CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pecah Saluran Pernafasan Akibat Tahan Bersin

11-1-2021 02:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5178| Komen: 25


Anak panah menunjukkan angin yang keluar (warna hitam) di kawasan tisu lembut. - Foto MedIzzy Journal



SEORANG lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri.

Puncanya? Hanya kerana lelaki malang itu cuba menahan bersin.

Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin.


Ekoran situasi itu, lelaki berkenaan mengadu mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap.

Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher.

Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.

Lelaki malang itu terpaksa makan dan minum melalui tiub, bagi membolehkan tisu yang terjejas kembali pulih.

Pakar kesihatan di hospital itu berkata tindakan menahan bersin dengan cara menutup hidung adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan perlu dielakkan.

Jadi tolong jangan tahan bersin anda!



Sumber : AstroAwani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 10-1-2021 12:00 PM
Lepas ni kalau nak bersin.. Bersib saja.. Tapi sila brrsin dlm mask.
Quote TOPwind 10-1-2021 12:13 PM
sarah82 replied at 10-1-2021 12:00 PM
Lepas ni kalau nak bersin.. Bersib saja.. Tapi sila brrsin dlm mask.

dan bersin membongkok kelantai
Quote sarah82 10-1-2021 12:20 PM
TOPwind replied at 10-1-2021 12:13 PM
dan bersin membongkok kelantai

Jgn lupa lap tangan dgn sanitizer wipes..
Quote any42 10-1-2021 12:31 PM
uiii bhya. prnah tahan bersin sbb dlm lif terus rasa xslesa dlm telinga.
Quote fienamie 10-1-2021 01:51 PM
cara tak nak bagi bersin, tutup hidung/tahan nafas
Quote EvieWanKenobi 10-1-2021 07:58 PM
pernah terbaca tekak pun boleh pecah kalau menahan bersin..
Quote dudaberhias 10-1-2021 08:17 PM
kalau tak pakai mask... bersin dalam baju... atleast takde la kita spread pada orang lain... walaupun still tak di galakkan...
Quote tikusmontok 10-1-2021 08:54 PM
fienamie replied at 10-1-2021 01:51 PM
cara tak nak bagi bersin, tutup hidung/tahan nafas

Kau ni baca ke tidak?

Pakar kesihatan di hospital itu berkata tindakan menahan bersin dengan cara menutup hidung adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan perlu dielakkan.
Quote Jitu 10-1-2021 09:01 PM
bersin je lah bt apa nak tahan
tp klu buang angin tengok sekeliling dulu klu dlm lift tahan dulu kesian kat orang yg berhampiran
Quote CARI-HBZ 11-1-2021 02:43 AM


Anak panah menunjukkan angin yang keluar (warna hitam) di kawasan tisu lembut. - Foto MedIzzy Journal



SEORANG lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri.


Puncanya? Hanya kerana lelaki malang itu cuba menahan bersin.


Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin.


Ekoran situasi itu, lelaki berkenaan mengadu mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap.


Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher.


Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.


Lelaki malang itu terpaksa makan dan minum melalui tiub, bagi membolehkan tisu yang terjejas kembali pulih.


Pakar kesihatan di hospital itu berkata tindakan menahan bersin dengan cara menutup hidung adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan perlu dielakkan.


Jadi tolong jangan tahan bersin anda!






Sumber : AstroAwani
Quote lattehazelnut 11-1-2021 04:01 AM
Huhu time covid ni kalau kau bersin org pandang lain mcm je..
N please la cover mulut.. ada manusia xde common sense main bersin depan muka orang..
Quote Perawankota 11-1-2021 04:04 AM
Aku kat luar, kalau nk bersin, mmg aku lari jauh2 Dr org ramai.. Paham2 lah covid ni, nanti semua org tgk mcm kita pesalah
Quote Zazama 11-1-2021 07:18 AM
Besar impak rupanya sbb tahan bersin.
Quote Suchi 11-1-2021 07:42 AM
Nasib tak penah tahan walaupun iols sejenis bersin berpuluh kali sehari disebabkan ada alahan.
Terutama waktu pg sejuk, time sapu sampah bagai.
Kadang2 g lepaskan kuat2 bersin sbb bengang tak larat asik duk bersin hahah.
Penah gak time bersin tiba rasa sakit kat perut dia cam tekanan apatah tp mmg sakit gila seolah ada kecederaan kat otot situ.
Quote debab_78 11-1-2021 07:50 AM
Bagus info ni... aku pun kalau bersin mmg menahan. Puncanya xnak ganggu org lain. Tp hati2 dengan bau bersin ni... Mmg menyengat..
Quote imransulaiman 11-1-2021 11:23 AM
Bersin kan salah satu cara sistem badan "buang penyakit"... Lagipun bersin ni nikmat! Kalau bersin tak menjadi, terus rasa lain macam.

Siapa ada sakit tulang belakang, memang sengsara bersin ni. Macam dia tarik urat sampai nak putus!

Dan jangan sesekali bersin sambil jegilkan mata... Boleh terpelanting biji mata!
Quote safieyah1984 11-1-2021 11:32 AM
Ya Allah i pernah tahan bersin, rasanya banyak kali jugak selalunya i bersin bila makan makan pedas, kalo x tahan habis naik haba cili tu sampai ke pangkal hidung, bahaya rupanya tobat xnk buat lg
Quote Artemesiaa 11-1-2021 01:42 PM
Bahayanya tahan bersin.  Tapi musim covid19 ni ramai nak bersih atau batuk pun rasa bersalah sebab takut orang salah sangka.
Quote Gianna111 11-1-2021 05:01 PM
2 years ago i pernah tahan bersin. sebab masa tu i exam dalam hall yang sangat besar dan hujan renyai-renyai. i tahan bersin dengan menutup hidung dan mulut i.
lepas beberapa saat i rasa telinga i berdengung. sebab continuosly i rasa tak sedap di bahagian telinga. i jumpa doctor. doctor kata gegendang telinga i terluka sedikit. sejak dari hari tu i ak akan tahan atau tekut hidung mulut semata-mata tak nak ganggu org.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.044464 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top