempt kering. Saja2 nk pegi mmg tak laa
Quote mawar_mustika 10-1-2021 09:27 AM
yg p bwk pelampung mandi mcm taman air tu ok lg...yg plg menyampah 4x4 pergh menyirap tiap kali tgk diorg redah air...kehulu kehilir...tau tak perbuatan korang tu menyebabkan air lagi parah msk ke dlm rmh...serius menyampah...lagi2 yg bwk laju...arus air tu akan bwk msk rmh...elok2 air duk depan pintu rmh x masuk, korang lalu trus jadi masuk rmh....pernah kiteorg banjir besar, ade makhluk tuhan p bawak jet ski main air kt kawasan perumahan banjir...i tgk dpn mata p.cik tu menangis tgk cermin sliding die pecah...die ckp pg td die p tgk rmh cermin elok lagi...jiran die bg tau geng2 kaya duk main jet ski dpn rmh so arus air tu pecahkn cermin die...& jet ski tu elok park dpn rmh die...kesian p.cik tu dh lh kene banjir paras pinggang tau air tu bkn sket2...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.207508 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top