CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mungkin Sebab Saya Bukan Artis Gred A" - Natasha Tuntut Rizman Ruzaini Mohon Maaf

10-1-2021 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27055| Komen: 160

Natasha Hudson menuntut duo pereka fesyen, Rizman Ruzaini tampil memohon maaf terhadap pengasas produk Crystal C White, Nor Shahlina Abu susulan kenyataan mereka, baru-baru ini.

Menurut Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 39, sebagai pereka fesyen Rizman Ruzaini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menggores hati pelanggan yang telah membeli baju rekaan mereka.




"Selepas diamati kenyataan pereka fesyen itu, saya lihat ia berbaur peribadi dan berat sebelah. Mungkin kenyataan itu dibuatnya kerana tidak tahu siapa pembeli busana terbabit pada awalnya.

"Mungkin juga kenyataan itu dibuat kerana saya bukanlah artis gred A yang sering bekerjasama dengannya. Tapi, dalam apa sudut sekalipun, perasaan pelanggan atau pembeli sepatutnya dihormati mereka. Baju itu dibeli dengan promosi potongan harga dan bukan ditaja mereka.

"Sekalipun pembeli dan pelanggan mengenakan tudung dan meminati sesebuah rekaan yang bertentangan dengan imejnya, adakah mereka akan menjualnya? Saya pasti mereka akan menjualnya demi keuntungan tanpa mempersoalkan hasrat yang ingin membeli," katanya kepada mStar.


Kredit foto: IG RR

Menurut pelakon filem Chermin itu dia agak terkejut dengan reaksi duo pereka itu.

"Saya bukan tidak mengenali mereka. Begitu juga sebaliknya. Saya pernah menggayakan rekaan mereka suatu ketika dulu.

"Bukan mereka tidak boleh bertanya situasi sebenar atau selidik kepada saya sebelum mengeluarkan kenyataan balas yang disifatkan seperti menghentam.

"Saya berasakan komen mereka yang busana itu tidak sesuai untuk orang berhijab tak tepat. Sedangkan kalau kita google busana rekaan mereka sebelum ini untuk selebriti bertudung kelas A ada yang mengenakan turban dan menampakkan leher ataupun menampakkan potongan badan.

"Apa pula pendirian mereka terhadap situasi sebegitu. Tepuk dada tanya hati," katanya.

Sementara itu, Natasha mengakui kekhilafannya apabila menggayakan busana yang dilihat tidak sopan diperagakan oleh seorang yang membawa imej bertudung.

Pelakon itu juga menafikan ia adalah gimik agar namanya diperkatakan susulan pelantikannya sebagai duta produk tersebut.

"Ikutkan busana yang saya sarung itu boleh saja digayakan sesiapa pun mengikut cita rasa dan olahan gaya masing-masing. Ya, saya ambil mudah melalui cara pemakaiannya.

"Jujur saya tak sangka ia akan mencetuskan kontroversi. Malah, harus saya tegaskan ia juga bukan kontroversi terancang untuk melariskan produk yang saya wakili," ujarnya.


Sumber: mStar



Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 10-1-2021 01:09 PM
really??
Quote missHaidiD 10-1-2021 01:12 PM
Kau dah kenapa perempuan.  Diam sudahlah.  Lg ko buka mulut lg org benci.  Terdesak sgt ke nk jadi sebutan netizen.  Smlm RR bgtau si pavitra pernah pakai baju yg sama.  Pavitra pun minta bahu ditutup.  Ko dgn tak malunya tegakkan pendirian ko. Konon takde sapa berhak nk kritik ko. Netizen tak kasi ko makan.  Ckp sombong meninggi diri.   Meninggal cept plsssss. Buat semak industri je la ko ni
Quote Kurex 10-1-2021 01:22 PM
Baru nak sedar ke kau takde gred? Nak aku menyumpah macam bella sangap kote alip, kemut & kakak yg berwajah tua, melvins berbaka muka tua & lain2. Tapi dah mengaku, no sumpahan. Sebab kau pun takde muncul dekat tv lagi dah......
Quote Fafaaisa 10-1-2021 01:24 PM
Dah kenapa rr pulak kena mintak maaf...duniya duniya
Quote bambimo 10-1-2021 01:25 PM
Baju tu kalo inner tebal hitam atau putih lg cantik dr pkai color skin dan pkai legging...
Quote Denco 10-1-2021 01:26 PM
Ko tu xde gred ape pun la... Dr dulu hal kawen cerai je yg org dok bawang.
Betul la mental ko ni x sihat..pg la check sblm lg parah
Quote scarflicious 10-1-2021 01:26 PM
Muka cantik tapi hati hitam dan otak bodoh
Quote cruz2 10-1-2021 01:27 PM
Dgn ini terbukti la kata2 porumer yg ada something wrong dgn otak dia
Quote missHaidiD 10-1-2021 01:28 PM
Ko tu retis takde gred.  Taraf2 mosus  dgn iza zaim rohingya je
Quote RumiMenari 10-1-2021 01:32 PM
Meroyan tak jadi kawen ke.. tak boleh nak lepaskan stress kat ex bf, meroyan kat RR... podahhhh la ko...
Quote Oroi8887 10-1-2021 01:35 PM
Ko mmg bukan artis gred A, takde gred langsung ya acik
Quote Nenasketum 10-1-2021 01:43 PM
Pompuan mental, tok sah dilayan. Aku nunggu jerk di ni nanti terima kunci flat pprt, jahatnya aku.
Quote innocent_me 10-1-2021 01:43 PM
Dia ni kalau diam2 mggu depan org dah lupa pasal ni.
Quote tagas 10-1-2021 01:44 PM
sundallll
Quote Miawlover 10-1-2021 01:46 PM
Tak pyh la nk menegakkan benang yg basah..
Quote stingerxmas 10-1-2021 01:51 PM
Satu scenario....pelacur yg bawa birkin ketempat lacuran boleh disaman oleh pihak pengeluar jenama beg tersebut kerana memberi imej yg kurang baik pada jenama tersebut?

anyone?
Quote apedehal 10-1-2021 01:52 PM
Asalkan jd sebut sebutan jadilah ken...padahal sblm ni aku igt natasha hudson ni dah pupus..heuhuuhu
Quote newyork 10-1-2021 01:53 PM
Sayang muka lawa2.. peel lak peik2
Quote lee_sakura 10-1-2021 01:53 PM
ni mesti produk tak laku sbb tu suruh mtk maaf pada pengasas produk

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035295 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top