CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tahu Susah Gaji Kena Potong, Tapi Lagi Kesian Staf Kesihatan Yang Dah Burnout!

10-1-2021 08:59 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6640| Komen: 42|Original author: Oleh: Cari-Azza





Dilema antara perlu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tidak adalah dugaan besar bagi sesetengah rakyat Malaysia. Namun, memikirkan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari, ianya perlu difikirkan kembali.

Bagi individu yang berhadapan dengan pemotongan gaji, hilang kerja dan tidak mendapat bantuan, pastinya perit masalah yang ditanggung, namun jika tiada PKP, kes akan terus meningkat dan kakitangan perubatan akan dilanda keletihan melampau.

Namun, ada pula yang menyatakan bahawa masalah ini bukan berlaku pada semua golongan. Ada industri yang dahulunya bergaji tinggi tetapi terduduk setelah berlakunya pandemik. Mengapa dahulu tidak merintih?


Foto : Twitter


Dalam konteks ini, industri penerbangan terjejas kerana tidak dibenarkan beroperasi. Jadi, kaki tangannya mengalami masalah seperti di atas. Tetapi, yang dipersoalkan adalah memang langsung tiada simpanankah hingga tidak mahu diadakan PKP kembali?


Foto : Twitter

Foto : Harian Metro


Sedangkan tujuan PKP diadakan adalah untuk melandaikan kes Covid-19 yang seakan tiada henti. Malahan, kakitangan perubatan sendiri sudah terlalu 'burnout' hingga tidak mampu mengendalikan kes dengan positif.

"Orang ada secure job buat cadangan sebab kesian dekat frontliners. Korang tak nak PKP, nak hidup normal, income nak masyuk tapi SOP tak ikut, nak bercuti berparti sambut New Year pergi kenduri."


Sementara itu, mereka yang bimbangkan kesan PKP ini pula mengharapkan orang ramai memahami situasi mereka.

Foto : Twitter

Foto : Berita Harian

Perbalahan berterusan antara yang berasa terkesan dengan pandemik ini serta mereka yang mahu PKP kembali untuk masa depan yang lebih baik.

Apapun, kita nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri esok. Harap yang baik-baik sahaja untuk semua pihak. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aienul 10-1-2021 09:30 AM
kena standby la masing2 pun. aku tengok semua langgar je SOP. lagi la kalau kata nak jaga jarak. hauk. semoga yg baik je untuk Malaysia
Quote AbukRokok 10-1-2021 09:34 AM
burnout tapi gaji jalan
yg potong gaji... xde gaji... burnout pun xguna nk bagi anak bini mak bapak makan

tambah la staff tambah katil hospital medan tahun sebelum ni keluar beritagraduan doktor jururawat xde tempat menganggur
tapi yelah kerajaan dah xde duit katanya

klu perang dgn thailand singapor ke... tentera dah byk cedera masuk hospital
xamik kerahan tenaga tentera baru ke ke biar je mcm tu tentera makin lama makin susut
alamak tuan..kalah la jawabnya

kata kita dalam peperangan.... apa punya retorik la
Quote lostnfaun 10-1-2021 09:38 AM
AbukRokok replied at 10-1-2021 09:34 AM
burnout tapi gaji jalan
yg potong gaji... xde gaji... burnout pun xguna nk bagi anak bini mak bapak ...

Realiti sbnrnya Kerajaan dok memikir baki poket Kerajaan tinggal berapa jer.. kalau duit ada tkde mslh pun nak ambik staff sementra kan...

Rizab negara pun kata ada byk nape tak guna skit..
Quote Jemahjemah 10-1-2021 10:03 AM
Jgn la salahkan rakyat je. Punca covid gelombang ke 3 tu dr pru sabah. Dahla xkuarantin. Org balik dr sana dah merayap kemana2 dah. Dgn kes covid kat kilang dah beribu positif pun masih beroperasi. Tu semua sbb nak jg poket dorang je. Lepas tu salahkan rakyat. Apooo
Quote otai_g 10-1-2021 10:11 AM
Btl gak tu. Industri penerbangan gaji pilot dia sebulan je da mcm gaji operator kilang setahun.

Kdg2 kita kena tgk gak org kat bawah. Rs diri kita da susah dah, tp ada ramai lg org yg lg susah.

Pastu dtg kwsp bengap ni abeh org yg da sedia kaya ditolongnya, org yg susah dibiarkannya.

Kalo ceo kwsp kena sambar petir jgn tny kenapa lah.
Quote rosmahisham 10-1-2021 10:26 AM

Penat PKP Mac haritu..semua gara2 Sivangga n PRN Sabah naik balik!!!sedey sgt, apa la nak jd malaysia ni duit semakin berkurangan, hutang berlambak,politik hauk, pm sakit,glc byk dh terjual,pelabur lari ke negara asean lain, pati berlambak pon x leh control, covid meningkat, rakyat ramai hilang kerja!!!hish igt semia ni mmg boleh kemurungan!!!



