Pengarah dan penerbit kontroversi, Michael Ang kesal keterbukaan mengaku dirinya mualaf mengundang pelbagai persepsi netizen termasuk komen berbaur negatif. Dia mengaku timbul rasa kesal mengumumkan dirinya sudah memeluk Islam apabila setiap perlakuan terutama di laman sosial diperkatakan sejak lebih setahun lalu. Mike, 44, mendakwa netizen suka menghakimi perbuatannya dan tidak kurang juga mempersoalkan amalan dirinya sebagai mualaf. "Lebih baik orang ramai tidak tahu saya mualaf. Saya lihat netizen suka menghakimi. Apa saya buat semua salah. Ada antaranya, tidak salah pun atau tidak sengaja, tetap diadili. "Contohnya, ada yang bertanya, saya sudah solat atau tidak. Saya tetap dengan pendirian tidak memuat naik atau berkongsi video sedang solat atau sebarang aktiviti keagamaan sekalipun, biarlah saya dengan Allah," katanya kepada BH Online.
Michael memberi contoh, Uqasha Senrose pernah memuat naik video memaparkan dirinya sedang menunaikan solat di lokasi penggambaran. "Apa yang berlaku, saya dihentam... Netizen kata saya menunjuk-nunjuk," katanya. Michael tidak menafikan disebabkan provokasi netizen, dia terdetik berkongsi soal amal ibadatnya. "Saya ada terfikir memuat naik foto sedang solat. Tetapi apabila difikir semula, untuk apa? Itu bukan cara saya. "Tak kisahlah apa orang nak cakap, saya akan teruskan dengan cara saya," katanya. Michael yang memeluk Islam pada 2018, mengaku dirinya mualaf pada April tahun lalu apabila kad pengesahan agamanya tular. Michael berkata, dia melengahkan pengakuan sudah memeluk Islam kerana enggan orang ramai menganggap tindakan itu sebagai tiket meraih populariti. "Walaupun saya seorang mualaf, ia bukanlah tiket atau laluan saya untuk menembusi pasaran Melayu. "Kalau boleh tengok laman sosial saya, saya tidak pernah memuat naik video yang menyentuh soal agama. Cuma, baru-baru ini, saya muat naik video mempersoalkan kenapa ustaz yang lahir dari program realiti terlalu cepat menghukum artis. "Sebaliknya, apabila rakan-rakan mereka terpalit dengan kontroversi, selepas dua atau tiga minggu, barulah bersuara," katanya. Michael menjelaskan niatnya hanya berkongsi pandangan bahawa ustaz perlu belajar cara bercakap agar orang ramai mencintai Islam, bukannya membenci atau takut dengan Islam. Sumber: BH Online |
Kurex replied at 10-1-2021 10:56 AM
Takut dihakimi, jgn ada socmed
Themilo replied at 10-1-2021 09:45 AM
Mike, 44, mendakwa netizen suka menghakimi perbuatannya dan tidak kurang juga mempersoalkan amalan d ...
ADVERTISEMENT