Kebanyakan wanita akan mengahabiskan beratus ringgit untuk membeli pakaian baru setiap bulan. Apa tidaknya, budaya OOTD adalah salah satu tarikan di media sosial di mana masing-masing ingin beraksi seperti model dengan gaya tersendiri.
Namun, lain pula bagi seorang wanita ini yang memutuskan untuk memakai pakaian sama selama 100 hari dalam satu cabaran tanpa fesyen. Sarah Robbins-Cole memakai sehelai dress Rowena berwarna hitam miliknya yang sama selama 100 hari berturut-turut dan cabaran itu membuatkan dia tekad untuk tidak membeli baju baru lagi. Dia memakai pakaian itu untuk kerja, ketika keluar bersiar-siar, apabila bersantai di ruang tamu, malah pada hari Krismas juga. Wanita berusia 52 itu memutuskan untuk menyertai cabaran tersebut dalam usaha untuk menyelamatkan planet. Dalam cabaran itu, peserta dibenarkan membasuh dan mengeringkan pakaian ketika waktu tidur, tetapi dalam waktu mereka berjaga, mereka perlu memakai pakaian yang dipilih untuk dipakai selama 100 hari.
|
jasmeen replied at 9-1-2021 04:38 PM
and then,her house danggggggg
pxlbb replied at 9-1-2021 04:25 PM
baik mengaku semua hoarders sekalian, baju chuols yang penuh kondo tu pun cuma 4-5 helai je yang chu ...
ADVERTISEMENT