Pasal kwsp ni kesian pulak aku tgk org yg ssh btl2 x dpt, yg bekerja saje cuba2 dpt pulak!!! Nsb aku x jd apply i-sinar haritu..klu x mau kemurungan rasa bersalah ya amat.
Quote AniSani 10-1-2021 10:26 AM
sudah2 lah kkm ke , doktor ke , nurse ke nak jd drama queen

mmg kesianlah org yg x ada krja dan x ada gaji

ko kkm atau nurse atau doktor , kalau burn out konon2 , x tahan, x larat, berhenti lah , ramai org lain blh ganti

rentikanlah jd drama queen ni , dah setahun lebih dan very annoyong.. hokey
Quote rookiecake 10-1-2021 10:35 AM
Ingat sembarang orang boleh ganti jadi nurse atau Doctor ke? Hospitals are overrun and the staff are pleasing to others not to be selfish
Quote domestobot 10-1-2021 10:37 AM
AniSani replied at 10-1-2021 10:26 AM
sudah2 lah kkm ke , doktor ke , nurse ke nak jd drama queen

mmg kesianlah org yg x ada krja dan x ...

kalau tak pekerja kesihatan, golongan cikgu pun sama jugak tahap drama queen diaorang. kiranya dua jenis pekerjaan ni lah yang paling senang kita nak tengok luahan hati atau permohonan tukar posting
Quote Kurex 10-1-2021 10:48 AM
Selalunya yg nerintih takde kerja kalau pkp balik & kena kerja hari2 ni la paling palat tak ikut sop
Quote me12345 10-1-2021 10:52 AM
Kalau burnt out menjejaskan quality perkhidmatan..kang drpd boleh selamatkan nyawa org jd lebih ramai yg tak dpt di selamatkan..org2 yg positive covid semua berharap dpt kuar spital sihat. Lebih baik buat now than later . Walopun aku  pun mungkin terjejas if pkp..tp rela buat skrg drpd lebih byk tmpt merebak ..lg pjg pulak masa kena pkp. Lgpun pkp bukan takleh gi kerja..bukan full lockdown this time..
Quote aHoi83 10-1-2021 12:02 PM
Sudah2 la dgn poster stay at home. Tak make sense stay at home setahun lebih dan mungkin lebih lagi. Cukupla dgn poster follow sop. Apepun frontline Malaysia they do their job dgn baik sekali. Yes mereka bergaji tp underpaid dr ape yg mereka korbankan. Bygkan cuti2 mereka dibeki sedangkan diorg pun ade keluarga n anak2. Salute for them. Thanks frontliners !!!
Quote syaz_lina 10-1-2021 12:20 PM
Kelakar siapa yg cakap kalau tak sanggup sila berhenti from medical line, ramai lagi nak kerja kat luar tu.
Ko ingat acik kepam mcm ko blh ganti ke nurses n doctors kat hosp medan tu. Ckp guna kepala lutut ke apa
Quote TravellingBear 10-1-2021 01:20 PM
syaz_lina replied at 10-1-2021 12:20 PM
Kelakar siapa yg cakap kalau tak sanggup sila berhenti from medical line, ramai lagi nak kerja kat l ...

maybe yg ckp tu based on jururawat & doktor2 yg baru graduate belum masuk keje . kan sepatutnya ada penambahan hospital . Kat johor je ada 2 hospital nak buat. tp macam tangguh je ... so mana nak letak all those nurses & doctors yg baru grad tu
Quote silencekiller 10-1-2021 01:31 PM
Terima kasih kerna berkhidmat... tapi depa bercakap hanya dalam context depa jaa.. tapi manusia memang hipokrit... bila bercakap musti benda2 berkaitan diri sundri ...

Tapi depa ni golongan terpelajar ramai... coba pikiaq luaq kotak... depa masih ada bergaji etc.. coba buat betoi2 PKP macam mula2 dulu... ekonomi bertambah buruk... nanti depa nak p kerja pun rasa tak selamat... silap2 hari hospital kaa apa kaa penuh orang dek kerna bergaduh kaa merusuh kaa... manusia belom benar2 teruji jika perot masih berisi..

Patot KERAjaan perketatkan SOP & tingkatkan denda kaa hukuman bagi golongan dok langgar SOP.. byk cara lain lebih masok akai yg depa buleh pikiaq.. bukan lockdown jaa..
Quote emma.giggs 10-1-2021 02:46 PM
Mmg dilema, nk buat pkp nti effect ekonomi, tp kalo x buat pkp, pun effect ekonomi sb ramai sakit. Hrp ada pnyelesaian menyeluruh
Quote stingerxmas 10-1-2021 02:56 PM
syaz_lina replied at 10-1-2021 12:20 PM
Kelakar siapa yg cakap kalau tak sanggup sila berhenti from medical line, ramai lagi nak kerja kat l ...

No one is indispensable....So dont think no one can ever take your role...dunia ini TUHAN PEMILIKNYA...bukan manusia....

kau nak aku sambung?(tagline pendeta tersohor)
Quote anony-mous 10-1-2021 04:47 PM
Xfaham kenapa rakyag bergaduh sedama rakyat sedangkan punca smua ahli plitaik? Ismail sabri sdri buat kenyataan yg balik dri sabah xperlu kuarantin. Punca dri situ la
Quote anony-mous 10-1-2021 04:50 PM
rosmahisham replied at 10-1-2021 10:26 AM
Penat PKP Mac haritu..semua gara2 Sivangga n PRN Sabah naik balik!!!sedey sgt, apa la nak jd malay ...

Rata2 yg dpt duit isinar tu yg bisnes dah untung ribu2 . Sbb xmencarum ada bisnes sdri dpt la 10k. Yg mkn gaji elaun yg xnmpk tu xdpt nk apply. Klau ikut logik patut yg masih bekerja la diluluskan sbb bakal ganti balik tabung tu. Pi bg dkt yg ada bisnes ribu2 tu sah xkn mencarum dah

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.072110 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top