CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Troye Habis Langgar SOP Di Langkawi?

10-1-2021 09:03 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 25356| Komen: 140|Original author: Oleh: Cari-Azza






Sudah lah kes Covid-19 makin mencanak naik, ada pula kluster Langkawi dari kalangan artis membuatkan rakyat geleng kepala. Lebih dahsyat, tak reti-reti serik pula tu.

Terkini, video pendek penyanyi baharu Iman Troye yang membuat persembahan di sebuah majlis dipersoalkan. Manakan tidak, ketika Iman menyanyi, dia dikelilingi peminat yang sibuk mahu bergambar bersama dengannya tanpa memakai pelitup muka!

Ianya membuatkan netizen kurang senang hati. Bimbang dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Kenapa semua orang langgar prosedur operasi standard (SOP) ni?




Difahamkan, Iman dijemput membuat persembahan dalam majlis sebuah produk tempatan yang menghimpunkan usahawan produk tersebut. 

Bagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila tetamu tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama pelantun lagu 'Teman' itu.


Foto : IG

Rata-rata netizen mengusik tetamu yang meminati Iman dari kalangan wanita pertengahan usia, boleh dijadikan mentua kata mereka. Bagaimanapun, ada juga yang bimbang dengan peraturan telah dilanggar tersebut.


Foto : IG

Foto : IG

Jadi, dalam hal ini, kita sebenarnya nak salahkan artis yang tidak bertegas, masyarakat yang tidak pandai menjaga SOP atau kerajaan yang tidak ambil endah? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 10-1-2021 09:26 AM
Lagi org tego.. lagi kuat depa buek.. kalo hangpa kena kobik aku kesian kat frontliner jahh.. sian depa.. anak bini tak jumpe.. hangpa mmgkejam
Quote dudaberhias 10-1-2021 09:35 AM
macam la deorang kisah sop bagai tu... covid dah macam demam biasa dah pun sekarang ni... tengok la di luar tu macam mana... mentang2 vaksin dah ada... haritu kira berjaga2 jugak la
Quote AbukRokok 10-1-2021 09:36 AM
ntah siapa iman toye ni
Quote sunshinelady 10-1-2021 09:36 AM
people termasukla artis & netizens obviously dont care about covid19 anymore. kerajaan pulak sibuk nak berpolitik. maklum la covid19 ni sakit macam selsema je. tak kisah pun pakai masks ke , basuh tangan ke, physical distancing ke... tak perlu.. selsema je. takde nye org mati. yg mati or sakit teruk tu, kira ajal je.
Quote jalfa 10-1-2021 09:37 AM
Kalo kena pon dia suruh netizen berdoa utk dia..sembuh nanti dia pi bercuti langkawi eehhh
Quote sarah82 10-1-2021 09:38 AM
Aku ni.. Keluar nak pi ambik makanan dari foodpanda yg tunggu depan kaki lima tmpt aku sewa pun aku pakai mask.. Buang sampah yg depan kaki lima bangunan aku menyewa pun pakai mask... Pi tesco jaga jarak.. Setiap aku masuk kedai dlm tesco aku scan.. Hatta pi beli nasi ayam penyet kak ton yg marbeles depan ni pun aku follow sop.. Angpa senang2 tak ikut..

HARAMJADAH namanya.
Quote debab_78 10-1-2021 09:51 AM
Bkn ke ramai kes covid sbb g Langkawi aritu… penganjur la patot bertanggungjawab kawal penonton…
Quote bambimbom 10-1-2021 09:59 AM
Nmpk mcm iman ni tgh nyanyi pastu acik2 sabela yg kerumum dia.. ni penganjur pun lepas tangan je..
Quote Suchi 10-1-2021 10:01 AM
Kat tangan dia tu tali ikat rambut ke? Iols tak ingat apa nama sebenar benda alah tu
Quote Suchi 10-1-2021 10:02 AM
sarah82 replied at 10-1-2021 09:38 AM
Aku ni.. Keluar nak pi ambik makanan dari foodpanda yg tunggu depan kaki lima tmpt aku sewa pun aku  ...

Iols igt uols duk umah tok tu. Ke time cuti je balik umah sewa?
Quote haruslah 10-1-2021 10:09 AM
Bukan kata artis jer
Marhaen pun x ikut sop....
Covid je pun
Quote little_sis 10-1-2021 10:27 AM
Selagi x kena covid yg bwk kesan kritikal, selagi tu la org lek2 je.. bila dah kena baru nak insaf bagai
Quote azimodin 10-1-2021 10:28 AM
Kenapa dia letak cermin mata kat kawasan waist-vagina.. Motip?
Quote rookiecake 10-1-2021 10:31 AM
Tak takut Ke kene COVID-19. Practise la social responsibility
Quote sok_suci 10-1-2021 10:33 AM
Artis gred E. Tetiba ko jd retis kan
Quote chanthik 10-1-2021 10:34 AM
Esok lusa mampus sebab Covid baru tahu
Aku memang tak suka jenis geletis macam ni, orang moden panggil pick me girl gitu

Lagu pun sampah gred F++ buat lagu semata nak popular dasar tak tahu malu.Muka basic setaraf dengan Nabila Razali suara pun sama hauk
Entah manalah dapat duit nak buat lagu tu ya
Quote sarah82 10-1-2021 10:35 AM
Suchi replied at 10-1-2021 10:02 AM
Iols igt uols duk umah tok tu. Ke time cuti je balik umah sewa?

Tok dah meninggal 1/1/2021..tu yg iols pindah keluar.. Seminggu dah.. Skrg iols rehat jap.. InsyaAllah esk start buat draft iklan.
Quote Kurex 10-1-2021 10:38 AM
Muka tua         
Quote nurkasih74 10-1-2021 10:38 AM
Mcm kenal je acik Sabella tudung hitam tu...hmmm..cikgu tu.. abeslaa nak naik sekolah.. tak tau pun depa gi pulau tu.. padan pun lama senyap tak update..

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034376 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top